Sunday, October 27, 2013

Selamat Pengantin Baru K.Aini


Today smiles all around
Both of you shining with faces so bright
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray, your everyday
Will be blessed with joy
May all your dreams come true

Look now, Happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gather here just to say
Oh congratulations!

Ya Allah, berkati pasangan ini.
Bahgia hidup berkasih sayang.
Rasulullah, indahnya sunnahmu.
Dunia terasa bagai di syurga

We always pray your everyday
Will be blessed with joy
That all your dreams come true

Look now, Happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gather here just to say
Oh congratulations!

Mabrook Mabrook Mabrook
Congratulations to you

Look now, Happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gather here just to say
Oh congratulations!

Mabrook Mabrook Mabrook
Congratulations to you

"Mabruk K.Aini" itulah ucapanku sewaktu bersalam dengannya "Terima kasih Deq" respon darinya...Alhamdulillah, K.Aini selamat diijab kabulkan semalam dalam jam 4.00 pm. K.Aini adalah seorang sahabat yang dikenali melalui laman fb dan kami semakin rapat melalui kakaknya K.Huda yang 1 batch denganku sewaktu di MDQ. Berkirim salam tu hobi kami. 

K.Aini dan zaujnya adalah pasangan muda tau^^ k.Aini 19 tahun zaujnya 20 tahun orang Perak. Zaujnya study dekat Mesir dan dyeorang akan terbang ke Mesir 15/11/2013 nim In Shaa Allah. Mudah-mudahan segala urusan k.Aini dan zaujnya berjalan seperti yang dirancang. Ilmu feqah seakan sudah lengkap dalam kepala zaujnya U.Nabil hehe beruntung k.Aini & perkenalan dyeorang melalui fb dan selamat dinikahkan semalam :) Indahkan hidup dalam syariat Islam?^^

Sewaktu perjalanan ke rumahnya bersama2 kengkawan dengan menggunakan 3 buah motor alhamdulillah kami diberi nikmat untuk merasai 1 pengalaman yang baru melalui 1 ujian yang dihadapi bersama2 "ber'enam". Saya ditaklifkan oleh kengkawan untuk jadi "kepala" dalam perjalanan kami ni. Melepasi simpang 3, saya cuba perlahankan tahap laju sebab tak nampak kelibat 1 buah motor lagi, lagipun hujan pandangan jadi tak berapa jelas. Motor yang 1 lagi dah maju ke hadapan. Hujan semakin libat kami terpaksa berteduh dahulu sambil menanti kelibat 1 buah lagi motor. Line celcom menjadi2 pulak, call punye call tak dapat. Macam2 andaian dilontarkan, maybe yeorang lalu jalan pintas dan pelbagai lagi. Hujan sedikit rede, baru nak mulakan perjalanan dapat 1 mesej tayar motor pecah!!!Respon sekilasku PECAH???Hairan...Tanpa berlengah patah balik kat dyeorang. Sorang sahabatku, dah mengalir bahnya...HAHA^^ sensetif betul dia nim..Tilik keadaan tayar tu, haisy bukan pecah nim bocor rasanya komenku..HiHi agak2 je bukan fasih sangat bab motor nim. Tanpa berlengah terus utarakan cadangan ke bengkel motor. Bincang + atur strategi dengan kengkawan dan terus bertindak sebab tak nak sampai lewat kat rumah k.Aini & k.Huda. Segan pergi lewat2. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar rupa2nya bukan pecah bukan bocor just tercabut kepala angin ape ntah kata "pomen" tu. Tak dikenakan bayaran pun alhamdulillah^^.
Akhirnya, tengok gambar di atas kami selamat sampai destinasi dalam jam 4.00pm time tu tengah angkat nikah^^. 

Bukankah setiap ujian berbalut hikmah? Jangan mengeluh....ilmu kita sangat terbatas...Hikmah motor buat hal tu kami sempat bergambar dengan k.Aini & zaujnya kalau kami sampai awal mungkin dapat bergambar dengan k.Aini je HIHI..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan & rezeki yang mulia" An-Nur 26

Wassalam....


How To Make Potato Spring?

Assalamualaikum My Readers^^

Hurm, tetiba je rasa nak makan makanan ala-ala Mexicolah "potato spring". Brum,,brum,,brum...ronda2 dalam google sat nak cari resepi HIHI tengok2 sekilas pandang. Dush, terus serang dapur..hari jumaat kebiasaanya dapur tu bebas saya nak jalankan operasi percubaan HAHA..

Siap!!!Amacam?

