Friday, March 29, 2013

Buat Si Gadis Manis Zinnirah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jom Baca Dialog Ini Dulu...

Zinnirah: Kak Sakinah pernah dengar tak lagu Zinnirah?

Saya: Pernah, best ape lagu tu dan saya kagum dengan srikandi Zinnirah.

Zinnirah: Habis tu, kenapa tak ramai pun orang yang bernama Zinnirah. Dekat sekolah saya seorang je yang bernama Zinnirah & apa makna nama Zinnirah?

Saya: Sebenarnya kat luar sana ramai je orang bernama Zinnirah. Hum, saya tak tau apa makna nama Zinnirah tapi disebalik nama tu ada kisah yang saya kagum.

Zinnirah: Apa yang kak Sakinah kagum?

Saya: Pergorbanan srikandi Zinnirah tuh, hebat.

Inilah dialog saya bersama seorang junior sekolah Maahad Darul Quran. Jadi entry kali ini saya tuju khas buat Adik Zinnirah. Mudah-mudahan kisah ini bermanfaat & menjadi sumber inspirasi Adik Zinnirah.

Srikandi Zinnirah Al Mumtahanah

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.


   Zinnirah adalah seorang gadis berketurunan bangsa Rom. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. ketika berlaku 1 peperangan besar di Rom, Zinnirah terpisah daripada keluarganya & menjadi tawanan perang.

   Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar & adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh majikannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba abdi yang senasib dengannya.

   Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu telah membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spritualnya beliau mempunyai jiwa yang kental & cukup tabah.

   Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahuai keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasullullah terkenal dengan sikap bengis & kasarnya sehingga digeruni  baik lawan mahupun kawan.

   Akhirnya, Umar mengetahuai mengenai keIslaman Zinnirah. Apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca Al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan yang berat. "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Disitu, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya ditengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf." Katanya lalu meninggalkan Zinnirah disitu. Walaupun mukanya perit dipanah terik matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak henti mengucapkan Allah...Allah...Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota & mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun bercucuran darah yang keluar daripada matanya & dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknati tuhan Latta & Uzza. Iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata:

"Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

   Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar As-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga yang tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurniaan Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Allahu Robbi...


Hadirmu Bersama Kuntum Senyuman
Walau Dirimu Hamba Tawanan
Kau jadi Impian Firdausi
Kau Jadi Pingitan Hiasan Duniawi
Walau Tak Pernah Melihatmu

Zinnirah
Matamu Jadi Taruhan
Gantian Lara Nilaian Iman
Ayuh Bersama Kita Susuri
Perjalanan Derita Ini
Terlindung Sudah Indahnya Maya
Mata Hatimu Tetap Menyala

Oh Zinnirah
Kau Umpama Bintang Di Malam Hari
Menerangi Alam Maya Dan Ditemani Cahaya Purnama
Selaut Kasih Kau Hamparkan Untuk Ilahi
Tiada Sempadan Dan Tiada Bertepi

Matamu Jadi Taruhan
Gantian Lara Nilaian Iman
Ayuh Bersama Kita Susuri
Perjalanan Derita Ini
Terlindung Sudah Indahnya Maya
Mata Hatimu Tetap Menyala

Oh Zinnirah
Kau Umpama Bintang Di Malam Hari
Menerangi Alam Maya Dan Diteman Purnama
Cinta Murni Yang Kau Dambakan Untuk Ilahi
Tiada Sempadan Dan Tiada Bertepi

Oh Zinnirah
Kau Srikandi Sunyi Bersendiri
Di medan Ngeri Dan Bersuara Sepenuh Berani
Kasih Suci Yang Kau Hulurkan Untuk Ilahi
Menagih Korban Kasih Abadi

Hadirmu Bersama Senyuman
Walau Diri Hamba Tawanan
Kau Jadi Pedoman

Zinnirah Kau Jadi Gadis Pilihan
Hiasan Dunia
Penyeri Di Firdausi


Akhirul Kalam,
Waallahu'alam.

*sumber lagu & kisah srikandi Zinnirah dari rakan bloggers ^ _ ^

Tuesday, March 19, 2013

Melodi Hati...

