Bismillahirramanirrahim
Assalamualaikum
Sobahul Khair
SYURGA?
Surah Al-Insan
- ayat 6: Iaitu sebuah mata air (di syurga) yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat), mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
- ayat 13: Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias) mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya) dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.
- ayat 14: Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahnya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
- ayat 15: Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya) bejana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (namapak jelas isinya).
- ayat 16: (Keadaannya laksana) kaca (sedang ia) dari perak, pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
- ayat 17: Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil".
- ayat 18: Iaitu sebuah mata air dalam syurga yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
- ayat 19: Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) yang sentiasa beredar di sekitar mereka, apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangka mutiara yang bertaburan.
- ayat 20: Dan apabila engkau melihat di sana (di dalam syurga itu) engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
- ayat 21: Mereka didalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat) serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
NERAKA?
Surah Ar-Rahman
- ayat 43: (Lalu dikatakan kepada meraka) inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.
- ayat 44: Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya.
Surah Al-Haqqah
- ayat 30: (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka) tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia.
- ayat 31: Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim.
- ayat 32: Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta (dengan membelitkannya ke badannya).
Surah Al-Insyiqaq
- ayat 12: Dan dia akan menderita dengan bakaran Neraka yang marak menjulang.
Surah Al-Balad
- ayat 20: Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang dituutp rapat ( supaya kuat bakarannya).
Surah Al-Insan
- ayat 4: (Dalam pada itu) sesungguhnya kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka) beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang (api) menjulang-julang.
Surah Az-Zumar
- ayat 16: Bagi mereka (yang kafir disediakan) lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka dengan azab yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambanya. Oleh itu, bertaqwalah kepadaKU wahai hamba-hambaku.
Sumber Utama: Al-Quranul Karim
Sinopsis: Mahar Cinta Cinderella
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 15, 2013
Pengembaraan Kami Bakal Bermula~~
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1 Agama
Salam 1 Perjuangan
Salam 1 Ummah
Salam Dihulur Pembuka Bicara
Sebelum Jari Jemari Gatal Nak Menari
Senyuman Ikhlas Dari Hati Terukir Jua
Mohon Jatuhnya Ke Hati Pembaca
Ops!!!
Cantik gigi....
Nah~~
Ni baru senyumannya....
Mencoret langkah permulaan perjuangan ke medan ilmu dibumi anbiya'
Berbekalkan usaha + doa + tawakkal kepada Ilahi
Perjalanan beribu batu bermula dari langkah yang satu
Kami mulakan langkah yang satu dengan lafaz yang mulia
Bismillahirrahamanirrahim
Bismillahitawakkaltu'alaAllah
WE MUST TO SETTLE IT
-Pasport
-Medical Check Up
-Gambar Pasport
-Bank Draf
-Beli Setem & Sampul Surat
Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu semuanya dah settle.
Terima kasih & Jazakillahu Khairan Jaza' K.Biey kerana membantu saya, iqoh & jid dlm menyelesaikan urusan Medical Check Up & yang paling penting untuk ke'2 ibu bapa kami yang turut membantu untuk melancarkan lagi urusan kami.