Sambil buat sambil berperang dengan si cibuk Cyah. Dia nak saya ada depan mata dia je...Haha...baru jaga sorang adeq nim dah banyak ngomel dah. Terus terbayang wajah Ummi yang menjagai saya dan adik-beradik. Subhanallah, tabah & kuatnya seorang insan yang bergelar "UMMI, IBU, EMAK, MUMMY, MAMA" nim...Nak balas jasa dyeorang memang tak terbalaslah but sentiasa mencuba membahagiakan hati dyeorang In Shaa Allah.

Komen dari adiknda Dee: "along yang kat giant jual berapa satu?" "RM 2.50 dee"...along lain kali tak payah belilah...buat sendiri je, rasa pun sama dengan yang jual tu. Jimat pun jimat. Tersenyum je mendengar komen dee^^

Ni buat by hand je tak guna mesin dia jadi rupa tak macam yang juallah tapi rasa sama je. So siapa yang nak mencuba klik je sini  "Blog Dapur Kecik" resepi dia saya pandang2 kat sini just jawakan sikit sebab si baby Cyah nak makan juga HEHE...

Selamat Mencuba^^

P/S: Potato spring nim berasal dari Mexico

Wassalam....




Wednesday, October 23, 2013

Indah Hidup Mengikut Syariat Islam :)

Assalamualaikum my readers yang disayangi kerana Allah^^

Hasil round2 blog tengah malam nim terbacalah entry k.niera yang comei nim. Lama dah rasanya tak baca hasil tarian jari jemari atas keyboard beliau. Apa yang saya tahu pasal k.niera nim sejak awal berkenalan dengan blog beliau, beliau adalah pasangan (PJJ) iaitu pasangan jarak jauh. Bukan setakat pasangan weekend sahaja tapi pasangan yang berjumpa setahun 1 kali. 

Baca dan terus baca sampailah terbaca entry pasal kisah k.niera & zaujnya...

Macam mana mereka boleh kenal?
Macam mana mereka boleh bersatu?

Nak tahu?
Jom kita terjah blog k.niera^^

Klik disini ;)

Setelah kalian baca blog k.niera ni, kalian akan merasa begitu indah hidup mengikut syariat islam..."cinta itu 1 anugerah yang suci dari yang Maha Esa jangan kita mengotorinya dengan dosa & nafsu. Jagailah & bajailah dengan iman mudah2an ianya akan menjadi tiket menuju ke syurga."

Nak mengundur diri dulu...
Salam permisi,
Wassalam...




Dia Insan Istimewa

"rimasnya dengan ungkapan manis tu"

Assalamualaikum Orang Yang Rajin 

"rimas...rimas...rimas" rungut hati besarku...
Hairan dengannya yang begitu mudah menyuarakan rasa sanubarinya. Sedangkan awal-awal perkenalan lagi aku sudah menyatakan aku tidak mengecam & kenal dia walaupun dah berkeping2 gambar yang telah dikasikannya. Seriously, aku memang tak kenal dia. Mungkin aku terlalu mengfokuskan  diriku terhadap saat kritikal sampai tak sempat nak berkenalan dengan budak-budak baru ni. Dari chatting terus berhubung melalui mesej sampai hati besar aku merungut...rimaslah dengan kata-kata manis ni!!!Dengan sahabat yang lain tak pulak rasa macam ni walau kata2 dah sampai tahap manis melenting-lenting!!!Mungkin sebab aku tak kenal dia?

"sejauh mana kita mengasihi manusia
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu"

Astagfirullah hal azim desus hati besarku setelah membaca suapan puisi dari seorang sang murobbi...
Hati kecilku memainkan peranan yang besar setelah aku menindasnya kerana melayan kata hati besar yang terlalu mengikut emosi tanpa "pause" diri sebentar untuk berfikir...

Kenapa aku harus sisihkan kasih dari insan yang mempunyai darah yang sama warna denganku?
Kenapa aku mesti bezakan layanan terhadap dia dengan sahabat aku yang lain?
Kenapa aku seakan tidak mensyukuri nikmat dari Sang Khaliq? 
"apabila kita mengasihi saudara kita, kita harus mengkhabarkannya"
Bukankah itu seakan maksud sabda Kekasih Allah?

Astagfirullah Hal Azim...
Hati kecil terus menyoal & persoal...

Astagfirullah Hal Azim...
Hanya itu yang mampu diungkapkan saat ini...terasa begitu hina dimata Sang Pencipta kerana membiarkan kasih dari saudara 1 agama disia2kan...

Sedarlah diri ini...
Mereka yang hadir dalam hidupku samada dari kaum keluarga, kengkawan & sahabat 1 agama semuanya adalah kurnian tuhan untuk diri ini. Mungkin orang lain tidak dapat merasai nikmat seperti nikmatnya aku mempunyai mereka semua. Tidak patut bagi aku untuk membezakan kasih sesama mereka. Mungkin dia lebih berharga dari yang lain walau tidak pernah bertentang mata kerana dia & aku berkenalan untuk menegakkan agama yang tercinta. Teringat kembali sikapnya yang begitu excited mendengar khabarku yang telah sihat setelah diuji dengan sedikit ujian...katanya "Alhamdulillah Allah makbulkan  jugak doa saya untuk akak"...Sedarlah aku sebenarnya dia juga seorang yang istimewa yang hadir mewarnai hidupku kurnian dari Yang Azim.

Astagfirullah Hal Azim...
Faghfirli Ya Ghoffar...
Faghfirli Ya Rahman...
Faghfirli Ya Rahim...
Aku menagih keampunanMu Ya Allah...

Hati kecil sudah tersenyum kerana sememangnya ia seiring dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikkan cuma kata2nya selalu tertindas oleh kata hati besar. Sekarang hati kecil & hati besar bergerak seiring merasai nikmatnya ukhuwwah fillah & kata2 manis yang datang dari hati si pemberi kata2 itu :)

"Tetapkanlah hatiku ini dilandasanMu Ya Karim...Aamiin"

Wassalam...




Saturday, October 19, 2013

Aku & Buah Kelapa

Assalamualaikum :)
Sobahul khair Malaysia...
Apa khabar hatiku?
Apa khabar hatimu?

Ini apa punya gambar ni?
Dalam entry semalam saya ada menyatakan hari semalam saya telah melakarkan 1 episod manis. Yep, memang betul2 manis untuk sayalah sebabnya dapat kerjakan buah kelapa ni dalam bahasa Terengganunya [buoh nyor]...

Tengah hari yang terasa begitu menyengat panasnya, aku terpandang pada buah kelapa muda yang menarik anak mataku lalu tertarik minatku untuk mengerjakannya..hahaa skema betul..okey begitulah permulaan ceritanya.

Apalagi bila dah tertarik of course kene kerjakan jugak nim, 4 tandan kelapa muda yang diambil oleh p.saudara untuk membuat jelly kelapa tak terjejasnya saya ambik 1 biji je pun untuk dihidangkan kepada diriku sendiri...

Ni bukan kali per'1 saya kerjakan buah nyor ni dah masuk kali ke berapa entah yang pasti saya akan berjaya untuk merasai air buah nyor ni tapi selepas lenyeng buah tu dikerjakan. Macam sebelum ni, punya lama ambik masa nak ke belah buah ni sampai terasa give up tapi terus bisikkan pada diri sendiri sebelum ni pernah berjaya kenapa kali ni tak boleh?Terus & terus kerjakan alhamdulillah berjaya!!!Bismillah terasa begitu segar apabila air buah kelapa pandan ni mengalir dalam anak tengkok...Apalagi marilah 2 orang adik perempuanku yang manis2 nak jugak katanya. Bukankah berkongsi apa yang kita suka itu 1 sifat yang mahmudah?apatah lagi sesama darah daging kita sendiri...Akhirnya, habis jugak air tu walau diketawai oleh ayyah melihat buah nyor hasil belahanku itu. Seterusnya, misi nak makan isi yang muda kat dlm tu pulak...kerja punya kerja sampai hancur buah nyor tu terus kasi kat ummi bukakannya,,,hehe barulah boleh merasainya.

Kelihatan kelibat adik2 lelakiku yang handsome & p.aki baru balik dari solat jumaat. Kecoh dengan mulut acik nak jugak makan buah nyor...Ke'4 tandan buah kelapa tu ummi suruh bawa ke belakang rumah di bahagian dapur. Operasi nak buat jelly kelapa dijalankan. Orang yang per'1 yang ambik tempat acik..hahaa punyalah action budak ni sorang menyebabkan p.aki ku mengambil alih tempat acik. Begitu pantas p.aki mengerjakan buah nyor tu sampai2 kami pun turut serta jadi seorang yang pantas. Acik sibuk menungging air nyor, saya pulak kerjakan isinya ditemani si sibuk cyah, aiman pun turut busy mengerjakan isi buah nyor tapi untuk dimasukkan ke dalam mulut tuan punya badan, dee & ayyah busy tengok.

Baruku tahu  rupanya saya tersilap skail patutlah ambik masa yang lama untuk kerjakan buah nyor tu orang start dari bawah saya punya kerja start dari atas patutlah lama hampir lonyeng buah nyor tu. Kata p.aki kut atas keras jadi kene kut bawah. Setelah siap 5 biji, p.aki dah memencenkan kerjanya katanya panaslah...Yelah pakaian dari solat jumaat tu yang disarungkannya kenapa tak panas. Tinggal 6 biji lagi yang tinggal, sekali lagi si acik dengan actionnya mengambil tempat p.aki..Last2, along ambik arh buat dok leh arh..hahahaa apalagi ada saham besar untuk saya ketawakan dia.

