Showing posts with label Cerita Hati. Show all posts
Showing posts with label Cerita Hati. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Maaf Hati Yang Terketuk


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad

Selamat Tengah Hari Bloggers & Haters

Bukan niatku
Mengetuk hatimu

Maaf

Aku tidak bisa menerima
Aku belajar berkata jujur

Tidak

Kerana aku sudah penat
Mengecewakan hati manusia
Tersakiti dengan kata manusia

Niatku melayanmu
Kadang kerana kau
Aku kenal

Kadang untuk membantu
Tak bermakna aku seperti kataku

Namun
Biarkan kalamku
Membantumu bertemu Tuhan
Moga aku dikurniakan pahala

Bukan
Mengetuk hatimu

Maaf sekali lagi

Aku tak berniat
Mengetuk hatimu


Mudahan kau berjumpa
Bidadari yang tercipta untuk kau

M. A. A. F

Sekian...


Thursday, February 13, 2014

I WANT TO BE A DOCTOR

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful :)

Peace Be Upon To All My Readers^^

Hyep Guys^^

How Are You Today?

Sudah tersenyumkah anda pada hari ini?

Jika "YA" alhamdulillah...

Jika "TIDAK" please give to me your smile ;)

>>Thank you...i love you because Allah^^

Nadhirah...

>>"What do you want to be?"

Soalan yang nampak ringkas bila ditanyakan?

Iyep nampak ringkas bagi orang yang berfikiran biasa namun bagi orang yang "think out of box" tidak akan memandang remeh dengan soalan ini. Soalan yang telah ditanya oleh seorang lecturer kepada saya dan saya tahu saya tidak boleh memandang rendah pada soalan ini. Jika ada jawapan pasti mesti asbabnya. So, saya jawab dengan jawapan yang sukar ditafsir tapi nampaknya lecturer itu tak mudah melepaskan soalannya dijawab dengan cara begitu. Akhirnya, dalam paksa + rela soalan tersebut dijawab dengan sedetailnya. Itu diriku...

Selepas dijelaskan jawapan saya, asbabnya....

>>Mahukah ana simpulkan semua jawapan enti menjadi satu jawapan yang ringkas, namun maknanya sangat mendalam dan perlu disyarahkan?

Of courselah saya nakkan...siapalah tak nak bila ada orang nak konklusi perkara yang berkaitan dengan kita sendiri.

>>You need to say:
I Want To Be A Doctor

Huraiannya:

1) Doktor yang dimaksudkan ialah perawat rohani manusia...Ustazah ataupun apa-apa...Namakan sahaja...Orang yang nak rawat orang dia perlu sihat dan kuat dahulu...Sebaik-baik tarbiyyah/pembentukan ialah dari Allah...Maka dia akan bersabar atas setiap cubaan lalu ia jadi yang terbaik...Seperti sabda Nabi S.A.W: ادبني ربي فاحسن تاديبي

2) Orang yang bawa orang lain kepada kebaikkan dengan ikhlas dia pasti dapat ketenangan dan ganjaran dunia akhirat. Maka dia telah berjaya.

3) Nak capai tahap yang dia inginkan tadi dia mungkin perlu cemerlang dalam akademik menurut istilah sekarang dengan ada "PHD" dia dipanggil doctor.

Nak???

Soalan cepu mas dari sang murobbi....:)

Of Course Nak...."I WANT TO BE A DOCTOR"

>>I will always make dua and support you and don't forget to make dua for me too...

Alhamdulillah....

Tatkala sedang berbicara soal ni, sedar tak sedar diri saya sedang hadapi sedikit ujian time tu...inilah peniup semangat dari sang murobbi kepada anak muridnya walau pada awalnya saya dileteri oleh sang murobbi ini kerana menipu diri saya sendiri dengan mengatakan "i'm fine"...

Kata-kata ummi sentiasa dibenak fikiran "along tak boleh lari dari masalah, along kene hadapinya"

Bab kata lecturer saya: "i know you are strong"

Melalui  TELEGRAM i say IN SHAA ALLAH!!!

Melepasi saat itu, saya katakan pada diri saya "I WANT TO BE A DOCTOR"

Jazakallah khairan jaza' ya ustaz...
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu wahai sang murobbiku...

Alhamdulillah Ya Allah...

Engkau tidak membiarkan hambaMu terus rebah dalam menghadapi secebis ujian yang berlaku itu....

Astagfirullah hal azim...
Astagfirullah hal azim...
Astagfirullah hal azim...

Ku tinggalkan titipan kali ini dengan iringan sebuah senyuman pada kalian...
Fi barokatillah....^^

Wassalam....


