Peace Be Upon To All Readers :)
15112013
Sahabat Untuk Selamanya...
Bersama Untuk Selamanya...
Kau & Aku Sahabat...
Untuk Selamanya Setia...Awwalan,
Alhamdulillah wa syukrulillah kerana disamping saya Allah kurniakan sahabat-sahabat, kakak-kakak, adik-adik & ahli keluarga yang sangat menyayangi antara 1 sama lain. Alhamdulillah....
Syah : "Kak Nadiy, saya nak kirim surat dekat kak Nadiy nak bagi melalui abi"
Itulah maklumat yang Cik Sya Aisyah sampaikan dekat saya. Sampailah waktu kepulangan abi dari Rusila saya pun keluar dari bilik buat2 muka tak tahu gitu HIHI ~budak nakal~ tunggu info dari abi dalam 2 minute tunggu abi pun cakap "along, ada orang kirim barang kat along". Diolog dalam hati "alhamdulillah warkah hati dah sampai^^". Okey, buat2 lagak biasa walaupun sebenarnya teruja sebab dah lama tak dapat surat dari sahabat especially dari Cik Sya Aisyah kalau pusing2 kembali saat duk dq dulu alahai bestnya berutus surat itu hobilah sekarang yang selalu sampai surat tawaran sambung belajar je.
Ayyah : "along comeynya hadiah along"
Hairan dengan apa yang diperkatakan oleh ayyah depan ummi lagi cepat2 saya mencelah "bukan hadiah kadlah" walau dalam fikiran bukan surat ke? tak akan budak Syah bagi kad kot. Lalu dengan sepantas kata "along, ayyah wak masuk hadiah along ye?" wak masuklah....
Terpancak depan mata 2 buah beg cantik sangat!! >>gambarnya kat atas tu<< Tenung punya tenung kat hadiah tu sampai ummi tegur "tengok apenya,,bukalah" HEHE "ni bukan hadiah along ummi sebab dapat maklumat surat je". Acik pun menyampuk "yelah hadiah along..Aisyah bagi". Aik, kenal pulak budak tu sape pengirimnya. Akhirnya, terluah 1 luahan kata yang berat "banyaknya" abi pun cakap "sampai 3 orang mari hantar tadi" ^^ ~tersenyum malu!!!~
banyakkan???tapi macam terabur je gambar nim...jap nak snap yang baru!!!
okes, nim hadiahnya!!!serious, segan nak terima...BANYAK!!!
Lepas tengok hadiah nim tak terasa nak buka pun lagi. Kene serang budak Sya Aisyah tu dulu. Tergaru + terharu saya dibuatnya. Tergaru sebab hairan kata surat 2 keping macam mana bertukar 2 beg hadiah pulak & terharu sebab........Jeng...Jeng...Jeng...sebab warkah hati 2 keping tu ;). Ops, sebelum serang kene baca warkah hati tu dulu...
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kakakku sayang...
Padamu ada al-asrar yang menjadi idaman mujahid
Tersingkap al-asrar dimuqaddimahkan secebis makrifat
Jagalah humaira' pada wajahmu
Jagalah nur shuhudiah di qalbumu
Jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu
Moga kau menjadi mar'atus solehah...
Andai diri terasa lemah, bangunlah munajat kepada ALLAH...In Shaa Allah!!
Yang lemah dipandang gagah,
Yang sedih dipandang ceria,
Yang resah dipandang tenang,
Sedikit pengorbananmu selamanya terasa...
Adakalanya DIA memberi sebelum sempat kita meminta,
Kerana DIA mengerti keperluan hambanya.
Adakalanya DIA mengambil semula sebelum kita bersedia,
Kerana DIA ingin menguji keimanan hambaNYA.
Selamat berjuang dalam mencari keindahan Nur Ilahi
Hidup mesti diteruskan dalam mengisi Halawatul Iman fiddunya wal akhirat
Isilah hati dengan bunga-bunga keilmuan
Penuhi jiwa dengan kerinduan Ilahi
Moga akhlak Rasulluah menghiasi diri
Al-Quran & As-Sunnah menjadi pedoman, In Shaa Allah..
Kakakku sayang...
Amat mudah untuk menyayangi seseorang
Tetapi amat sukar untuk melupakan orang yang telah kita sayangi!!
Kakakku yang disayangi :
Jikalau dirimu diuji,
Jikalau dirimu dilukai,
Jikalau dirimu dilupai,
Jikalau dirimu disakiti,
Jikalau dirimu ditindasi,
Jikalau dirimu dibebani,
Jikalau dirimu dikhianati,
Hanya sabar dan syukur mencipta
Sememangnya dapat menjadi penawar :)
>< terharu!!!
Lepas baca warkah hati nim, tak jadi nak serang banyak2 just serang skit2 je. Terus dapat panggilan Cik Sya Aisyah^^ yang pasti saya pulak yang terkene!!! Pandai pulak dia bagi telefon dekat umi dia Mama Ina @ Kak Ina. Tersegan silu + tak terkata apa "automatik jadi pendiam> <" HIHI...
Waktu malam baru buat projek buka hadiah lengah jadinya banyak sangat!!!Terpaksa minta bantuan ayyah tolong bukakan...
Ting...Ting...Tom...
tak terkata bila tengok hadiah nim!!!geram kat cik adeq tu^^
Celoteh dari si dia terhadap setiap hadiah yang diberikan...
- t-shirt : maaf kalu x muat (kecil) / terlebih muat (besar), x tahu saiz ekpon HuHu~
- beg : carilah ilmu sehingga ke negeri CINA
- wonderful : gunakan ia dengan sebaik mungkin -> dlm 2 ada kata2 u will found it step by step <-
- pashmina : gayakan dirimu asalkan menutup aurat
- tasbih : "bersahabatlah seperti rantaian tasbih" pesanmu kepadaku. If you have any trouble or sadness you must get it ang remamber Allah always~
- sitbox : x tahu teknik?syah ajar semula ea :p dalam tu boleh letak barang 2 dalam masa yang sama boleh jadikan meja kecil @ kerusi (tempat duduk) kalu bawok gi kat U berguna jugak kot! HEHE.
- salju sakinah : jadilah dirimu penenang buat diriku setenang salju sakinah
<3 Live Like Your Name "SAKINAH" <3
kepercayaan + cinta x ikhlas kerana Allah / pengorbanan - ego & pentingkan diri sendiri = ukhuwwah fillah abadan abada. :)
Katanya ni adalah hukuman untuk saya...HUKUMAN???Aisy,,,,
Acik : "perh, kat seratus hadiah along saja...bise nguh sek2 along...untung ler~~lau sek2 acik bukan setakat hadiah tak dapat tarikh birthday pun x ingat"
Terkedu dengar komen acik..
"YA ALLAH, SENTUHLAH HATI JUNIORKU INI...DISAAT DIA HILANG SEMANGAT, PELUKLAH HATINYA DIKALA DIA LEMAH MENGHADAPI UJIANMU. YA ALLAH, JANGAN BIARKAN HIDUPNYA GUNDAH GULANA...JANGAN BIARKAN DIA TERLUKA DEK ANGIN BAYU, TERSUNGKUR DEK LANTAI BERGOYANG...SESUNGGUHNYA AKU YAKIN HANYA PADA ENGKAU JUNIORKU BERGANTUNG HARAP...PELIHARA IMANNYA SELALU, KEKALKAN UKHUWWAH DI ANTARA KAMI YA ALLAH"
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Jazakillah khairan jaza' adiknda Sya Aisyah...semoga Allah membalas segala kebaikkanmu^^ >>dah tak terkata dah nim<<
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…
Mudah-mudahan persahabatan kita menjadi naungan di padang mahsyar kelak & doa rabithah pengikat ukhuwwah fillah kita^^
"persahabatan kita bukan pada nilaian harta benda akan tetapi pada nilaian Iman & Islam serta aliran kasih sayang keranaNYA"
Syukran jazilan...
Terima kasih atas surprise yang gempak nim ><
Minta diri dulu...
Wassalam^^