Along...Along....
Ku memaksa diri untuk membuka kelopak mata yang agak berat untuk diangkat kerana terlewat merehatkan diri disebabkan terlalu asyik bermain sudoku sampai jam 1.05 minit pagi, ni pun nasib baik tengok jam kalau tak entah pukul berapa baru rehatkan diri...
Dengan suara yang agak tidak bermaya "Kenapa ummi kejutkan along awal pagi ni?"
"Bangunlah along tokki muntah-muntah pagi ni." Sepantas kilat ku bangkit dari kamar tidur, tokki muntah-muntah ummi?Ye along tok telefon tadi, pergi mandi-mandi nanti lepas adik-adik pergi sekolah kita pergi rumah tok. Sebenar khabar itu sangat mengejutkan sebab baru petang semalam pergi tengok tokki nampak macam dah sihat. Time saya datang dengan keluarga tokki siap angkat buah nangka lagi untuk saya, apalagi cari surat khabar 1 & pisau x berganjaklah saya ditempat buah nangka tu sampailah habis...hehehe
Kerisauan jelas terpancar di wajah suci ummiku, tanpa banyak bicara ku turuti kata-kata ummi. Selesai sahaja khidmat diri, ummi jom kita pergi...sebelum ummi naik motor dengan along ummi ngucap panjang2 dulu deh?Usik ku untuk menceriakan sedikit keadaan agar ummi tidak terlalu khuatir.
Sampai sahaja rumah tok, laju je langkah yang dihayungkan untuk bertatap wajah dengan tokki. Sebaik sahaja pintu dapur dibuka, terpancarlah wajah tokki yang agak kelesuan. Perasaanku sudah bercampur baur melihat keadaan tokki yang sebelum ni hanya deman biasa2 je. Terfikir patut ke teruskan pengurusan ke Jordan?Sememangnya tokki tidak menyokong mane saya menyambung pelajaran ke luar negara. Sampaikan saya kene bleber free di tokki sebab x pergi Karnival Jom Masuk U yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak baru2 ni. Tersengih je dengar bleber free dari tokki. Tak pelah x pergi pun ade P.Zul yang tolong buat balik 1 beg dalam tu ade belake nak U mana. Melihat keadaan tokki ketika itu, saya tahu tokki perlukan perhatian dari anak & cucunya...hum......................
Keesokkan harinya, kami sekeluarga pergi jenguk keadaan tokki. Petang tu tokki semakin lesu dengan muntah2nya. Bila ditanya tokki makan x?katanye perut x nak terima makanan patutlah semakin kurus nampak tulang je. P.Nuar tanya ayah nak pergi hospital x?ke nak suh panggil doktor mari rumah?katenye x payah susah2..Haish tokki nak kene ni...Sakit2 macam tu pun x nak pergi hospital lagi???
Keesokkan harinya,,,
Kreng...Kreng...
Setelah selesai berbalas salam...
Sayu kedengaran suara tok "Along..tokki kene tahan di hospital."
Terkasima rasanya terus saya ajukan soalan "Tokki duk wad berapa?"
Setelah terjawab jawapannya, terus sahaja saya menelefon abi yang tengah berkhusus & saya tahu waktu saya telefon tu x sesuai tapi ni perkre penting. Setelah panggilan terjawab tanpa bercakap panjang, terus sahaja memaklumkan apa yg patut dimaklumkan ke abi. Baiklah nanti kita pergi hospital. Talian kami terputus. Cop, x nak ganggu abi tapi kene ganggu jgak!!!
Ummi...Along kene jmpa doktor hari ni nak ambik report medical check up.
Okey, nanti bawa nasi tu ke tokki.
Sampai sahaja dihospital, Ops!!bukan waktu melawat...Susun plan dengan K.Biey & Na...
Okey saya & k.Biey pergi bilik x-ray, Na akan tolong hantar ke tokki..
Nak pergi mana?bilik X-ray?tanye penjaga tu..Oh yer, muke kami ni mmg cop muke bilik x-ray dah wape kali dah datang. Yer bilik x-ray..Hah, kami x tipu saya & k.Biey menuju bilik x-ray, Na menuju ke wad 7..hik3...
Kami berjumpa semula dibilik x-ray, sekejap je Na pergi hantar on the way nak ke wad tokki Na kene kacau di doktor!!!Haish x patut2 but all is well.."Nadhirah tokki pesan suruh naik nanti". Don't worry tokki tanpa disuruh along akan naik jugak.
Setelah hampir selesai urusan medical check up, terus pergi melawat tokki. Sampai2 je depan tokki, tokki terus bangun ambik buat balik nasi ni. Buka sikit banyak mana nasi tokki makan....Tokki...sikitnye tokki makan...Banyak dah tu long..Tokki memaksa dah...Kemas2kan katil tokki, sudu ni tokki basuh x lagi?sambil meneliti fizikal sudu tu...Along buat balik je sudu tu...Haish, nanti tokki nak makan gune ape?..Tanpa berlengah terus pergi basuh sudu tersebut...Saya tahu tokki dah tak sabar nak balik...Selesai kemas apa yang patut, tokki nanti mimun susu along beli ni straw pun along dah sedia...Dahlah tu long, banyak dah makanan atas tu along tengok plak kat tu...K.biey & Na tengah tahan suke penuh makanan kat tokki saje...Tokki perkenalkan diriku kepada jiran katilnya..Tiba2 Pak Cik tu panggil dengan isyarat tangan, ingatkan ade ape rupanya dia perkenalkan dirinya merupakan anak beranak tokki..Intai nama sikit, Owh keturunan Raja jgak patut pun, pesan Pak Cik tu belajar selagi mana boleh belajar...Tokki menyampuk kbolah along nak sambung ke Jordan~~Alhamdulillah, tokki support along untuk sambung ke luar negara~~
Nadhirah, jom balik..Kawanku menyedarkan diriku bahawa urusan medical tu ade sdikit lagi x selesai...Saya pun meminta izin dari tokki untuk pulang sebelum beredar esok tokki balik lah ye....Doa banyak2 ke tokki..mangat gitu tokki bile sebut tokki balik esok yer~~~
3 hari 2 malam tokki berada di hospital, Alhamdulillah doktor bagi kebenaran untuk pulang setelah 6 botol dimasukkan air. Sepanjang tokki sakit, telefon x putus2 berbunyi. Semuanya panggilan dari p.saudara & m.saudara yang berada diluar negeri. Kerisauan tuh jelas kedengaran dari suara mereka, kalau tokki teruk je mereka akan sepakat untuk terus pulang ke Terengganu. Diri saya pun menjadi sibuk apabila tokki sakit jadi pemantau keadaan tokki 3 kali sehari pergi & sekarang kesibukkan tu dah berlalu pergi...Kalau tengok keadaan P.Aki saya lagi teruk lembik terus siang hari berulang dari pejabat ke hospital..Malam hari pergi plak ke hospital..itulah dia kasih seorang anak untuk ayahnda tercinta...Alhamdulillah Tokki pun dah beransur pulih.
Alhamdulillah~
Bersyukur x terhingga rasannya~~
Terima Kasih Ya Allah~~~
Kerana telah mengabulkan doa kami...
Tiada yang mampu mengkabulkan doa kami selain-Mu Ya Allah Ya karim...
No comments:
Post a Comment