Saturday, October 5, 2013

S.A.H.A.B.A.T


"Nikmat yang terbesar selepas kamu mendapat nikmat iman dan Islam ialah mendapat sahabat yang soleh, jika kamu dapati ianya baik maka peganglah ia seerat-eratnya.” [Hadis] 

Allahu Akhbar...
Allahu Akhbar...
Allahu Akhbar...

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Ya Allah...
Dengan izin-MU aku ingin membahagiakan ke semua sahabatku...
Mengembalikan segalanya pada-MU...
Sentiasa bersangka baik pada perancangan-Mu
Agar persahabatan yang kami bina diberkati-MU...
Menjadi naungan kepada kami di padang Mahsyar kelak...

IYEP!!!
Aku ingin membahagiakan semua sahabatku...
Tapi aku insan yang tak lari dari kesilapan...
Nak menjaga hati di sini dan nak jaga hati di sana...
Dalam tak sedar aku juga sedang melukakan hati yang lain...

Maafkan aku sahabat...
Ketahuilah jauh di sudut hatiku tak ingin melukakanmu...
Aku ingin di sampingmu saat kau berduka...
Aku ingin sentiasa melihat dikau sentiasa tersenyum...

Kesedihanmu adalah kesedihanku...
Kebahagianmu adalah kebahagianku...

Memetik gambar Chikcheq yang disayangi kerana Allah...



YEP!!!
Sahabatku...
Sahabat 1 Perjuangan...
My Super Senior...
My Super Junior...
AMBE SAYANG DEME!!!

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...
Menghiasi hidupku seindah pelangi...
Maafkan sahabatmu ini...

S.A.H.A.B.A.T





Monday, September 2, 2013

Begitu Kehendak-Nya

Aku hanya merancang,
Allah jua menentukan,
Kupasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk kufikirkan.

Biar segetir mana ujian melanda,
Baik berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Ku terima dengan hati terbuka,
Kerana memang,
BEGITU KEHENDAK-NYA

Kuyakini, itulah yang terbaik dari-Nya,
Buatku, seorang hamba,
Hanya Dia,
Mengetahuai segalanya.

*monolog Umar Al-Mujahid "tautan hati"

-seiringan dengan kehidupanku "SEORANG HAMBA"

Bacalah Duhai Jiwaku Sayang...

Jiwaku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-NYA,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami Menciptakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian"
(surah al-Tin : 4)

Sedarlah jiwaku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah Akan Mengangkat Orang Beriman Di Antaramu Dan Orang Berilmu Beberapa Darjat"
(surah al-Mujadilah : 11)

Jiwaku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuailah jiwaku,
Kemulian manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"You Are The Best Ummah" (surah al-Imran : 110)
"Sesungguhnya Orang Yang Paling Mulia Di Sisi Allah Adalah Orang Yang Paling Bertaqwa"
(surah al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
"Ya Tuhan Kami, Berilah Kami Kebaikkan Di Dunia Dan Kebaikkan Di Akhirat Dan Peliharalah Kami Dari Azab Neraka" (surah al-Baqarah : 201)
Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
"Bacalah! Bacalah Dengan (menyebut) Nama Tuhanmu Yang Menciptakan"
(surah al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Allah,
"Sesungguhnya Kami Telah Mengemukan Amanat Kepada Langit, Bumi Dan Gunung-Ganang, Maka Semuanya Enggan Memikul Amanat Itu Dan Mereka Khuatir Akan Mengkhianatinya, Dan Dipikullah Amanat Itu Oleh Manusia. Sesungguhnya Manusia Itu Amat Zalim Dan Amat Bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya)" (surah al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamu Orang-Orang Yang Paling Tinggi Darjatnya, Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"
(surah al-Imran : 139)

Lantaran itu, carilah reda Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin asas kejayaan,
"Allah Tidak Akan Ubah Nasib Sesuatu Kaum Sehingga Dia Mengubah Nasibnya Sendiri"
(surah ar-Ra'du : 11)
"Jikalau Mereka Bersungguh-Sungguh Reda Dengan Apa Yang Diberikan Allah Dan Rasul-NYA Kepada Mereka Dan Berkata: Cukuplah Allah Bagi Kami, Allah Akan Memberikan Kepada Kami Sebahagian dari Kurnia-NYA Dan Demikian Pula Rasul-NYA, Sesungguhnya Kami Adalah Orang Yang Berharap Kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka) (surah al-Taubah : 59)

Jiwaku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu 1 ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-NYA,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-NYA,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Jiwaku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.

Berjuanglah jiwaku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tak di dunia,
Nun di syurga.