Ya Allah...
Tika ini, saat ini, detik ini
Ku rebah untuk menghadapi ujianmu

Ya Allah Ya Basir...
Mampukah diriku menghadapi ujian ini?
Secebis kekuatan yang baru ku bina telah hilang dalam sekelip mata
Sejarah lembaran album lama yang baru ku tutup
Kembali menyergah dalam kehidupanku
Sungguh diri ini tidak ingin sejarah itu berulang kali k'2 pada usia yang sebegini mentah

Ya Allah Ya 'Alim...
Kuatkah diriku ini?
Kuatkah diriku ini??
Kuatkan diriku ini???
Kuatkah diriku ini berhadapan dengan ujian-Mu Ya Allah

Ya Allah Ya 'Aziz...
Terkadang diriku bermonolog sendirian
Kenapa ujian sebegini yang ku alami ketika usiaku masih belasan tahun?
Diriku bukan seorang Muslimah
Diriku bukan seorang Mujahidah
Diriku bukan seorang Solehah
Jangan kerana abiku seorang ustaz
Lantas diriku seperti abiku
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Diriku hanya seorang remaja yang masih berjuang & terus berjuang
Menjadi seorang Muslimah, Mujahidah, Solehah
Yang terkadang tewas dengan arus duniawi

Ya Allah Ya Karim...
Hambamu ini berpegang teguh dengan firman-Mu yang bermaksud
"Allah tidak akan membebani seorang hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Mungkinkah ujian ini untuk mematangkan lagi pemikiranku?

Ya Allah Ya Kabir...
Hambamu bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang membimbing diri ini mengapai syurga firdausi-Mu
Tatkala hambamu berhadapan dengan ujian ini
Engkau kurniakan kepada ku 2 orang sahabat yang sangat memahami & sanggup berkorban
Dikala suka kami kongsi bersama
Dikala duka kami kongsi bersama
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih sahabat-sahabatku
Terima kasih ku ucapkan kepada ngah & chik
Yang tidak jemu memberi kata-kata semangat, bertanya khabar & mendengar kisah hidupku
Semoga Allah membalas jasa, kebaikkan sahabat-sahabatku
Serta mengeratkan lagi persahabatan ini sampai ke Syurga

Buat ngahku yang sedang berjuang di Jordan...
Jikalau ada ungkapan penghargaan yang lebih besar daripada Terima Kasih
Pasti akan ku ungkapkan pada dirimu yang sudi menghubungkan talian dari Jordan ke Malaysia
"Teh...Allah sayang teh...Ngah rindu kita bersama"
1 ungkapan yang sungguh syahdu

Buat chikku yang bakal berjuang dibumi Jordan
Pandangan, kata-kata nasihat & semangat yang dikau lafazkan
Akan ku jadikan sebagai tongkat untuk diriku mencari kekuatan dalam menghadapi ujian hidup
"Chik nak mumtazah same2 nge teh...Aamiin"
Kata-kata yang penuh semangat
Mudah-mudahan harapan & impian kita serta sahabat-sahabat yang lain akan tercapai
Aamiin Ya Rabbal Alamin

Jazakallahu Khairan Jaza' Ya Sohabati

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Tika ini, saat ini, detik ini
Ku rebah di atas hamparan tikar sejadah
Untuk mengali secebis kekuatan agar diri ini terus tabah, kuat & sabar untuk menghadapinya
Walau badai ujian melanda akan ku gagahi jua langkah agar terus mara ke hadapan untuk berjuang di jalan-Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Ghaffar Ya Hafiz...
Berikanlah kekuatan kepadaku
Tunjukkanlah jalan penyelesaian yang terbaik & diberkati-Mu
Tanpa menyinggung perasaan insan yang lain serta tidak membebani fikiran Abi & Ummiku
Janganlah Engkau bebankan ke atas diri ini ujian yang tak mampu untuk ku memikulnya
Permudahkanlah urusanku & sahabat-sahabatku untuk terus berjuang dalam mencari ilmu-Mu

Ya Allah...
Aamiin Ya Rabbal Alamin....
Hambamu ini hanyalah seorang yang dhoif Ya Allah...


