Wednesday, January 30, 2013

DON'T BE SAD & AFRAID

Jernih air mata yang mengalir
Adalah kurniaan penguat jiwa bagi yang lemah
Ketabahan yang memeluk hati nurani
Adalah kekuatan yang dizahirkan
Melalui nafas-nafas sendu

Hari ini kita menangis...
Esok kita masih menangis...
Lusa kita perolehi satu anugerah
Yakin ALLAH kan kurniakan nafas kedamaian
Buat kita...

Jangan takut untuk sendiri
Kerana kita mungkin lebih kuat
Bila hanya ALLAH yang menemani.

jangan bersedih & takut...Allah sentiasa ada bersama kita...

*sebuah puisi daripada bahan bacaanku...puisi ini telah membuka pintu keyakinan diriku...Alhamdulillah...mudah-mudahan puisi ini bermanfaat & semoga Allah memberkati pengarang puisi ini...Aamiin

Saturday, January 26, 2013

Mamat Poyo

Assalamualaikum...

Hai!!!

Hurm, entry kali ni saya nak berceritalah!!!

Tajuk  Mamat Poyo...

Haish, apa nak jadi dgn saya kali ni!!!

Al-kisahnya...

Oh yer, sebelum tu cerita saya ni kisah perjalanan saya je x de kaitan nge sape2 pun!!!

Okey?

24 January 2013

On the way to Cameron Highlands Pahang Malaysia

Ni kali ke 2 saya pergi Cameron, tuk kali ke 2 ni sy pergi nge tok, uncle & aunty je. Tak rancang pun nak pergi ni Uncle yg ajak. Apa lagi, terus tanya abi blh x ikut p.alah abi? Alhamdulillah dapat lampu hijau, terus pergi bndr nge aunty beli tiket bus ke Kuala Lumpur sebab uncle sy duk kat KL. Malam 23 January 2013, saya, tok & aunty bertolak ke KL. Sampai sana rehat2, makan & kendiri. Terus bertolak ke Cameran naik sebuah kenderaan bertayar 4 jenis Honda City hak milik my uncle. Brum..brum..brum..berhenti jap kat stesen minyak at Tapah. Plan2 x nak turun pun lepas tu tok suruh pergi beli kacang & jeruk. Apa lagi terus follow my aunty. Hah!! kat sinilah bermula kisah tentang mamat poyo (suka hati sy je panggil org mamat poyo harap mamat tu x kisah lah). Siap pilih kacang & jeruk sy terus pergi kat m.saudara sy yg tgh pilih air. Sebelum sampai kat m.saudra sy, sy lalu depan sorang mamat tuh yg mukanya tgh poyo nak pilih air dah arh lama. Seingat sy, mamat uh pkai kaca mata hitam & bersweater ungu. Sempoi je muka sy lalu depan yerk!!wak muka x salah. Time nak bayar barang yg sy beli dgn slamber je lalu plak depan yer tuk kali ke 2. Wak muka don't know je. Lama sngt ye duk pilih. Actually masa tu x ambik cara manalah psl mamat tu coz sy x knl dia & dia x knl sy.

Brum..brum..brum...sambung perjalanan kami. Alhamdulillah dah sampai kat tempat penginapan yang tlh dibooking oleh p.saudara sy. Tempat perginapan kami bertempat di Heritage Hotel dekat Tanah Rata. Sampai tu sy, tok n aunty duk hirup udara atas bukit sana nyaman je. Bebas dari pencemaran sebab hotel ni duk ats bukit. P.saudra nge m.saudara sabit sy pergi check in. Tengah duk gurau2 nge m.saudara sy, ops!! terpandang org kat dlm hotel tu yg tengok kat arah sy smbil senyum. Haish, mata ni x nmpak mana. First, ingatkan sy syok sorang rupa2nya bila fikir balik eh mamat poyo kat stesen minyak tapah tadi. Mak aii!! Lepas dia tunggu org check in, dia pergi round2 kwsn hotel tu kot. Bila dia turun tangga jelaslah sy bleh tgk muka dia, kali ni dia buang kaca mata hitam dia uh, sengih memanjang dia. Alahai...aunty tanye bkpe long? x deah tadi along ada jupe mamat uh kat stesen minyak tadi x sngka jumpa plak kat sini. Nak tau apa aunty sy jawab?

Katenya jodohlah tu..Huh, x deah!! Saya ingat dia tu pekerja kat hotel tu! Enak saya je gi label org cmtu. Rupa- rupanya........ (baca cite ni smpai hbis lau nak tau!!!) Okey, lepas siap check in kteorg msk biliklah rehat-rehat & kendiri...Petang tu kami keluar pergi jalan2 balik malam. Tak de jumpa mamat poyo tuh nasib baik!

Breakfast tuk pagi tu kami makan kat Rainforest dlm hotel tu jgak. Masuk-masuk...Eh, mamat poyo tu lagi sengih memanjang!! Kali ni dia nge ayah dia tgh makan kat tmpat tu jgak. Kiranya dia bukan pekerja hotel lah. Dia makan nge ayah dia je 2 org. Tengok ayah dia org berada jgak dari segi penampilan dia pun dah nmpak anak org kaya. Saya ni enak2 je label dia pekerja kat hotel tu. Parok2x...Tempat duduk sy makan nge mamat poyo uh jauh jugak tapi straight blh nmpak. Rasanya dia bercerita kat ayah dia...sampai ayah dia plak yang tgok. Aduiy, terkene sungguh. Rasanya nak makan nasi airlah lepas makan hotdog nge susu. Saya pun pergi ambik. Dari arah sama, mamat tuh bngun jgak. Tengah2 ambik nasi air tu dia mari kat tepi & cakap hai, jumpa plak ea....Tau tak apa saya buat? just smile....dah sy nak buat apa lagi!! tak akan nak sembang plak!! siap ambik nasi air sy pun pergi duduk kat meja sy lah. Tinggal je mamat poyo uh!! bukan nak ambik makanan pun dia dah siap.

Okey, dia & ayah dia pun keluar. Saya harap dah tak jumpa dah nge mamat poyo uh. 3 kali dah berjumpa dgn dia. Alhamdulillah, time check out dah x jumpa dah. Round2 Cameron pun x jumpa dah. Pukul 5 ptg bertolak balik ke Shah Alam Selangor sampailah pukul 11 mlm. Ni balik rumah p.dare yg sorang lagi ni, tgh rehat2 duk borak2 nge m.dare smbil tgok gmbar so sy bercerita kat m.dare sy. Dia cakap asal tak beritahu dia coz dia nak tgok muka mamat poyo uh. Hahahaha jgn tgk m.dah nanti berkenangkan!!Apa lagi, gelak sakanlah kiteorg smbil tgk gmbr posing2 kteorg...

Al-tamat...

Tapi an, bila fikir balik...sempitnya dunia & lawaklah pertemuan yg hnya knl muka ni!!!Haish, pengalaman2 x pernah lagi terjadi dlm kehidupan saya...dah arh lelaki tu muda bergaya plak!!Bialah sekadar knl muka je..Lama2 sy lupalah muka dia cmne bia tinggl kisah je dlm blog ni...

26 January 2013

Now, saya masih berada di rumah p.dare sy dekat Shah Alam Selangor. Hari ni seharian p.dare ajak round2 Selangor bandar dalam taman...Besok, balik gombak duk rumah p.dare yg ajok pergi Cameron tu...Selasa baru balik Ganu...

Alhamdulillah, bnyk pengalaman bila kembara dunia ni...Next time, sy nak bercerita tapi x janjilah...
Okeylah, nak rehat2kan badan plak...Esok, p.dare ajak pergi jogging..Jom....

Lailah Barakah
Good Night
Selamat Malam

Assalamualaikum.....

*tuk mamat poyo uh, sorry panggil kamu mamat poyo..poyo sangat muka tuh..suka hati je panggil cmtu sorry bro x tau namelah...entah apa dia panggil sy an?hahahaha


Saturday, January 19, 2013

Santai Aja !!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apa khabar saudara saudari?
Mudah-mudahan semuanya sihat sejahtera.
Jangan lupa yerk!!untuk mensyukuri nikmat sihat ini.
Ini kerana nikmat sihat manusia selalu lupa untuk mensyukurinya. Seperti mana yg terdapat dalam 1 hadis, sekira-kira maksudnya: 2 nikmat yang jarang disyukuri manusia adalah nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.
Alhamdulillah, betapa nikmatnya nikmat sihat yang saya rasai selepas nikmat sihat ditarik untuk seketika waktu baru-baru ni. Jadi sentiasalah bersyukur. Jangan nak tunggu sakit baru nak bersyukur (pesanan tuk diri sendiri jgk!!)

Entry kali ni saya nak santai-santai aja...

Jeng-Jeng...

PEMUDA PALESTIN vs PEMUDA YAHUDI

Sheikh Wahid bin Abdul Salam bin Bali menceritakan bahawa seorang anak muda Palestin berkata kepada seorang pemuda Yahudi: 
         "Kami akan memerangi dan mengalahkanmu sehingga kamu akan lari bersembunyi di sebalik 
          pokok dan batu. Lantas pokok dan batu akan memberitahu bahawa kamu sedang bersembunyi 
          di belakang. Kami sangat yakin kerana ia diberitahu oleh Rasulullah S.A.W".
Pemuha yahudi tersebut menjawab:
         "Kami juga mengetahuinya kerana ia memang tercatat dalam kitab kami. Tetapi, hari ini kami tidak
          gentar kerana dalam kitab kami menyatakan bahawa pokok dan kayu yang bercakap dengan
          golongan Muslim tersebut ialah generasi umat Islam yang jemaah solat Subuhnya seramai solat 
          Jumaat. Kami tidak gentar kerana generasi tersebut masih belum muncul"

Sekian sahaja untuk entry kali ni, cerita yang pendek sahaja!!!
tapi ada moralnya...Think!!

perbaiki diri anda & serulah orang lain.



Tuesday, January 8, 2013

Sahabat Yang Baik

Kitab

Book

Buku

Mulakan kalam yg bisu ini dgn lafaz

SALAM SEJAHTERA

Entry kali ni bkn nak promosi buku, hanya nak berkongsi pandangan.

Korang ada Sahabat Yang Baik tak?

Mesti ada sebahagian akan jawab (ada) dan sebahagian yg lain ada yg akan jawab (tak de).

Sebenarnya bagi saya, Sahabat Yang Baik senang dicari Sahabat Yang Sejati sukar dicari. Betul tak?
Tapi kalau yang dah ada Sahabat Yang Sejati tu ALHAMDULILLAH.

Kenapa Sahabat Yang Baik senang dicari?

Pandangan sayalah, Sahabat Yang Baik memang mudah dicari. Cuma atas diri kita utk memilihnya. Dalam Facebook ramai je org yg kita blh anggap Sahabat Yang Baik. Nak dapat Sahabat Yang Baik, pandai-pandailah korang pilih kawan dlm FB tu. Selain tu, kitab, book, buku (bkn sama je ke?hahaha) blh jadi Sahabat Yang Baik kan?Kalau kita beli buku yang bermanfaat, yang blh membimbing kita menuju JALAN LURUS tu sebukan sekadar kita blh ungkapkan Sahabat Yang Baik  malah TERBAIK!!! tak gitu?

Jadilah rajin-rajinlah bersahabat dengan kitab book buku, tak rugi kalau kita pandai memilih malah mendapat keuntungan yg besar blh jadi jutawan. Jutawan tak semestinya dgn harta je. Jutawan dgn ilmu lagi hebat drpd jutawan harta. Right? Pepatah melayu mengatakan MEMBACA JAMBATAN ILMU. Tapi kalau baca je tanpa praktik jawabnya tak berbuahlah pokok yg korang tanam. Hanya sekadar tanam je tanpa makan hasilnya. Rugi tak?tanyalah diri sendiri. Dalam Al-Quran pun ada menegaskan IQRA' yang bermaksud bacalah  surah Al-Alaq ayat 1. Hah, agama Islamkan hebat!!!so kita orang Islam kenelah hebat.

Boleh ke kita nak jadi hebat?

Of courselah boleh. Tengok kisah tokoh-tokoh Islam seperti Imam Syafie, Ibnu Sina, Al-Khowarizmi & lain-lagi. Nak tengok mcm mana ye?Senang je MEMBACA!!!

Oh yer nak jadi orang hebat berbicara tak?

Jawapannya easy je, MEMBACA!!!

Akhirul kalam,
Saya tinggalkan 2 mutiara kata AL-QARNI.
Assalamualaikum.

Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat
tetap, keagungannya kekal dan namanya selalu
dikenang. Sedangkan kebahagian memiliki
harta akan lenyap, keagungannya akan
hilang dan namanya segera dilupakan.

Empat hal yang mendatangkan
kebahagian, iaitu buku yang bermanfaat,
anak yang barbakti, isteri yang dicintai 
dan kawan yang soleh. Dan Allahlah
yang menggantikan seluruhnya.


Sunday, January 6, 2013

Baitul SPM

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Salam Kerinduan...(hah!!!nak jwb gane tu?)

5 JANUARY 2013

Hari yang sy tunggu2x...knp?berkeramat ke tarikh ni?
Okey, sebnrnya hari ni genap 1 bulan SPM berlalu...Huh, rindunya....Ops! bkn rindu SPM tapi rindu saat SPM nok2x kat awok2x Baitul SPM & Baitul SPM tuh...Jadi, apa kata kalau saya ceritakan apa yg menarik tertarik tntg awok2x Baitul SPM & Baitul SPM sendiri...bkn nak buat promosi tapi nak mengimbau kenangan kami bersama...

JOM LAYAR............

Awok2x Baitul SPM terdiri drpd 14 serikandi yg bermisi lagi bervisi...Meh, sy ceritakan characters masing2x...sorang demi sorang...

-K.ZURA
K.zura @ k.zZue Iera nama glamour. Bkn setakat nama yg glamour tuan empunya badan pun mmg glamour. Nilah kakak sulunglah kira. Orangnya mmg bersemangat sekali cakap...hahaha...kaloh pakar motivasi...Semangat, semangat jugak lawak jenaka x lekang...Tapi time bad mo0d...Hah! kne faham2x sendirilah...1 persamaan antara sy dan dia suka tgok buah kat pokok bkn setakat suka tgk makan lagi2x suka...K.zura ni mmg rajin. Beruntunglah sape dapat awek KB ni. Tapi yer enti pada rambut yg gugur..Sekali nyapuh rumah, kami akn pakat sound wahai sekalian rambut, keluar2xlah kamu...hahaha bleh byang ork rambut cegak diri pakat keluar dari rumoh lake..hahahaha imaginasi lebih had..1 memory yg sy x kan lupa nge k.zura time kteorg keje sebagai indah water kejap...huh...

-K.TEH IROH
Ni master chef kami. Fuh! sekali masok mmg aroma dia menusuk kalbu tuh x mkn lagi. Time makan baca doa pahtu radoklah. Kering periuk. Sekali k.teh masok mknan org pahang meme menjilat jarilah..Tempoyak owh tempoyak...K.teh, sape dpt dia pun mmg beruntung!!!bab masok meme hebat arh kaloh habis arh chef2x hok sedia ada tuh. K.teh ni enti benor kalau dapur sepoh, jadi kalau ada k.teh kami mmg comfirm x berani buat sempah dapur. Kemah keming bleh dikatakan keadaan dapur tuh.K.teh yer ambik exam dekat sklh Arab Marang. Jadi sebulan seblm exam & time2x cuti k.teh akan mailah kat Baitul Spm. Mari study sama2x...

-K.HUDA
Hah, ini punya org hebat jugak dlm bidang mskn. Hebat juga bab makan...hahaha...Nak2x time study, sekali tgok ada kat tempat study lagi kali ke2 tengok. Aik! hilang sudah...K.huda...K.huda...K.huda...lah kat dapur rupanya...Kalau dia balik kampung comfirm org kmpng cakap gemuknye ida ning!!!kata mak k.huda duk rumah sewe pergi study ke pergi tmbah berat bdan?hahaha...K.huda bab study yer mmg mangat larh..Ade je tempat2x yg unik ye pergi study...Kebiasaanya, dia akan study dkat ruang solat...sabor...sabor...study huda...study...kat rumah ekgi bleh tgok!record doh kang...Sy yg tgh study hairan...Knplah nge k.Huda tu?rupa2nya dia sdg bermujahadah melawan perasaannya yg membuak2x nk tngk cerita Warkah Cinta Berbaur Syurga...hehehehe

-JID
Ore Dungun owh ore Dungun...Bab masok yg ni pun hebat jugak. Pagi2x time exam jid nge best friendnyelah yg selalu msak. Org lain busy study x kisah dah mkn ke x! nilah org bujang. Eh2x..sape best friend dia tuh?Hah kne tunggulah smpai gilirn best friend dia sy kbo sape. Ada kale mo0d jid kami x dpt pasti. Tapi dia seorg yg baik hati. Actually, sy kagum ngak nge yer. Dia ni x de main laki2x. Hebat2x...Sekali bahas tentang politik!Fuh, kamain semangat dia. Memang anak buah u.Syafizi sungguh. Korea favourite jidlah tuh..English meme tere!!

