Tuesday, December 31, 2013

Sanah Hilwah Ya Rofiqoti :)

In The Name Of Allah The Gracious And The Most Merciful :)

Peace Be Upon To All My Readers^^

Praise Be To Allah...

Semalam "30/12/2013" telah genap usiaku 18 tahun menghirup udara di dunia ini. Seiring genapnya usia maka semakin hampirlah saat kematianku. Berlalunya hari tuaku semalam maka hari ini "31/12/2013" tarikh yang begitu istimewa kerana genaplah usia seorang rofiqohku 19 tahun yang In Shaa Allah tak akan dilupakan diingatan bahkan di hati.

SANAH HILWAH CHEQ NANIY^^

Sanah hilwah...Happy Birthday...Selamat Ulangtahun Kelahiran...

"SHARIFAH NUR HANANI BINTI SYED MOHD ABU BAKAR"

Khas untukmu Rofiqoh yang tercinta...

Keanggunan yang terpancar darimu... 
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah 
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa 
Laksana surga di dunia 

Keteguhan hatimu srikandi Umar...
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah 
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa 
Sejukmu menenteramkan jiwa 

Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga 
bak permata berharga 
berbinar indah dalam kesucian jiwa...
*asif, tahun ni tak dapat nak ucap face to face...tak dapat nak posto-posto...In Shaa Allah posto-posto akan dikumpul di setiap hujung tahun..nanti balik Malaysia baru di pos yer^^ balik cepat2 sikit nanti penuh laci teh dgn posto-posto yang tertangguh hihi gurau je chik...

Tak dinafikan memang diriku benar-benar merindui sahabatku ini^^ rindu nak dengar kata2 semangat darinya, rindu nak kongsi cerita, rindu nak bace msj loghat ganunya yang pekat (terkadang tak faham pun ada tapi buat2 faham je **), rindu nak dengar gelak ketawanya, rindu nak munaqosyah bersamanya, rindu nak berkongsi pandangan dengannya, rindu akan semua saat detik minit jam waktu yang telah berlalu yang banyak mengukir kisah manis dan pahit di sepanjang travelog kehidupanku ketika dia menemani...terasa bagaikan jiwa kami adalah satu walau mempunyai dua jasad yang berlainan. Sepanjang kisah hidupku sekarang, takde sorang pun yang aku jumpa yang dapat menggantikan dirinya...itulah specialnya dirimu rofiqohku dalam episod kehidupanku..1 dalam berjuta-juta orang^^

1 waktu yang diri ini betul-betul rindu dan ingin ianya berlaku lagi adalah........

"HAPPY BIRTHDAY TO 

  TEH NADIY, CHIK NANIY, 

  LONG HAWWA', NGAH HAJAR." 


Yep waktu ini!!!
Rindu segala kenangan yang telah terukir bersama mereka di bawah 1 perjuangan yang jitu. PPDQ suatu masa dahulu yang menjadi bait-bait huruf yang anti dalam hidupku SEKARANG ianya menjadi sebuah hadiah yang cukup berharga dalam diri ini. Rindukan semua insan yang bergelar K.LONG, K.NGAH, K.CHIK, K.TEH, K.LANG, K.YANG, K.YONG, K. ANDAK, K. DE, K. UCU, K. ANJE, K. ANJANG, K. UDE, K. DEQ, K.SA, KAK, KAKAK, K. ARE, K. TAM, K. WA & DEQ SUEY...tut,,, lagi 1 nama yang tak ingat ni kes special sikit hehe...

Memandangkan masa sedang berlalu, sebagai seorang mahasiswi saya nak menjalankan tugas saya GO TO CLASS :)...Ops entry sebelum cakap nak update time mid sem kan?tapi hari ni cakap tak serupa bikin pulak...sorry...ini punya hari special buat rofiqohku ianya juga special buat diriku...curi masa sikit untuk bagi hadiah berbentuk irama jari di atas keyboard buat rofiqohku.

Allahu yubarik fi hayatik ya ukhti hanani...
fi hifzillah...jaga diri baik2...semoga dihari kelahiranmu ini dan seiring dengan usia yang bertambah, iman semakin mantop ilmu semakin gempak maka dikaulah seorang permata berharga pewaris sultan Al-Fateh buat negara Malaysia yang menegakkan kebenaran dan membanteras kebatilan...menjadi penyejuk hati ayah dan ummimu...jadilah seorang hamba Allah bukan seorang hamba nafsu...menjadi seorang muslimah kental berjiwa solehah kerana dikau srikandi Umar bagi diriku...dikenali tapi tak mudah didekati, disayangi tapi tak mudah memberi hati.

Menyusun 10 jari maaf dipinta sepanjang mengharungi kisah ini dan kisah persahabatan kita andai tersalah mahupun terguris hatimu...bittaufiq wannajah chik...

In Shaa Allah, persahabatan ini akan terus utuh dengan bertambahnya kehadiran 2 orang insan yang berharga k.lang maiyah & k.yang aini
Mengharapkan pertemuan antara kita semua pasti akan terjadi suatu hari nanti...



Sanah Hilwah Ya Rofiqoti...
Salam sayang dan titipan rindu dari bumi Selangor, Malaysia diterbangkan ke bumi Mu'tah, Jordan...
Moga dirimu dalam rahmat Allah sentiasa...
Semoga kita berjumpa lagi...
Wassalam...



1 comment:

  1. MasyaAllah k.teh, sungguh Allah hadirkan seorang rofiiqoh di sisi membuat diri semakin kuat untuk teruskan langkah perjuangan. Terimakasih atas segalanya rofiiqoh. Sungguh, dlm ramai kawan, kamu seorang yang kugelarkan " rofiiqoh" .. Alhamdulillah , sungguh, ku jua merinduimu :) Moga Allah percepatkan waktu untuk kite bertemu dibawah naungan kaabah. InsyaAllah

    ReplyDelete