Imbas Kembali....
Hujan...
Yep hujan & keadaan burung itu adalah gambaran keadaan diriku & sahabatku semalam. Basah kuyup. Jasa seorang sahabat pasti tidak akan dilupakan. Bukan senang nak cari sahabat yang berada di sisi kita saat susah & senangkan?Di saat panas mentari membaham & di saat hujan membasahi bumi. Alhamdulillah Ya Allah dikurniakan sahabat yang saling bantu membantu tidak kira apa jua keadaan.
Kata-kata UMMI YANG TERCINTA ketika diri ini berada dalam keadaan yang tak tahu nak buat apa & macam mana untuk menyelesaikannya. Peluang dah ada dihadapan mata. Dalam erti kata yang sebenar 'buntu'.Yup, dalam keadaan buntu!!!
"along tak boleh lari dari masalah, along kene hadapi masalah tu"
Yer!!!Saya kene hadapi masalah tu walau sukar & getir macam mana sekali pun. Bukankah disebalik kesusahan pasti akan mengiringinya kesenangan?Bukankah itu janji Yang Maha Berkuasa?Naam janji Allah itu pasti!!!
Kekerasan pasti akan kalah dengan kelembutan & kesungguhan seorang anak. Untuk mendapat keredhaan seorang ABI saya harus berjuang. Destinasi yang dipilih untuk sambung belajar adalah negeri SELANGOR abi tak berapa setuju disebabkan anasir-anasir buruk yang diperkatakan oleh manusia yang hanya mendengar khabar angin. Jelas, diriku harus berusaha mengali kepercayaan seorang abi.
Ummi setuju je diriku menyambung pelajaran di sana tapi abi...Selangor tu jauh...sosial...kalau sambung di Kelantan abi boleh selalu jengukkan...itu yang diperkatakan abi, abi berusaha memujuk diriku untuk menyambung pelajaran di KELANTAN. Namun bukan diriku tidak ingin mengikut kata abi tapi diriku seolah-olah tidak boleh bertoleransi untuk menjejakkan kaki di Kelantan. Cuba memujuk diri sendiri tapi sahabatku yang sekarang ini pun belajar di negeri Kelantan di tempat yang disarankan abi pun tidak beberapa senang di sana. Macam mana nak pujuk diri sendiri ke sana?
Ya Allah...
Hari demi hari berlalu, bertanya pendapat Ayah Dee Syam diperlukan. Katanya, sistem belajar sama sahaja cuma di Kelantan pensyarahnya lebih okey daripada Selangor tapi sama sahaja lebih sikit je. Selangor lebih luas kawasannya dari Kelantan & kalau dari segi kegiatan..event tu Selangor is better. Fikir + Zikir. Seusai berbicara dengan uncle yang disegani. Tersemat dalam hati "AKU NAK JADI SEPERTI P.SAUDARAKU INI MENGIKUT LANGKAH M.SAUDARAKU!!! ".
Ummi...tempat diriku mengaju pendapat, meluahkan perasaan & bertanya pendapat. Abi...tak akanku sisihkan. Yang Maha Esa...tempat diluahkan segala rasa, memohon pertolongan, memohon kekuatan & kesabaran, memohon petunjuk untuk mengapai mardhotillah & memohon untuk dipermudahkan segala-galanya. Al-Quran...ditatap lama, dipeluk dengan eratnya, dibaca dengan tenang, memahami 1 per 1 maksud ayat. Getaran di sanubari jelas terasa. Tak dilupakan p.saudara & m.saudaraku yang banyak membantu, memberikan pendapat, mereka juga tempat diriku berkongsi masalah.
"Ridho Allah Fi Ridho Walidaian"
Ini yang diutamakan yang didahulukan. Sejauh mana diriku melangkah dengan niat yang murni tapi tanpa redho walidaian diriku juga tidak akan mendapat redho dari Sang Khaliq. Nauzubillah...
Tahniah Nadhirah Sakinah Binti Sidik. Anda mendapat tawaran untuk menyambung di (XXXX).
Alhamdulillah, diriku berkongsi kegembiraan dengan ummi. Abi belum pulang dari tempat kerja. Setibanya abi ke rumah, diriku mengkhabarkan berita itu sememangnya waktu ini abi sudah mengizinkan untuk sambung belajar di negeri Selangor. Dengan izin Allah...Alhamdulillah...
Abi izinkan along belajar Selangor tapi abi tak setuju kos yang along ambik. Allahu Robbi....tarik nafas dalam-dalam...Allahu Akhbar...Bukankah dengan solat & bacaan Al-Quran itu dapat mendamaikan jiwa yang resah?
