Friday, November 15, 2013

Jangan Jatuh Cinta Tapi Bangun Cinta

In The Name Of Allah The Most Gracious & The Most Merciful^^

Peace Be Upon To All Readers :)
                                                   







Tuhanku...
Berikanku cinta yang KAU titipkan
Bukan cinta yang pernah ku tanam

Alhamdulillah dapat touch heart to heart dengan seorang sahabat dunia akhirat yang bergelar kakak. Banyak dia titipkan kata2 yang berbunga..so sweetkan?

bait-bait madah yang dititipkan buat diri ini

Hebat ukhtiku bermadah...

Al-kisahnya yang boleh terbawa2 cakap soal nim. Bermula dengan 1 persoalan yang tiba2 senggah dalam kotak perbualan kami "dear, dah ada orang masukkan?" ehem...sejak akhir2 nim soalan yang sebegini menyapa diri ini but it's okey. Saya suka orang yang bertanya bukan yang melabel secara membuta tuli. Baru nim pun ada seorang murobbi yang bertanya "dengar2 dah ada orang betol ke?" dan baru je semalam rakan fb pula yang bertanya tu pun gara2 salah faham. Well, semua soalan tu akan di jawab secara berhikmah kepada penyoal2 soalan2 tersebut in shaa Allah.

Berbalik kepada soalan ukhti tadi, saya memperjelaskan perkara yang sebenar. Tidak hairan dia boleh bertanya sedemikian rupa kerana ada cerita disebalik soalan tersebut dan dalam cerita tu melibatkan ramai orang apabila melibatkan ramai orang mudahlah tersebar berita. Tak gitu?

Alhamdulillah dia betul2 memahami walau ada segelintir pihak yang mendengar dari sebelah pihak sahaja melabel saya & family dengan kata2 yang hebat sekali. Takpe, lain orang lain prinsip hidupnya^^

Memandangkan saya & ukhti ni meminati murobbi yang sama iaitu Dr.Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha so kami berisikan perbualan kami dengan ilmu yang diterapkan oleh sang murobbi. Mudah untuk kami saling memahami dan ukhtiku pun banyak berkongsi cerita. Dengan izin Allah, kisah kami ada keserasian rupanya.

"First think first & loving after nikah"

Konklusi yang dapat kami simpulkan. Actually, segan juga nak muatkan kisah bab-bab macam ni dalam blog tapi ada kebaikkannya. Bait-bait dari ukhti tu begitu tajam boleh take note for myself & yourself.

Di akhir perbualan kami,

Lagu Jangan Jatuh Cinta Tapi Bangun Cinta dihadiahkan untukku^^


Kata ukhtiku, lagu ni yang merangsang dan menguatkan semangatnya untuk tidak bercinta sebelum berkahwin. In shaa Allah ukhtiku akan menjadi pendamping kepada seorang mukmin yang soleh, Aamiin.
Pegang pada janji Allah "surah an-nur:26"

Cinta yang hanya aku berikan...
Saat ijab qobul telah tertunaikan...

Okey...cukup setakat ni dahulu... 
Sama-sama kita meraih keredhoan Ilahi ;)
Now time to an-naum^^
Ila Liqo'

Wassalam

Ops, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan^^







No comments:

Post a Comment