MEDICAL CHECK UP
Urusan Medical Check Up kami x dapat lakukan bersama 1 kumpulan besar hanya berkumpulan kecil. Saya & iqoh, jid & na manakala naniy & nisaq secara persendirian. Kiranya kami menggunakan 4 buah kereta. Nak bercakap soal Medical Check Up ni masing2 ade pengalaman tersendiri. Kalau saya & iqoh sampai2 dah jadi budaq bolas kat setiap tempat yang kami kene buat Medical comfirm ada kisah tersendiri. K.Biey yang jadi penonton setia kami suke x habis2. Bermula dekat tmpt ujian penglihatan ade patut pegawai tu tulis ketinggian iqoh 1.48 cm HAHA boleh bayang x kecik mane. Sakit perut saya suke. Nak check gigi plak kene Doktor Lelaki mude plak terkene betul doktor tu lepasan Irbid Jordan. Dari awal saya masuk dari tulah doktor perempuan kenekan doktor tu. Sampaikan suke memanjang doktor tu, 1 per 1 doktor tu tanya nak masuk U mane?Nak ambik jurusan apa?Bila pergi?Single x lagi?Alahai~~ doktor........Time doktor tu beri nasihat doktor perempuan mencelah "time budak laki tadi x de pun nasihat yang berhikmah gitu". Doktor tu sengih, senyum & suke memanjang. Budaq laki yg doktor tu maksudkan tu saya kenal pljr sama tahun dgn sy kat MDQ dulu dgn adik bekas pljr MDQ. Sebelum keluar dari bilik pemeriksaan sempat lagi doktor tu ngusik kat sana banyak pijak tuh...hum....Iqoh plak kuar saje bilik pemeriksaan muke sembey molek!!!K.Biey x puas suke....
Time di kaunter daftar X-ray, Owh..nak gi Jordan sape pegawai lelaki yang sedang berbincang ape-ape entah. Tibe2 seorang pegawai lelaki yang bertaraf mudelah menyoal, masmuka?Saya x mengendahkan soalan tuh. Dia kate plak org tanya x jwb...hum, cari idea nak nyakat mcm mana pegawai tu...Hah, mcm mana saya nak jwb sedangkan soalan tu dituju kpd org lelaki..HEHE..Pandai plak dia tukor dhomir kpd prmpuan jawablah kite nie~~~Bermacam2 soalan dhomir dia tanya, last2 saya terang terus bia pnjng lebor gitu. Eh, ustazah ke ni?duk mane?single ke dah kahwin?secara spontan terucap Astagfirullahalazim...Pegawai perempuan yg tadi diam terus menyokong saya "deq, syaroh panjang lebor agi"...HEHE...K.Biey bkn setakat suke biase bergegor sukenya dari awal hingga akhir ye duk tonton cerita live tuh....
KHAMIS 10 APRIL 2013
Tarikh kami hantar segala2 yang di list untuk buat permohonan ke Jordan. 2 buah kereta digunakan. 1 kereta dari Manir & 1 kereta lagi dari Losong menuju ke Rusila.
"Teh, Chik dok ingat nok beli setem."
1 mesej masuk dari chik naniy, HAHA...pagi2 dah gabra rofiqohku ini. Nak pecah perut wase tu x tengok reaksi mukenya lagi. Nasib baik ada beli setem lebih 4 keping saya suruh K.Biey beli gara-gara setem saya hilang baru ni.
"Salam nadiy, saya x beli lagi setem nge sampul surat..x ingat"
Mesej dari iqoh plak masuk, sakit perut wase duk tengok aksi2 sahabat2 saya ning!!!Dengan spontan balas, x perlu risau saya dah ade simpanan setem & sampul surat. Macam2 ragam sorang2. 4 keping setem cukup untuk saya, na, iqoh & naniy.
9.30 AM
Bermulalah perbincangan & sembang2 dgn Ustaz Mat Saril & Mudir di Kafe Che' Ngah. Dihidangkan plak nasi minyak + Radix ais + kerepok + kuih-muih ustaz Mat Saril yang belanja. Wase pe katok gomok tahap kekenyangan tuh. Tiap kali kami datang comfirm ust akan belanje.Untungkan???huhuhu...1 per 1 ustaz sebut perkara yang perlu diselesaikan agar semuanya berjalan lancar In Shaa Allah.
MUDIR OWH MUDIR
"Bila nak kahwin?"