Sunday, March 17, 2013

Anje Ku Deman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Anje Ku Deman...

Hari ni masuk hari k'2 anje deman...Kasihannya along tengok adeq anje along sorang ni drpd aktif menyepahkan rumah jadi lesu je...Wajah yang selalu mengukirkan senyuman kepada along berubah menjadi muram je...Mendengar tangis sendunya terasa bagaikan diriku juga yang deman...Yelah anje along yang sorang ni x pernah deman seteruk kali ni...Badannya amat panas...Pakai Cool Fever pun dgn Cool Fever jadi panas...Pada siang hari bolehlah bergilir dgn ummi utk menjage anje along ni tapi malam hari ummilah yang terpakse bersengkam mate utk menjage anje...Ummi mana yang sanggup menganggu tidur anaknya...Besarnya pergorbanan seorang ibu...Kata abi bukan mudah nak membesarkan sorang2...Kami adik beradik hanya mendiamkan diri terasa malu kerana diri kami belum mampu melakukan yang terbaik utk abi & ummi...X pasal2 adeq along sorang ni kene panggil nama anje sebab manje sangat...Tokki kate mmg patut manje pun ramai sngt yang duk manje2kan dia...Cyah...Cyah...Cyah....semoge cepat sembuh yer deq...


 ...rindunya senyumanmu...

 ....semoga cepat sembuh adeq anje...


Doakan Adindaku cepat sembuh yer :)

YA ALLAH
Ya Tuhan Yang Menguasai Manusia
Hilangkanlah Kesakitan Padanya Dan Sembuhkanlah
Engkau Pemberi Kesembuhan
Yang Tidak Ada Yang Dapat Menyembuhkan Kecuali Dengan Penyembuhan Engkau
Satu penyembuhan Yang Tidak Diiringi Kesakitan
AAMIIN YA RABBAL ALAMIN

Sunday, March 3, 2013

LAKSAMANA CHENG HO

LAKSAMANA CHENG HO

PEMIMPIN ARMADA LAUTAN BARAT

1 MAC 2002

Gavin Menzies, ahli sejarah amatur & bekas pegawai tentera laut Inggeris berucap dalam 1 majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpim oleh laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling mengemparkan dunia adalah, armada China menemui Amerika 70 tahun lebih awal daripada Christopher Columbus. Sudah menjadi kepercayaan para ahli sejarah Barat bahawa Columbus orang pertama menemui Amerika. Disebabkan hal ini Gavin Menzies telas menulis sebuah buku " 1421: THE YEAR CHINA DISCOVERED THE WORLD".

LAKSAMANA CHENG HO

Nama sebenar beliau Ma Ho @ Ma Sanbao. Berasal dari pedalaman Yunnan.Beliau seorang anak petani.  Ketika berlakunya peperangan diantara penyokong Dinasti Yuan & tentera Dinasti Ming, beliau telah ditawan oleh tentera Dinasti Ming ketika beliau berusia 11 tahun. Menjadi kewajipan bagi seorang tawanan yang berstatus kanak-kanak @ remaja, mereka akan dikembirikan "sida". Kesakitan yang teramat perit untuk menghadapinya tapi apakah daya Ma Ho & tawanan yang lain untuk melawan mereka. Ma Ho sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada rakan tawanannya yang lain walaupun beliau tahu bukan mudah untuk menerima semua ini kerana mereka tidak dapat menghasilkan zuriat tapi Ma Ho percaya setiap yang berlaku ada kebaikkannya. Menariknya Ma Ho seorang yang beragama Islam. Ma Ho sentiasa menasihati rakannya yang lain sebagaimana pesanan dari ayahnya yang terbunuh dalam peperangan tersebut,

"JIKA KITA DAPAT MENGAWAL DIRI KITA, PASTI KITA DAPAT MENGUASAI KEADAAN KITA"

Ma Ho terpilih & ditugaskan menjadi pembantu kepada putera Zhu Di. Ketika susah & senang Ma Ho setia bersama putera Zhu Di sehingga putera Zhu Di menjadi Maharaja Yongle yang menguasai Takha Naga. Ketika putera Zhu Di menjadi Maharaja beliau telah menaikkan darjat Ma Ho sebagai seorang laksamana. Namun laksamana terpaksa menukarkan nama beliau kerana isteri Maharaja tidak suka nama panggilannya 'Ma'  sama dengan laksamana Ma Ho. Justeru itu Ma Ho mengalah diri dan menukar namanya sebagai Cheng Ho.  Bagi Barat namanya dikenali sebagai 'Zheng He'.

