Friday, May 24, 2013

My First Ice Cream

>>comot dah tak sempat nak snap time masih comei<<
...yang atas tu coklat cip...

Hah, ni dia ice cream buatan sendiri. Alhamdulillah excited teramat sangat dah ni nak rasa ice cream buatan sendiri. Walaupun gambar tu dah teramat comot jadinya. Apa tidaknya belum apa-apa lagi adik-adik lelaki saya dah tungging dan menunggingkan ice cream yang tak berapa nak beku lagi.

"along...nok rasa jgak ice cream ni"

Adik-adik excited nak rasa tapi tak keras lagi masa ni. Nilah pasal ice cream dah x berapa nak nampak rupa dah. Nak marah pun tak jadi. Kalau saya dah excited adik-adik lagi-lagilah. 

Korang nak try pun boleh je, so easy :)
Resepi ni copypaste dari laman My Resepi

Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he



_biar gambar yang berbicara_
gebu je tak de rase macam ketul-ketul ais
mengalahkan ice cream baskin robbins (gurau2 je)

Bagi siapa-siapa yang rajin...SELAMAT MENCUBA!!!


Tuesday, May 21, 2013

Hayati Kullu Hal Lillah


Layan Nasyeed Sebentar
Halwa Telinga Hilangkan Stress

"Berhibur Tiada Salahnya
Kerna Hiburan Itu Indah
Hanya Pabila Salah Memilihnya
Membuat Kita Jadi Bersalah"

ketahuailah wahai jiwaku...kehidupan adalah perjuangan...menyusuri perjalanan sebuah perjuangan itu susah...terkadang perit yang ditemui...terkadang jatuh yang dijumpai...terkadang laluan itu penuh dengan onak & duri...perjuangan tidak dihampar dengan permaidani indah nan merah...bahkan dihiasi dengan kaca-kaca & tribulasi yang mendatang...

BANGKITLAH WAHAI JIWAKU!!!

Monday, May 13, 2013

Degilnya Kaki Saya Ni :)

Assalamualaikum diungkap sebagai pembuka bicara...

1,2, 3

Senyum...

Have a nice day


Jom naikkan taraf TAQWA kita melalui senaman GERAKAN KAKI & NOMBOR 6

Step by step okey?
  1. Ikuti arahan yang diberikan dan lakukan mengikut turutan.
  2. Ungkapkan lafaz basmalah "BISMILAHIRRAMANIRRAHIM"
  3. Duduk di atas kerusi dalam posisi yang selesa.
  4. Gerakkan kaki kanan anda mengikut putaran arah jam.
  5. Lukiskan angka 6 di udara dengan menggunakan tangan kanan anda sambil kaki kanan anda bergerak  mengikut arah jam.
  6. Berikan respon anda. Bagaimana?
Degilnya kaki saya, berpusing ke arah lain pulak!!!

Anda macam mana?

Kita sama je kan...Eh, eh, ada persamaanlah kita..DEGIL!!!

Lihat, bagaimana "DEGILNYA" kaki kanan kita yang akan berpusing ke arah yang lain. SUBHANALLAH!!! Kita merasakan otak kita hebat tetapi yang lagi hebat ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Jom Akui Kelemahan Kita!!!

Tingkatkan Taqwa!!!


* Konklusi daripada penerokaan majalah Gen-Q isu 21

Friday, May 10, 2013

SINGLE 2 MEMBOSANKAN???

Assalamualaikum Teman-Teman
Salam Sayyidul Ayyam
Masaul Khair :)


Apa habaq semua?

Mudah-mudahan diberkati Allah sentiasa.

Entry kali ni x de panjang2 pun cuma nak ajak berfikir je sebab x de persediaan pun nak menconteng blog yg dhoif ni.

Terbaca status seorang rakan FB, katanya :

"single 2 membosankan"

Sedikit memeranjatkan sebab statement ni bkn dari seorang perempuan tapi sebaliknya.

Bila difikirkan balik apa yang nak dihairankan semua manusia ada perasaan cuma jarang terbaca statement macam ni dari seorang lelaki.

Terfikir juga kenapa Encik ni boleh buat statement mcm 2?

Kalau saya lah punyalah bersyukur.

Kenapa?

Sebabnya saya bebas dari melakukan maksiat, bebas dari agenda pujuk memujuk orang (bab pujuk org fail!!!hehehe), kredit pun jimat daripada duduk berbalas mesej, duk bergayut. Sabar sungguh orang yang bercouple before nikah ni kan?

Syadidnya pemikiran saya kan?

Bukan syadid abang2, kakak2 & adik2 sekalian, saya tahu mmg fitrah manusia nak disayangi, dimanjai, dibelai bab kata orang "nak menyayangi dan disayangi". Sweet je dengar (angkat kening sikit) regangkan urat-urat jangan marah :) Tapi fitrah 2 jangan ditukarkan kepada fitnah.

Jadi saranan sayalah kepada sesiapa yang menganggap single 2 membosankan cepat2lah nikah. Saya support je orang nikah muda ni. Mesti ada yang label ingat senang ke nak nikah2 ni!!! Ops jangan marah-marah...

Kalau x nak nikah lagi, mari kita renungi hadis ni :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari akhirat sehingga dia ditanya tentang 4 perkara iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang mudanya ke mana digunakannya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya serta tentang ilmunya apakah yang diamalkannya"
(riwayat al-Tabrani)

So say No to Bosan!!!

Kalau ada terasa hati, terkasar bahasa, pandangan yang salah dan pemahaman yang berbeza saya meyusun se 10 jari jemari memohon maaf...Teguri saya yer :) keep your smile

Akhirul Kalam,
Saya tinggalkan dengan 2 petikan kata - kata: 

"The story of life is just the blink of eyes, The story of love is Hello and Goodbye"

"Single is the best, Single is independent"

Wassalam :)