Friday, March 24, 2017

PENGALAMAN NGERI

Assalamualaikum...

Dupdap...Dupdap...Dupdap ❤

Kejadian 24032017 !!!

Aku sekarang tinggal dekat Key Ell untuk mencari sesuap rezeki dan secebis pengalaman.

Hidup zaman sekarangkan perlukan pengalaman walaupun result gempak bagai nak rak, pengalaman kerja tetap diperlukan tapi semua atas rezki dari Yang Maha ESA. Right?

Nak dijadikan cerita kalini :(

Rabu, Khamis & Jumaat ketua tempat aku kerja tu bagi cuti. So aku pergila berjalan dekat Nu Sentral sorang2. Niat dihati nak pegi beli bag nak pergi kerja tapi memang dapatlah ☺

Memandangkan aku dari rumah pak cik aku so naik lrt jelah ke Nu Sentral nak pergi Parkson punya pasal. Jenis aku pulak round semua Parkson tu baru shopping. Biasalah bila dah pusing2 ni mulalah semua berkenang so aku keluarlah sekejap round Nu Sentral pulak sambil duk fikir nak amik ke tak bag tu.

Harini dekat Nu Sentral ada karnival...

Karnival apatah aku dah lupa..

Tak silap karnival throwback drama  (entah betul ke idop hehehe)

Tengah2 duk usha artis dekat karnival tu dari atas adalah sorang pak cik ni tegur aku...

Apa kat bawah tu?

Aku pun jawablah ada karnival.

Mula-mula dia tanya aku, kenal ke artis tu? aku jawablah tak nampak (dalam hati nak jerit aku rabunlah weh) pastukan meleret-leretlah dia duk tanya aku sampai pada tahap ajak aku minumlah...pergi KLCC lah... aku dah rasa tak sedap hati dah !

 Mula rasa gugur jantung !

Dahlah bahasakan diri dia abang !!!

Nak muntah aku...

Pastu aku buatlah busy main fon sebab dah tak nak cakap dengan dia sambil duk fikir camne nak lari dari orang tua miang ni...

Dia boleh cakap nak ikut aku ☹

Okey, time ni jujur...

Aku rasa menyesal giler pergi usha karnival tu !

Aku pun buat2 busy main fon lagi pastu bertegah bila dia cakap nak ikut aku.

Bila dia cakap nak ikut...

Aku terus cakap tak boleh ! tak nak !!!

Pastu blah terus dan jalan laju2 sampailah ke tingkat atas Nu Sentral.

Takut punya pasal !

Lepas aku dah rasa selamat...

Terus masuk balik Parkson pastu beli apa yang patut then pergi makan dekat Wangsa Walk tak nak terserempak dengan orang tua miang lagi.

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya balik ke rumah pak cik dengan selamat.

Terima Kasih Ya Allah...