Tersentak rasanya mudir tujukan soalan tu ke saya. Haish mudir x habis2 lagi, dulu time madah AQ comfirm mudir x akan lengkang menyatakan fatwa "Yang ni ade org doh ning". Hum, ikutlah mudir nak kata ada org doh pun saya jawab pun mudir tetap mengatakan perkara yang sama. Fokus kepada soalan mudir tadi, kalau soalan ni saya tak akan diam."Mudir, bila pulak saya nak kahwinnya pasangan tak de lagi" tersengih mudir ade dah katanya, ust Mat Saril plak mencelah "Tokki kbo ade doh". Last2 malas nak meleret cakap topik ni, i/Allah kahwinlah tu senang saya jawab. Tersengih mudir "Sape hok jurunikoh ekgie?" soal mudir, "comfirmlah mudir" simple jawapan yg sy berikan. "Hok tu hok nok dengornya"kate ust Mat Saril. Lepas mudir usha Na, saya pulak yang kene.
"Cincin x de lagi?"
Tengah2 sibuk susun borang dalam bilik mudir dang lagi mudir ni usha tuk ke2 kalinya pada hari yang sama. Ooo mudir tilik tangan saya yer?hahahaha....x mainlah cincin ni mudir rimas, selambe je jawab. HEHE mudir dah kenal saya stail mcm mane tu senang2 je gurau. "Nak bagi anak an dah habis kahwin"mudir..mudir...spontan soalan tu dijawab "Melepass"hahaha.."Nape?"Mudir x dengar jwpn tu, Ust Mat Saril pulak yang jadi pengulang berita "Dia jawab melepass"dengan riang hati mudir suke....
MANGAT GITU!!!
Salinan Medical Check Up molek wak lebih pesanan ust.
Okey, Jom gie fotostat chik!!!
Inilah dia langkah seorang pejuang Islam dengan semangat kami melangkah utk sampai ke destinasi yang dituju ke kedai HPA sebab ada khidmat fotostat baru pagi tadi pergi fotostat kertas Na.
"Bila nak pergi Jordan?"apabila terserempak dgn warden MDQ yang baru balik beli News Paper.
"I/Allah bulan 9"acuh x acuh je rasa nak jawab sbb kami tahu kami sdg diperhatikan oleh adik2 banin dari atas. Walaupun kami ni dah habis MDQ tapi bagi saya batas tetap kene jage bukan sewenang2nya blh diajak bicara.
Kami menyambung langkah semangat perjuangan kami.
Alhamdulillah sampai ke destinasi yang dituju, dekat je.
"Teh, kene buang selipar ke?"
"Yep, kne buang"
Dengan penuh semangat Chik menarik pintu yang tertutup itu seperti semangat seorang pahlawan di medan perang.
"Teh, wakpe dok leh?"
"Ilex2 Chik"
Sepintas kilat Chik menyarung semula seliparnya.
HAHAHA
Malu besor wase sebab aksi kami ditonton oleh adik2 banin yang sangat ramai kalu x de org biase je kot!!HAHA
Rupa2nya kedai tu dia kunci ade je org kat dalam tapi kat dalam nung x de kat ruang kedai tu...HUHU
Hum, kami manatau x de sikit papan tanda buke @ tidak...
X de salah tuk try buke pintu dulu HEHE
Ubah destinasi, fotostat kat kedai lain....Alhamdulillah kedai buke~~
PAK MEZAH PUNYE CERITE
Tut..Tut..Assalamualaikum...
Baru je nak bersimpuh duduk dalam bilik mudir.
Eh,,eh...macam kenal je budak ni(kate pak mezah)
^_____^(sengeh je kite)
Nak gi mane ni?
Lah, Jordan bukan ke nak gi Mesir?
Ust Mat Saril jawab, Jordan lake ni.
Ambik bidang ape?Medik?
Huh, pak Mezah saya nak ambik bidang Medik mcm mane saya bkn ade Bio, Kimia & Fizik.
Owh, anak p.Mezah ada sorang kat Mesir ambik bidang Medik.