*Nukilan Asiah Yusra "Tautan Hati"



Teman, Aku Ingin.....

Teman, aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dukorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hasan Al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahnda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita seharum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak Kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Makhamah Mahsyar nanti.

*bait-bait sajak daripada "TAUTAN HATI" 

Tuesday, March 19, 2013

Melodi Hati...

Ya Allah...
Tika ini, saat ini, detik ini
Ku rebah untuk menghadapi ujianmu

Ya Allah Ya Basir...
Mampukah diriku menghadapi ujian ini?
Secebis kekuatan yang baru ku bina telah hilang dalam sekelip mata
Sejarah lembaran album lama yang baru ku tutup
Kembali menyergah dalam kehidupanku
Sungguh diri ini tidak ingin sejarah itu berulang kali k'2 pada usia yang sebegini mentah

Ya Allah Ya 'Alim...
Kuatkah diriku ini?
Kuatkah diriku ini??
Kuatkan diriku ini???
Kuatkah diriku ini berhadapan dengan ujian-Mu Ya Allah

Ya Allah Ya 'Aziz...
Terkadang diriku bermonolog sendirian
Kenapa ujian sebegini yang ku alami ketika usiaku masih belasan tahun?
Diriku bukan seorang Muslimah
Diriku bukan seorang Mujahidah
Diriku bukan seorang Solehah
Jangan kerana abiku seorang ustaz
Lantas diriku seperti abiku
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Diriku hanya seorang remaja yang masih berjuang & terus berjuang
Menjadi seorang Muslimah, Mujahidah, Solehah
Yang terkadang tewas dengan arus duniawi

Ya Allah Ya Karim...
Hambamu ini berpegang teguh dengan firman-Mu yang bermaksud
"Allah tidak akan membebani seorang hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Mungkinkah ujian ini untuk mematangkan lagi pemikiranku?

Ya Allah Ya Kabir...
Hambamu bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang membimbing diri ini mengapai syurga firdausi-Mu
Tatkala hambamu berhadapan dengan ujian ini
Engkau kurniakan kepada ku 2 orang sahabat yang sangat memahami & sanggup berkorban
Dikala suka kami kongsi bersama
Dikala duka kami kongsi bersama
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih sahabat-sahabatku
Terima kasih ku ucapkan kepada ngah & chik
Yang tidak jemu memberi kata-kata semangat, bertanya khabar & mendengar kisah hidupku
Semoga Allah membalas jasa, kebaikkan sahabat-sahabatku
Serta mengeratkan lagi persahabatan ini sampai ke Syurga

Buat ngahku yang sedang berjuang di Jordan...
Jikalau ada ungkapan penghargaan yang lebih besar daripada Terima Kasih
Pasti akan ku ungkapkan pada dirimu yang sudi menghubungkan talian dari Jordan ke Malaysia
"Teh...Allah sayang teh...Ngah rindu kita bersama"
1 ungkapan yang sungguh syahdu

Buat chikku yang bakal berjuang dibumi Jordan
Pandangan, kata-kata nasihat & semangat yang dikau lafazkan
Akan ku jadikan sebagai tongkat untuk diriku mencari kekuatan dalam menghadapi ujian hidup
"Chik nak mumtazah same2 nge teh...Aamiin"
Kata-kata yang penuh semangat
Mudah-mudahan harapan & impian kita serta sahabat-sahabat yang lain akan tercapai
Aamiin Ya Rabbal Alamin

Jazakallahu Khairan Jaza' Ya Sohabati

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Tika ini, saat ini, detik ini
Ku rebah di atas hamparan tikar sejadah
Untuk mengali secebis kekuatan agar diri ini terus tabah, kuat & sabar untuk menghadapinya
Walau badai ujian melanda akan ku gagahi jua langkah agar terus mara ke hadapan untuk berjuang di jalan-Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Ghaffar Ya Hafiz...
Berikanlah kekuatan kepadaku
Tunjukkanlah jalan penyelesaian yang terbaik & diberkati-Mu
Tanpa menyinggung perasaan insan yang lain serta tidak membebani fikiran Abi & Ummiku
Janganlah Engkau bebankan ke atas diri ini ujian yang tak mampu untuk ku memikulnya
Permudahkanlah urusanku & sahabat-sahabatku untuk terus berjuang dalam mencari ilmu-Mu

Ya Allah...
Aamiin Ya Rabbal Alamin....
Hambamu ini hanyalah seorang yang dhoif Ya Allah...


