Jiwaku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-NYA,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami Menciptakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian"
(surah al-Tin : 4)
Sedarlah jiwaku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah Akan Mengangkat Orang Beriman Di Antaramu Dan Orang Berilmu Beberapa Darjat"
(surah al-Mujadilah : 11)
Jiwaku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuailah jiwaku,
Kemulian manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"You Are The Best Ummah" (surah al-Imran : 110)
"Sesungguhnya Orang Yang Paling Mulia Di Sisi Allah Adalah Orang Yang Paling Bertaqwa"
(surah al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
"Ya Tuhan Kami, Berilah Kami Kebaikkan Di Dunia Dan Kebaikkan Di Akhirat Dan Peliharalah Kami Dari Azab Neraka" (surah al-Baqarah : 201)
Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
"Bacalah! Bacalah Dengan (menyebut) Nama Tuhanmu Yang Menciptakan"
(surah al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Allah,
"Sesungguhnya Kami Telah Mengemukan Amanat Kepada Langit, Bumi Dan Gunung-Ganang, Maka Semuanya Enggan Memikul Amanat Itu Dan Mereka Khuatir Akan Mengkhianatinya, Dan Dipikullah Amanat Itu Oleh Manusia. Sesungguhnya Manusia Itu Amat Zalim Dan Amat Bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya)" (surah al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamu Orang-Orang Yang Paling Tinggi Darjatnya, Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"
(surah al-Imran : 139)
Lantaran itu, carilah reda Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin asas kejayaan,
"Allah Tidak Akan Ubah Nasib Sesuatu Kaum Sehingga Dia Mengubah Nasibnya Sendiri"
(surah ar-Ra'du : 11)
"Jikalau Mereka Bersungguh-Sungguh Reda Dengan Apa Yang Diberikan Allah Dan Rasul-NYA Kepada Mereka Dan Berkata: Cukuplah Allah Bagi Kami, Allah Akan Memberikan Kepada Kami Sebahagian dari Kurnia-NYA Dan Demikian Pula Rasul-NYA, Sesungguhnya Kami Adalah Orang Yang Berharap Kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka) (surah al-Taubah : 59)
Jiwaku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu 1 ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-NYA,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-NYA,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Jiwaku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah jiwaku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tak di dunia,
Nun di syurga.
*Nukilan Asiah Yusra "Tautan Hati"
No comments:
Post a Comment