Kite nak ambik wak menantu arh...Alahai P.Mezah~~~(saya mari sini bukan urusan nak cari jodoh tapi nak urus urusan nak sambung pelajaran saya ni)desus hati yang x bersuara...
Awal2 ust Mat Saril membantah x boleh p.Mezah ni ade org tunggu lake doh ning dinung, ni yg semangat ngak nak sambung sane...(pandai2 je ust ning kiteorg nak prgi bljr x de main semua tu)rasa mcm nak bersuara tapi tangan tengah busy menyusun kertas jadi mulut pun terkunci sbb mind set malas nak fokus bnde lain.
BEREBUT NAK COP?
HAHA lawok tengok aksi p.Mezah nge Mudir masing2 nak turunkan cop lawak2...Ni soal salinan fotostat kami yang kene disahkan..Best jugak tengok aksi2 orang yg lebih berusia dari kita nim, nok2 P.Mezah mangat molek nok cop pesan Ust Mat Saril jgn barang rambang p.Mezah..HAHA..semangat nak turunkan cop pengesahan sampai tertinggal kaca mata dalam bilik mudir....
ALHAMDULILLAH SETTLE!!!
Akhirnya lepas 1 per 1 diselesaikan dengan izin Allah semuanya siap diselesaikan termasuk Bank Draf yang last minute dapat makluman kene buat secepat mungkin.
Dengan lafaz "BISMILLAHITAWAKKALTU'ALAALLAH"kami meyerahkan Borang Pemohonan Ke Jordan.
Now!!!
Apa yang kami kene lakukan iaitu banyakkan berdoa & solat hajat jangan tinggal setelah semua perkara yang diminta untuk borang tersebut diselesaikan.
Teringat Ayat Al-Quran yang dihafal ketika Robie' Thanawi dulu yang bermaksud:
Apabila Engkau Telah Membulatkan Tekad Maka Bertawakkallah Kepada Allah
Sesungguhnya Allah Mencintai Orang Yang Bertawakkal
(Surah Al-Imran 159)
Mudah-mudahan ini adalah yang terbaik untuk kami b'6 beserta sahabat kami yang lain
Permudahkanlah urusan & murahkanlah rezki kami untuk menuntut ilmu dibumi Anbiya'.
Kurniakanlah kejayaan kepada kami didunia & diakhirat
Aamiin...
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Thursday, April 11, 2013
Kreatif Betul...
Assalamualaikum....
Meh pakat dengar lagu Sayang Versi Tauhid...
Meme kreatif an pemikiran 4 orang anak muda ning!!!
Lagu ni untuk orang yang sah taraf je~~
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.
MINDA KREATIF MENJANA INSAN YANG INOVATIF!!!
Wednesday, April 10, 2013
Terima Kasih Ya Allah
Along...Along....
Ku memaksa diri untuk membuka kelopak mata yang agak berat untuk diangkat kerana terlewat merehatkan diri disebabkan terlalu asyik bermain sudoku sampai jam 1.05 minit pagi, ni pun nasib baik tengok jam kalau tak entah pukul berapa baru rehatkan diri...
Dengan suara yang agak tidak bermaya "Kenapa ummi kejutkan along awal pagi ni?"
"Bangunlah along tokki muntah-muntah pagi ni." Sepantas kilat ku bangkit dari kamar tidur, tokki muntah-muntah ummi?Ye along tok telefon tadi, pergi mandi-mandi nanti lepas adik-adik pergi sekolah kita pergi rumah tok. Sebenar khabar itu sangat mengejutkan sebab baru petang semalam pergi tengok tokki nampak macam dah sihat. Time saya datang dengan keluarga tokki siap angkat buah nangka lagi untuk saya, apalagi cari surat khabar 1 & pisau x berganjaklah saya ditempat buah nangka tu sampailah habis...hehehe
Kerisauan jelas terpancar di wajah suci ummiku, tanpa banyak bicara ku turuti kata-kata ummi. Selesai sahaja khidmat diri, ummi jom kita pergi...sebelum ummi naik motor dengan along ummi ngucap panjang2 dulu deh?Usik ku untuk menceriakan sedikit keadaan agar ummi tidak terlalu khuatir.