Wednesday, January 30, 2013

DON'T BE SAD & AFRAID

Jernih air mata yang mengalir
Adalah kurniaan penguat jiwa bagi yang lemah
Ketabahan yang memeluk hati nurani
Adalah kekuatan yang dizahirkan
Melalui nafas-nafas sendu

Hari ini kita menangis...
Esok kita masih menangis...
Lusa kita perolehi satu anugerah
Yakin ALLAH kan kurniakan nafas kedamaian
Buat kita...

Jangan takut untuk sendiri
Kerana kita mungkin lebih kuat
Bila hanya ALLAH yang menemani.

jangan bersedih & takut...Allah sentiasa ada bersama kita...

*sebuah puisi daripada bahan bacaanku...puisi ini telah membuka pintu keyakinan diriku...Alhamdulillah...mudah-mudahan puisi ini bermanfaat & semoga Allah memberkati pengarang puisi ini...Aamiin

Friday, January 4, 2013

Ummi

Assalamualaikum...
Peace be upon to you...
Salam sejahtera...

Selamat Tahun Baru 2013...
*blm terlewatkan utk ucapkan?hehehe

Untuk entry kali ni...

"Ummi....izinkan along hadiahkan 1 karya buat ummi."

Hah, Jeng-jeng...walaupun ummi tak akan baca dalam masa yang terdekat ni, tapi along pasti suatu hari nanti ummi akan membacanya...

...Ummi...
Tabahnya hatimu membesarkan diriku...
Sabarnya dirimu melayan kerenahku...
Kentalnya jiwamu mendidik diriku...
Hebatnya dirimu wahai ummi yang tersayang...

...Ummi...
Betapa indahnya susunan kata-katamu,
Ketika memberikan nasihat kepada diriku...
Betapa puitisnya ucapan penguat semangatmu,
Ketika diriku menghadapi peperiksaan & masalah...
Betapa hiba & risaunya dirimu,
Ketikaku jatuh sakit...
Betapa lembutnya sentuhanmu,
Ketika membelai diriku...

...Ummi...
Masihku ingat...
Di saatku mengalami keracunan makanan...
Jelas terpancar kerisauan diwajahmu...
Melihat diriku yang berbaring lesu...
Khuatirnya dirimu melihat diriku yang tak dapat 
Menerima sedikit pun makanan @ minuman yang dihidang olehmu...
Cekalnya dirimu mencari penawar tradisional buatku...
Saranan bapa saudaraku agar menghantar diriku ke hospital,
Dirimu menangguhkan dahulu...
Ini bukan bererti dirimu tidak percaya pada kehebatan perubatan moden,
Tapi...
Dirimu tidak sanggup melihat diriku,
Dihiasi dengan perhiasan hospital...
Tambahan lagi,
Disuntik dengan jarum yang tajam...
Amat menyakitkan...

...Ummi...
Ketegasanmu bukan bermakna itu kebencianmu...
Lenteranmu bukan bermakna itu kemarahanmu...
Tapi,
Ketegasanmu merupakan kasih sayangmu...
Lenteranmu merupakan nasihat buat anakmu ini...

Buat insan yang bergelar Ummi...
Pengorbananmu begitu besar,
Anakmu ini tak mampu untuk membalasnya...
Walau dengan seluruh harta yang berada di dunia ini...
Tapi, 
Anakmu ini berjanji akan menghadiahkan,
Hadiah kejayaan yang cemerlang serta diberkati Allah buat dirimu...
Anakmu ini akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah...
Serta qudwah hasanah buat adik-adik...

Ketahuailah Ummi yang tercinta...
Di dalam telapak tanganku tidak pernah melupakan dirimu dalam doaku...

Daku berjanji padamu Ummi...
Suatu hari nanti...
Ummi berehatlah daripada melakukan kerja...
Biar diriku menjaga & membahagiakanmu pula Ummi...

ALONG SAYANG UMMI...
PASTI!!!

"رضا الله في رضا الوالدين"

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya layarkan 1 karya buat ummi...
Walaupun sekarang jam menunjukkan 1.45 pagi...
Maaflah baru menjenguk2x dunia berkarya ni...
2013 saya membuka terai dgn menghasilkan 1 karya kpd insan yg amt istimewa dlm hidup sy...
Nak berkarya lebih2x saya bukan seorang yg pndai berpuitis...
Okey, akhirul kalam...

Assalamualaikum
Siiru ala barokatillah...

I LOVE YOU MY MOM
sebenarnya, sy x hairan, pelik @ marah, kalau shbt sy label sy anak manje!!!
itu adalah realiti tp x overlah



Wednesday, December 26, 2012

SAHABAT


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhuwwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Ilallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah