Saturday, September 28, 2013
Setiap Yang Berlaku Itu Berhikmah
Beruntunglah kita jika terpilih menjadi hamba-NYA yang diuji...
"Ya Allah Jadikanlah Kami Hamba-Mu Yang Tabah Dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian-Mu Serta Kurniakanlah Kekuatan Kepada Hamba-Hamba-Mu Yang Lemah Ini Aamiin Ya Robbal Alamin"
Monday, September 23, 2013
Paris VS Malaysia
Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh Pembaca Sekalian...
Bunny say hye to you olls!!!
Harap semua sihat sejahtera ye ^^...
Kali ni, nak kongsi pengalaman my cousin sebelah abi yang baru pulang dari Paris...
Sebut negara Paris ni, first yang akan muncul dalam fikiran "Tower Paris" tu kan?
Sebab apa?
Sebab banyak dalam drama yang beraksi di Paris pelakon akan meluahkan kata "i love you" dekat mana lagi kata-kata tu diluahkan kalau tak depan "Tower Paris" tu..
Sengah kat laman muka buka sat!!
Klik,,,statement muka buku p.saudaraku menarik perhatian
Diriku sendiri terasa kagumnye >_< dengan orang di sana,,BomMm!!!
Terus kata-kata Syed Qutb menerjah ke benak fikiran :
"AKU TIDAK MENEMUI ISLAM DI NEGARA ISLAM TETAPI AKU MENEMUI ISLAM DI NEGARA YANG PENDUDUKNYA BUKAN BERAGAMA ISLAM"
Bush!!!
Kata-kata ni menusuk qalbu sebab diriku sendiri dilahirkan, dibesarkan dalam negara Islam. Baru-baru nim ada terbaca dalam buku Gen-Q isu 25 yang menekankan aspek "Lebarkan Senyuman Sebarkan Salam" dan buku tu menyoalkan para pembaca dengan soalan "bukankah medium dakwah secara senyum & salam itu lebih versatile dan cool?"
Soalan tu bermain-main dalam fikiran, kalau dengan senyuman in shaa Allah boleh dilakukan tapi dengan salam tu terasa janggalnya...dengan orang yang dikenali bolehlah sapa dengan salam diiringi senyuman tapi kalau dengan orang yang tak kenal..uisy,,,kene fikir panjang tu...Nilah masalah diri sendiri nak lakukan kebaikkan pun malu!!!
Kene koreksi diri lagi nim!!! In Shaa Allah...
Hah,,ni gambar my cousin 'k.long' ketika di Paris...Alhamdulillah k.long dah selamat sampai Malaysia. Katanya jasad di Malaysia hati tertinggal di Paris...Hurm, k.long....Nadhirah dah naik jeleeesss nim!!!hehehe...sorry jenguk2 album k.long jap...dan Thank You sudi kongsi pengalaman di Paris tu boleh ambik iktibar :)
Monday, September 2, 2013
Begitu Kehendak-Nya
Aku hanya merancang,
Allah jua menentukan,
Kupasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk kufikirkan.
Biar segetir mana ujian melanda,
Baik berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Ku terima dengan hati terbuka,
Kerana memang,
BEGITU KEHENDAK-NYA
Kuyakini, itulah yang terbaik dari-Nya,
Buatku, seorang hamba,
Hanya Dia,
Mengetahuai segalanya.
*monolog Umar Al-Mujahid "tautan hati"
-seiringan dengan kehidupanku "SEORANG HAMBA"
Bacalah Duhai Jiwaku Sayang...
Jiwaku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-NYA,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami Menciptakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian"
(surah al-Tin : 4)
Sedarlah jiwaku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah Akan Mengangkat Orang Beriman Di Antaramu Dan Orang Berilmu Beberapa Darjat"
(surah al-Mujadilah : 11)
Jiwaku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuailah jiwaku,
Kemulian manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"You Are The Best Ummah" (surah al-Imran : 110)
"Sesungguhnya Orang Yang Paling Mulia Di Sisi Allah Adalah Orang Yang Paling Bertaqwa"
(surah al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
"Ya Tuhan Kami, Berilah Kami Kebaikkan Di Dunia Dan Kebaikkan Di Akhirat Dan Peliharalah Kami Dari Azab Neraka" (surah al-Baqarah : 201)
Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
"Bacalah! Bacalah Dengan (menyebut) Nama Tuhanmu Yang Menciptakan"
(surah al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Allah,
"Sesungguhnya Kami Telah Mengemukan Amanat Kepada Langit, Bumi Dan Gunung-Ganang, Maka Semuanya Enggan Memikul Amanat Itu Dan Mereka Khuatir Akan Mengkhianatinya, Dan Dipikullah Amanat Itu Oleh Manusia. Sesungguhnya Manusia Itu Amat Zalim Dan Amat Bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya)" (surah al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamu Orang-Orang Yang Paling Tinggi Darjatnya, Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"
(surah al-Imran : 139)
Lantaran itu, carilah reda Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin asas kejayaan,
"Allah Tidak Akan Ubah Nasib Sesuatu Kaum Sehingga Dia Mengubah Nasibnya Sendiri"
(surah ar-Ra'du : 11)
"Jikalau Mereka Bersungguh-Sungguh Reda Dengan Apa Yang Diberikan Allah Dan Rasul-NYA Kepada Mereka Dan Berkata: Cukuplah Allah Bagi Kami, Allah Akan Memberikan Kepada Kami Sebahagian dari Kurnia-NYA Dan Demikian Pula Rasul-NYA, Sesungguhnya Kami Adalah Orang Yang Berharap Kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka) (surah al-Taubah : 59)
Jiwaku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu 1 ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-NYA,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-NYA,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Jiwaku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah jiwaku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tak di dunia,
Nun di syurga.
*Nukilan Asiah Yusra "Tautan Hati"
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-NYA,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami Menciptakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian"
(surah al-Tin : 4)
Sedarlah jiwaku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah Akan Mengangkat Orang Beriman Di Antaramu Dan Orang Berilmu Beberapa Darjat"
(surah al-Mujadilah : 11)
Jiwaku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuailah jiwaku,
Kemulian manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"You Are The Best Ummah" (surah al-Imran : 110)
"Sesungguhnya Orang Yang Paling Mulia Di Sisi Allah Adalah Orang Yang Paling Bertaqwa"
(surah al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
"Ya Tuhan Kami, Berilah Kami Kebaikkan Di Dunia Dan Kebaikkan Di Akhirat Dan Peliharalah Kami Dari Azab Neraka" (surah al-Baqarah : 201)
Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
"Bacalah! Bacalah Dengan (menyebut) Nama Tuhanmu Yang Menciptakan"
(surah al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Allah,
"Sesungguhnya Kami Telah Mengemukan Amanat Kepada Langit, Bumi Dan Gunung-Ganang, Maka Semuanya Enggan Memikul Amanat Itu Dan Mereka Khuatir Akan Mengkhianatinya, Dan Dipikullah Amanat Itu Oleh Manusia. Sesungguhnya Manusia Itu Amat Zalim Dan Amat Bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya)" (surah al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamu Orang-Orang Yang Paling Tinggi Darjatnya, Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"
(surah al-Imran : 139)
Lantaran itu, carilah reda Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin asas kejayaan,
"Allah Tidak Akan Ubah Nasib Sesuatu Kaum Sehingga Dia Mengubah Nasibnya Sendiri"
(surah ar-Ra'du : 11)
"Jikalau Mereka Bersungguh-Sungguh Reda Dengan Apa Yang Diberikan Allah Dan Rasul-NYA Kepada Mereka Dan Berkata: Cukuplah Allah Bagi Kami, Allah Akan Memberikan Kepada Kami Sebahagian dari Kurnia-NYA Dan Demikian Pula Rasul-NYA, Sesungguhnya Kami Adalah Orang Yang Berharap Kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka) (surah al-Taubah : 59)
Jiwaku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu 1 ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-NYA,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-NYA,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Jiwaku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah jiwaku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tak di dunia,
Nun di syurga.
*Nukilan Asiah Yusra "Tautan Hati"
Teristimewa Buat Kaum Hawa
Hawa,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilaun warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatimu.
Hawa,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi syang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah duhai Hawaku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap soleh bernama Adam. "Wanita Yang Baik Itu Adalah Untuk Lelaki Yang Baik"
Ya Allah...Jadikan kami bidadari syurga...
*Adaptasi daripada warkah Tautan Hati.
Teman, Aku Ingin.....
Teman, aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dukorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai Penjaga.
Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih Hasan Al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahnda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita seharum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak Kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Makhamah Mahsyar nanti.
*bait-bait sajak daripada "TAUTAN HATI"
Subscribe to:
Posts (Atom)