Sampai sahaja rumah tok, laju je langkah yang dihayungkan untuk bertatap wajah dengan tokki. Sebaik sahaja pintu dapur dibuka, terpancarlah wajah tokki yang agak kelesuan. Perasaanku sudah bercampur baur melihat keadaan tokki yang sebelum ni hanya deman biasa2 je. Terfikir patut ke teruskan pengurusan ke Jordan?Sememangnya tokki tidak menyokong mane saya menyambung pelajaran ke luar negara. Sampaikan saya kene bleber free di tokki sebab x pergi Karnival Jom Masuk U yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak baru2 ni. Tersengih je dengar bleber free dari tokki. Tak pelah x pergi pun ade P.Zul yang tolong buat balik 1 beg dalam tu ade belake nak U mana. Melihat keadaan tokki ketika itu, saya tahu tokki perlukan perhatian dari anak & cucunya...hum......................
Keesokkan harinya, kami sekeluarga pergi jenguk keadaan tokki. Petang tu tokki semakin lesu dengan muntah2nya. Bila ditanya tokki makan x?katanye perut x nak terima makanan patutlah semakin kurus nampak tulang je. P.Nuar tanya ayah nak pergi hospital x?ke nak suh panggil doktor mari rumah?katenye x payah susah2..Haish tokki nak kene ni...Sakit2 macam tu pun x nak pergi hospital lagi???
Keesokkan harinya,,,
Kreng...Kreng...
Setelah selesai berbalas salam...
Sayu kedengaran suara tok "Along..tokki kene tahan di hospital."
Terkasima rasanya terus saya ajukan soalan "Tokki duk wad berapa?"
Setelah terjawab jawapannya, terus sahaja saya menelefon abi yang tengah berkhusus & saya tahu waktu saya telefon tu x sesuai tapi ni perkre penting. Setelah panggilan terjawab tanpa bercakap panjang, terus sahaja memaklumkan apa yg patut dimaklumkan ke abi. Baiklah nanti kita pergi hospital. Talian kami terputus. Cop, x nak ganggu abi tapi kene ganggu jgak!!!
Ummi...Along kene jmpa doktor hari ni nak ambik report medical check up.
Okey, nanti bawa nasi tu ke tokki.
Sampai sahaja dihospital, Ops!!bukan waktu melawat...Susun plan dengan K.Biey & Na...
Okey saya & k.Biey pergi bilik x-ray, Na akan tolong hantar ke tokki..
Nak pergi mana?bilik X-ray?tanye penjaga tu..Oh yer, muke kami ni mmg cop muke bilik x-ray dah wape kali dah datang. Yer bilik x-ray..Hah, kami x tipu saya & k.Biey menuju bilik x-ray, Na menuju ke wad 7..hik3...
Kami berjumpa semula dibilik x-ray, sekejap je Na pergi hantar on the way nak ke wad tokki Na kene kacau di doktor!!!Haish x patut2 but all is well.."Nadhirah tokki pesan suruh naik nanti". Don't worry tokki tanpa disuruh along akan naik jugak.
Setelah hampir selesai urusan medical check up, terus pergi melawat tokki. Sampai2 je depan tokki, tokki terus bangun ambik buat balik nasi ni. Buka sikit banyak mana nasi tokki makan....Tokki...sikitnye tokki makan...Banyak dah tu long..Tokki memaksa dah...Kemas2kan katil tokki, sudu ni tokki basuh x lagi?sambil meneliti fizikal sudu tu...Along buat balik je sudu tu...Haish, nanti tokki nak makan gune ape?..Tanpa berlengah terus pergi basuh sudu tersebut...Saya tahu tokki dah tak sabar nak balik...Selesai kemas apa yang patut, tokki nanti mimun susu along beli ni straw pun along dah sedia...Dahlah tu long, banyak dah makanan atas tu along tengok plak kat tu...K.biey & Na tengah tahan suke penuh makanan kat tokki saje...Tokki perkenalkan diriku kepada jiran katilnya..Tiba2 Pak Cik tu panggil dengan isyarat tangan, ingatkan ade ape rupanya dia perkenalkan dirinya merupakan anak beranak tokki..Intai nama sikit, Owh keturunan Raja jgak patut pun, pesan Pak Cik tu belajar selagi mana boleh belajar...Tokki menyampuk kbolah along nak sambung ke Jordan~~Alhamdulillah, tokki support along untuk sambung ke luar negara~~
Nadhirah, jom balik..Kawanku menyedarkan diriku bahawa urusan medical tu ade sdikit lagi x selesai...Saya pun meminta izin dari tokki untuk pulang sebelum beredar esok tokki balik lah ye....Doa banyak2 ke tokki..mangat gitu tokki bile sebut tokki balik esok yer~~~
3 hari 2 malam tokki berada di hospital, Alhamdulillah doktor bagi kebenaran untuk pulang setelah 6 botol dimasukkan air. Sepanjang tokki sakit, telefon x putus2 berbunyi. Semuanya panggilan dari p.saudara & m.saudara yang berada diluar negeri. Kerisauan tuh jelas kedengaran dari suara mereka, kalau tokki teruk je mereka akan sepakat untuk terus pulang ke Terengganu. Diri saya pun menjadi sibuk apabila tokki sakit jadi pemantau keadaan tokki 3 kali sehari pergi & sekarang kesibukkan tu dah berlalu pergi...Kalau tengok keadaan P.Aki saya lagi teruk lembik terus siang hari berulang dari pejabat ke hospital..Malam hari pergi plak ke hospital..itulah dia kasih seorang anak untuk ayahnda tercinta...Alhamdulillah Tokki pun dah beransur pulih.
Alhamdulillah~
Bersyukur x terhingga rasannya~~
Terima Kasih Ya Allah~~~
Kerana telah mengabulkan doa kami...
Tiada yang mampu mengkabulkan doa kami selain-Mu Ya Allah Ya karim...
Thursday, April 4, 2013
Alhamdulillah^^
Alhamdulillah^^
Jangan lupe jawab salam tu dulu yer~~
Hari ni 4 April 2013
Melakarkan peristiwa seram2 bagi diri saya sendiri.
Baru tadi hampir2 nak accident...hehehe
Bukan hampir2 dah accident pun, Alhamdulillah x teruk mana cuma motor saya patah dekat bahagian letak kaki kat belakang tuh...pengalaman..pengalaman...
Kenang kembali saat tu rase macam x percaya je, mujur motor x rebah, saya & adeq pun masih steady atas motor...Alhamdulillah adeq saya pun x ape2, okey je..Akak tu pun okey jgak...Tempat dekat berlaku accident tadi tuh mmg tempat yg dah banyak berlaku accident kat situ..Kawan2 saya pun pernah cakap x berani manalah nak lalu kat situ tapi saya redah gi je hingga terkena diri saya sendiri..Agak2nya saya ni jenis trauma x???Alhamdulillah Ya Allah kerana jadikan saya bukan seorang yang mudah trauma masih boleh bawe motor mcm biase cuma kat selekoh tu kene berhati2 sikit...Silap siapa???Saya dan akak tu pun silap ke'2 2nya silap...
Sekarang terfikir nak buat macam mane dgn motor tu bkn tercabut tuh, patah terus..Nasib baik motor dengan motor kalu motor dgn kereta Nauzubillahiminzalik~~
Abi & Ummi tahu x????heheheheheheheheeeee..................
~PENGALAMAN ERTI KEHIDUPAN~
Subscribe to:
Posts (Atom)