Laksamana Cheng Ho telah diberikan hadiah dari Maharaja Yongle iaitu pelayaran menjelajah dunia dengan membawa imej Maharaja Yongle dari Takhta Naga dan ditugaskan untuk memimpin pelayaran yang menjelajah lebih 30 buah negara dengan menggunakan lebih daripada 300 kapal dari pelbagai saiz besar, sederhana & kecil. Semua kos pelayaran tersebut ditanggung oleh kerajaan Takhta Naga.

Perancangan dan persiapan untuk pelayaran tersebut memakan masa selama setahun. Untuk memastikan pelayaran ini berjalan lancar Laksamana Cheng Ho melantik 12 orang dari kengkawan rapatnya untuk membantu beliau dalam mengendalikan pelayaran ini. Hasilnya tertubuh beberapa jabatan yang mana jabatan ini dihandle oleh 12 orang tersebut iaitu jabatan:

-Jabatan Ilmu & Maklumat
-Jabatan Pembinaan Kapal
-Jabatan Navigasi & Pelayaran
-Jabatan Protokol & Perdagangan
-Jabatan Pembekalan

Akhirnya, pelayaran ini bermula dibawah pimpinan laksamana Cheng Ho yang mana rombongan ini kelihatan seperti sebuah bandar ketika berada di lautan. Mereka telah berjaya berlayar dan menyambung hubungan diplomatik dengan kerajaan Champa, Majapahit, Melaka, Cirebon, Samudera-Pasai, Kollam Kerala Selatan, Cochin, Calicut & lain-lain lagi kecuali Sri Lanka.

Dalam pelayaran ini laksamana Cheng Ho berjaya menumpaskan Tang Su, si ketua lanun yang menguasai Palembong dan paling ditakuti oleh pelaut perairan Selat Melaka.

Setelah ketiadaan Cheng Ho, log book (buku catatan) beliau dimusnahkan. Kenapa & Mengapa itu Waallahu'alam. Disebabkan inilah, ramai yang beranggapan bahawa Christopher Columbus adalah orang yang pertama merentasi Lautan Atlantik dan ternyata ini adalah silap faham kerana armada China yang pertama merentasi Lautan Atlantik.

Lautan Atlantik sangat berbeza dengan lautan lain kerana sebahagian kawasan di mana arus yang membawa air sejuk bertemu dengan arus yang panas menyebabkan kawasan itu berkabus. Tambahan lagi, air di kawasan tersebut adalah likat & berbaur serta mempunyai arus yang paling laju di dunia. Arus itu dinamakan "Gulf Stream" oleh saintis Amerika yang cukup hebat iaitu Benjamin Franklin.

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya ceritakan tentang Laksamana Cheng Ho & Lautan Atlantik berdasarkan bahan bacaan saya. Kalau ada salah & silap tolong perbetulkan.Daripada buku Laksamana Cheng Ho saya dapat belajar 1 ilmu pertarungan.

ILMU PERTARUNGAN

1- Musuh tidak akan memberitahu bila dia akan menyerang, kita mesti bersiap-siaga.
2- Jangan lekas percaya pada musuh, disebalik pertolongan yang diberi mungkin ada muslihat.
3- Mempunyai kekuatan sendiri untuk bangkit sendiri & melawan musuh.
4- Apabila berjaya menewaskan musuh, jangan berikan dia peluang untuk bangkit semula.

Alhamdulillah, kali pertama berjaya habiskan novel sejarah.Walaupun tidak berapa minat subjek sejarah. Yang menarik minat untuk membaca kerana nama Laksamana Cheng Ho first time dengar. Tambahan lagi, beliau seorang China dan yang lebih penting beragama ISLAM. Allahu Robbi...