-K.LANG SUMAIY
Seorang yg happy...Seorang memahami...Seorang yang berjiwa...Bab masok pun hebat. Haish, habis semua hebat..Doh nak bt gane KENYATAAN!!!K.lang ni panggilan glamour yg biasa sy pnggil kami seorganisasi dulu. Jadi bnyak jgak mslh sy kongsi bersama dgn dia. Apa yg sy perasan dlm barisan PPDQ tahun sy, sy nge k.lang jarang berpisah biasa bersama. Dia ni pemalu sikit dgn sy entah knp...Nge awok2x Baitul Spm lain x delah ye malu sngt nge sy malu dia high skit. Sekali dia suka habis larh..hahahaha..k.lang owh k.lang...K.lang, dia seorg yg suka bermuhasabah...bgus2x..dan jiwe hehehe..hnya kami tau..jiwe nge kami2x je...org lain NO WAY!!!

-SYU
Hai si gadis ayu...ni sorang lagi awek KB..Fuh, idaman jejaka ni...keliling pinggang org nok!!tapi Syu mlas nk layan...sekali POK PAK...hahahahaha....gempak serumoh sewe...Ayu2x pun bawak motor bleh tahan...Nilah anak p.din..Syu ni dia ambik exam kat KB jadi time exam kami x duk samelah lau cuti kami duk bersama...Walaupun x duk sama2x kami saling gerok mengerok 1 sama lain pada wktu pagi kalau rindu call..Alam maya kang ada..ke gane?

-IDA
Ida Ieyda nama manjanya...Ni BIG BOSS kami!!!Dialah yg uruskan segala urusan rumah2x sewe ni. Duit meme x lari arh nge yer. Bendahari Syuro x lepas2x. Ida ni mmg sabar sungguhlah mujur x jadi sabasun je. Kami ni asyik2x pnggil ida owh ida...Nak buat cmne rumoh yer keluar dapur rumah kami yer lalu rumah dia. Dia ni seorg pengubat jiwa laralah ada dia keadaan happy sokmo axdop dia rasa sepilah menyapa kami. Tapi time dia sedih x syok jadinye...Hbis serumah tertnya2x knp ida tuh? Betapa pntingnya dia..Mangat study nih..jgn main2x..Kalau kat rumah ida ni mcm bibik jawelah..Knp? kami je yg tau!!!

-AMANI
Kawe kami sorang ni ada personaliti tersendiri. Pastinya personaliti dia tu mcm Princess..hahaha dia ni asyik kne ngusik..Apa tidaknya ada je ye lakukan gaya pelik2x like princess. Prince frog idamannye hahahaha..x de marah2x yer princess..Rumah dia dekat jep kdg2x dia mai tido sama2x..Dia nilah penunjuk jalan pasal kmpng batu 6 ni kat kami..Dia jgak yg memperkenalkan Ceng Zam-Zam kat kami. Lame ni kami x prnh pun knl nge artis nasyid Indonesia tuh. Bagaimanalah ye blh jupe..Kalau kami tertawakan aksi Ceng Zam-Zam dialah yg pling marah sekali..Knp?hehehehehe.....suke jer...

-NISAQ
Kl owh Kl..hah ni dia Best Friend jid 4 ever n everlah dyeorg ni...Kl owh Kl...jgn ingt gadis Kl x pandai masak ini lain punya org larh bab masok...Fuh, mmg kene lake perfect arh...Ni sorang lagi peminat Warkah Cinta Berbaur Syurga...Nisaq ni mmg co0l bangat orgnye steady je...Filem Hindustan diminatinya kol 2 ptg hari sbtu..Jagelah dia..Orgnya kurus je time mkn skit je tapi nak mkn sokmo...hahahahaha..untung ler org x mudah berisi...ckp ganu kali nisaq..hahahahaha...

-IQAH
Kawe hok sore ni meme kurus melidi...makan kuat je tapi entah ke manalah perginya mknan tuh..Dia je yg tau..Hah ni master chef bab Spaghetti..best..Time hujung minggu balik lah kawe hok ni sore..biasalah ank sulung an?mak ayah tepom bila nak balik?jadi iqah pun baliklah...Dia selalu kene buli..baik sungguh orgnye..ikut je tapi bkn lurus bendul yep!!

-NA
Na ni dah bergelar mahasiswi kaloh kami..kami ni bdaq2x ngak lagi..na bekeng orgnye bekeng2x pun sifatnya yg baik hati terserlah..Ingat lagi time sy kne serang batuk haritu susah2x na buat bubur tuk sy..pandai plak dia kaburkan mata sy nge syur-syuran..nk2x halia..sedar2x halia duk dlm mulut dah..kdng2x kami label dia MAK TIRI..hehehehe..jgn marah deh..Time je kami bersama Na coz dia mahasiswi jadi busy skit..kasihan plak kat dia kne imbang pembljrn kolej & spm..tapi dia dah hebat dlm SPM ni siap ambik trial lagi..x mcm kami...

-K.CHIK NANIY
K.chik tu nama famous sy bahasakan kalau sy nge dia..Org lain ada yg panggil nani je nunulah mcm2x..K.chik ni x exam sama kteorg dye dftr kat lain..Nak nmpak batang hidung dia susah sungguh time cuti nmpaklah dia..Ni cikgu kami yg paling hebat..Best Student ni..Lau x leh bljr secara nyata kami bljr secara maya dgn dia...Kadang2x sembang je lebih kami ni..Sabar jelah layan kami..Nano buleh tahan dia nie..hahahaha...

-K.FIQOH
Ni sorang lagi mek KB tinggal, org penting ning..Axdop ye susoh..Berceroteh okm0..Berceroteh pun buku ada okm0 tgn susoh nk eng0p ye lepas nge buku...n0p2x buku syariah..buku kegemaran rase nyerk!!Tengah hari mmg comfirm arh mmg x leh nk dinafikan wajib ala kulli hal ade muka dia kat pintu dapur..Knp?Bila matahari berdiri tegak atas kepala, tahap kesabaran awok2x Baitul SPM kne pertingkatkan..So..fikir2x sendirilah yer..Dia punya hobby mmg terbaik punya suka buang sampah..Ada yer clean & clear sampoh...X de dia adelah sampah..Oh yer, mek ni time exam axdop arh yer gi berhijrah jap..yer daftar kt KB, jadi kene exam kat sanalah...

Okey, beres!!!Aik bru 13 org..Hah sorang lagi tuh sylah..psl sy?x de yg interesting pun..Okey?
Eh, lau x perknlkan Baitul Spm nge keadaan sekeliling jadi x syoklah memory kami..
Meh, sy perknlkan sedikit sebnyk......

BAITUL SPM
Terletak di Six Stone at Pengkalan Amas..alamat ni je yg sy tau..hehehe...sewe bulanan RM 150..ada 2 bilik, 1 ruang yg sngt luas, ada berande, dapur & bilik air. Semua kayu kecuali bilik air. Kata shbtku, fisrt masuk kosong je ada 3 biji rak buku tu je yg lain kami pakat bawok. Rumah kami duk tengah2x kat depan ada rumah kat belakang ada rumah belah kiri ada rumah belah kanan ada rumah tpi jauh skit. Jadi kami sedikit selamat. Malam last duk sana kami ditimpa hujan limau..hah! seramkan..tpi..bt biasa2 je..

Hurm, rindu nak duk sama2x kembali. Rumah tu bnyk knangn kami bersama. Kdg2x ust.Rozi nge k.Rody mari best..kongsi cite nge ust & k.rody..kdg2x dyeorg yg bercerita best sngt...Kami duk sana walaupun x de mak ayah kami ade 1 keluarga yg besar yg amat prihatin sama kami next time sy cerita tntg kuarge ni..Kami ade 2 org MA..Ma depan nge Ma belakang...hehehehe..Kami ade Tokki & Tok..walaupun aliran politik x sama kami rapat je..Rumah kami mmg kecoh sokmo..Petang2x lepak kat kedai Tokki bkn sekdr lepak pling kurang kne sedia duit jgak coz terliur nge mknan yg ada di kedai Tokki tu..

jgn terkejut yer!!ni first time exam, rase mcm x ckup buku hbis rasa nk baca lake
apa pun meme terbaiklah...

ade air tu jemput minum..kad libray pun ade..
hahahaha

hah ni time study matematik..musing molek otak!!!

Lastly, sy mintak maaf bnyk2x lau ada menguriskan hati sape..sedetik bersama selama2xnya x akn dilupakan..Bnyak perkara yg kami bljr apabila berada di rumah sewe ni x de mak ayah x de warden..semuanya ats diri kami..Pengalaman mengajar kita erti kehidupan..Jadi drpd crita2x kat ats x hairanlah sy naik 3 KG duk rumah sewe..parok2x..Okeylah, doakan kami agr mendpt result yg cemerlang & dimurahkan rezki tuk smbung bljr ke J_ _ _ _ N. Mdh2an itu  adlh yg terbaik..Doakan ukhuwwah kami berpnjgn sehingga ke akhir hayat, pertemukan kami kmbali Ya Allah..Aamiin ya Rabbal Alamin...doa rabithah adlh pengikat kami dikala berjauhan...



أستغفر الله العظيم
السلام عليكم



Friday, January 4, 2013

Ummi

Assalamualaikum...
Peace be upon to you...
Salam sejahtera...

Selamat Tahun Baru 2013...
*blm terlewatkan utk ucapkan?hehehe

Untuk entry kali ni...

"Ummi....izinkan along hadiahkan 1 karya buat ummi."

Hah, Jeng-jeng...walaupun ummi tak akan baca dalam masa yang terdekat ni, tapi along pasti suatu hari nanti ummi akan membacanya...

...Ummi...
Tabahnya hatimu membesarkan diriku...
Sabarnya dirimu melayan kerenahku...
Kentalnya jiwamu mendidik diriku...
Hebatnya dirimu wahai ummi yang tersayang...

...Ummi...
Betapa indahnya susunan kata-katamu,
Ketika memberikan nasihat kepada diriku...
Betapa puitisnya ucapan penguat semangatmu,
Ketika diriku menghadapi peperiksaan & masalah...
Betapa hiba & risaunya dirimu,
Ketikaku jatuh sakit...
Betapa lembutnya sentuhanmu,
Ketika membelai diriku...

...Ummi...
Masihku ingat...
Di saatku mengalami keracunan makanan...
Jelas terpancar kerisauan diwajahmu...
Melihat diriku yang berbaring lesu...
Khuatirnya dirimu melihat diriku yang tak dapat 
Menerima sedikit pun makanan @ minuman yang dihidang olehmu...
Cekalnya dirimu mencari penawar tradisional buatku...
Saranan bapa saudaraku agar menghantar diriku ke hospital,
Dirimu menangguhkan dahulu...
Ini bukan bererti dirimu tidak percaya pada kehebatan perubatan moden,
Tapi...
Dirimu tidak sanggup melihat diriku,
Dihiasi dengan perhiasan hospital...
Tambahan lagi,
Disuntik dengan jarum yang tajam...
Amat menyakitkan...

...Ummi...
Ketegasanmu bukan bermakna itu kebencianmu...
Lenteranmu bukan bermakna itu kemarahanmu...
Tapi,
Ketegasanmu merupakan kasih sayangmu...
Lenteranmu merupakan nasihat buat anakmu ini...

Buat insan yang bergelar Ummi...
Pengorbananmu begitu besar,
Anakmu ini tak mampu untuk membalasnya...
Walau dengan seluruh harta yang berada di dunia ini...
Tapi, 
Anakmu ini berjanji akan menghadiahkan,
Hadiah kejayaan yang cemerlang serta diberkati Allah buat dirimu...
Anakmu ini akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah...
Serta qudwah hasanah buat adik-adik...

Ketahuailah Ummi yang tercinta...
Di dalam telapak tanganku tidak pernah melupakan dirimu dalam doaku...

Daku berjanji padamu Ummi...
Suatu hari nanti...
Ummi berehatlah daripada melakukan kerja...
Biar diriku menjaga & membahagiakanmu pula Ummi...

ALONG SAYANG UMMI...
PASTI!!!

"رضا الله في رضا الوالدين"

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya layarkan 1 karya buat ummi...
Walaupun sekarang jam menunjukkan 1.45 pagi...
Maaflah baru menjenguk2x dunia berkarya ni...
2013 saya membuka terai dgn menghasilkan 1 karya kpd insan yg amt istimewa dlm hidup sy...
Nak berkarya lebih2x saya bukan seorang yg pndai berpuitis...
Okey, akhirul kalam...

Assalamualaikum
Siiru ala barokatillah...

I LOVE YOU MY MOM
sebenarnya, sy x hairan, pelik @ marah, kalau shbt sy label sy anak manje!!!
itu adalah realiti tp x overlah