Di mana ada KEMAHUAN...Di situ ada jalan PENYELESAIAN
Bertanya pandangan P.AKI diriku semakin yakin abi nak kan yang terbaik buat anaknya. Pandangan abi tak akan ku sisihkan redhomu ku dambakan wahai sang abi. Susah mahupun payah akan ku tempuh, nekad!!!Sekali lagi bantuan Ayah Dee Syam & Cik Dee Pae diperlukan...Doa dipanjatkan kepada Sang Pencipta...Alhamdulillah pihak (XXXX) memberi keizinan untukku menukarkan kos setelah melihat syaratku cukup dengan bantuan ke'2 insan tadi. Bukan senang nak tukar kos kene buat surat, surat tu kene faks & kene pos laju. Tindakan secepat mungkin. Alhamdulillah Ya Allah...Diriku tak terkapai-kapai, Ayah Dee Syam tolong buat surat untuk diriku dan P.Aki tolong fakskan surat tersebut. Alam maya Mr. Facebook & Mr. Yahoo digunakan.
Tugas yang tinggal pos laju, tanpa berlengah motor Wave 100 hadiah daripada abi di panaskan enjinnya. Segala surat di printkan. Rangkaian SMS penghubung diriku dengan seorang sahabat digunakan. Alhamdulillah Allah memudahkan kerjaku. Sahabatku free boleh di ajak untuk buat teman sepanjang perjalanan ke pejabat pos. Doa naik kendaraan diaminkan. Bismillah motor wave 100 yang dibawa membelah jalan dengan kelajuan 90 k/m. Laju ke?Biase je kan? Segala urusan berjalan lancar Alhamdulillah. Waktu pergi, saya sendiri yang bawak motor sebab nak kejar masa waktu pulang sahabat saya pulak yang bawa santai je dengan kelajuan 50 k/m agak-agaknya.
Tiba...Tiba...
Hujan turun dengan lebat. Turun-turun je terus lebat. Kami buat keputusan untuk berhentikan perjalanan kami disebabkan tak nampak jalan. Habis basah kuyup kami berdua. Sepanjang menanti hujan reda kami bersembang habis semua bab kami kongsikan. Alhamdulillah hujan sudah reda. Perjalanan kami diterusakan sampai ke destinasi. Sampai di rumah denyutan di kepala menjadi-jadi mungkin disebabkan terkene air hujan. Sakit itu penghapus dosa. Pujuk Hati...
Benarlah kata Ummi...
Tak boleh lari dari masalah tapi kene hadapinya dengan bijak. Gunakan akal yang Allah anugerahkan. Seperti dalam keadaan di atas, kami tak dapat lari dari hujan kami kene meredahnya itu perancangan Allah ada makhluk yang memerlukan air hujan itu. Manusia pula macam kami kena cari idea macam mana tak nak bagi basah kuyup & pulang dengan selamat iaitu cari tempat berteduh. Disebalik waktu berteduh kami dapat merapatkan lagi ukhuwwah fillah. Bukankah itu satu nikmat?
Benarlah kata Ummi...
Tak boleh lari dari masalah tapi kene hadapinya dengan bijak. Gunakan akal yang Allah anugerahkan. Seperti dalam keadaan di atas, kami tak dapat lari dari hujan kami kene meredahnya itu perancangan Allah ada makhluk yang memerlukan air hujan itu. Manusia pula macam kami kena cari idea macam mana tak nak bagi basah kuyup & pulang dengan selamat iaitu cari tempat berteduh. Disebalik waktu berteduh kami dapat merapatkan lagi ukhuwwah fillah. Bukankah itu satu nikmat?
Alhamdulillah Ya Allah Ya Karim...
Sekarang segala-galanya diserahkan kepada Pencipta. Tawakkal kepada Allah adalah kunci segala-galanya. Proses penukaran berjalan lancar tunggu keputusannya sahaja. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah...
"MAKA SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN(5)SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN(6)"
Yakinlah dengan firman Allah...Bersama Kesulitan Ada Kemudahan...2 kali ayat ini diulangkan di dalam surah Al-Insyirah menunjukkan bahawa di setiap kesulitan akan ada kesenangan...Bersangka baiklah dengan perancangan Sang Kholiq...Setiap ujian pasti berbalut hikmah yang tersembunyi...Benarlah,,,Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan...Banyak Yang Dapat Di Pelajari Daripada Semua Ujian Ini. Jadi jangan pernah berputus asa itu bukan sifat orang Islam tau? Always Think Positive!!!
...Ya Allah Rahmatilah Insan-Insan Yang Telah Membantuku Untuk Berjihad Di JalanMu Ya Allah...
*pesan untuk diri sendiri & sahabat sekalian...
sejauh mana pun kita melangkah utamakan redha kedua ibu bapa kita kerana di situ terletaknya redha sang pencipta...apa guna kita belajar tinggi2, jauh sekali mana pun & berjaya dengan cemerlang terbilang tanpa keredhaan Allah & ke'2 ibu bapa?pasti tiada ketenangan yang dapat dimiliki dalam kehidupan...syurga itulah impian semua makhluk...tanpa redha Allah bagaimanakah kita nak menjejakkan kaki ke syurga?sayangilah ke'2 insan yang banyak berjasa ini, hormatilah keputusan mereka jika kita tidak setuju pandailah2 mencari inisentif sendiri untuk memujuk mereka...Mak ayah mana tak sayang anak kan?
Kejayaan dunia akhiratku pohon padaMu Ya Allah...
Astagfirullah hal azim3x...
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad3x...
Inilah simpang siur perjalanan diriku...
Wassalam