Mencuba skail yang baru, dalam berapa saat je dah boleh buka...excitednya^^hihi kata p.aki, along tetak ke along paroh tu?haha itu tak pentingkan asalkan dalam berapa saat dah berjaya buka dari sebelum ni mengambil masa berminit-minit untuk membukanya. Buat dan terus buat sampailah tangan sendiri terasa lembik dah..tapi cepat2 set mind takpe teruskan boleh wak katang tangan..acey!!!hahahaa...Al-hasilnya 7 biji dariku, 1 biji yang first tadi yang hancur tu...^^happy..happy..tapi bahagian belah nak ambik isi diserahkan kat ummi..hehe kalu tak hancur dihabiskan tangan ni. Tengok hasil ummi buat saya berkata..hahaa ummi buat hancur jugak..Ummi pun membalas kata2ku ummi buat hancur pun ada hasil, along buat takde hasil...hihi terus senyap!!kalah^^

Lepas siap & kemaskan semuanya, tengok diri sendiri...Alahai bukan setakat kerjakan buah nyor siap mandi air buah nyor lagi habis baju & seluar yang dipakai tak tengok keadaan diri lagi time kerjakan buah nyor tu banyak mana nyamuk mari cium...plannya nak kemaskan diri jap tapi ummi ajak tolong buat jelly okey!!!buatlah kami ber'3..ummi, me & ayyah..lepas siap dan kemaskan diri check2 fon ada mesej dari shbt tnye ade kije tak hari ni?mesej pukul 1 lebih tadi, tengok jam sekarang dah jam 4 lebih petang...hehe maaf ye sahabat...

Alhamdulillah, jelly kelapa pun menjadi dan apa yang penting dapat pengalaman baru jadi budak kampung yang lasak & active. Ada talent jugak rupanya cume takde skail kerjakan buah nyor nim." Kalau kita tak cuba sesuatu tu kita tak akan tahu apa yang ada pada diri kita." Konklusi untuk kisah hidupku kali ini...Melangkah dan terus melangkah belajar dari pengalaman^^

Wassalam....




Maafkan Saya?

    Assalamualaikum pembuka bicara,
    Salam dari TERENGGANU kite,
    Apa khabar pembaca semua?
    Harap sihat sejahtera.

    Hihu, maaf yer...tetibe rase nak bermadah pujangga pulak mungkin di sapa angin bayu malam berteman sang purnama kot ^_^

Jam menunjukkan angka 11.40 pm, tinggal 20 minit lagi bermula episod baru untuk hari yang baru. Belum pasti hari yang baru itu akan menjadi milik kita. Alhamdulillah hari ni dapat melakarkan episod yang manis setelah 3 hari berpulas-mulas dengan kertas-kertas yang berselerak. Itu pun belum selesai lagi...

Masa terus bergerak seiring dengan peredaran matahari dan bulan. Begitu juga manusia seiring dengan waktu ada sihat hari ini ada juga yang sakit, ada yang lapang ketika waktu ini ada yang busy, ada yang menitiskan air mata kegembiraan saat ini kerana kelahiran insan baru ada yang menitiskan air mata kerana orang yang disayangi telah kembali ke rahmatullah.

Sepanjang 3 hari yang telah berlalu banyak mesej yang diabaikan tak termasuk mesej dari kotak fb lagi sekadar pandang je mesej tu tak sempat nak buka dalam minda set nanti lapang akanku buka. Sampailah 1 saat tepat jam 4.06 minit pm rasa nak gi terjah fon jap tengok-tengok batery dah tinggal 9% je dah nyawa2 ikan tapi sempat lagi activekan wifi biarkan notis naik. Terpacat dekat screen fon ada 1 mesej kat fb dari seorang mujahidah islam yang amatku kenali^^

Saya akan kongsikan coretan hati itu,,,mohon si dia mengizinkannya^^ tapi kat last sekali sebagai penutup entry kali ini. Honestly, "tersentap+terharu" selepas selesai baca mesej yang dihantar melalui laman fb. Sebenarnya panjang lagi tapi tu hal lain yang saya share pada entry kali ni apa yang berkaitan dengan entry kali ni sahaja. Tersentap sebab saya dah abaikan insan2 yang saya kasihi kerana Allah bukan mujahidah islam sorang ni je yang terkesan malahan ada yang meminta maaf pada saya katanya menganggu saya. Sebenarnya kalian tak menganggu cuma saya tak berkesempatan nak membalasnya. Sungguh, mendapat mesej dari dia & insan2 yang lain membuat diriku happy sebab "aku telah mencuri mindanya" hihi...

Terharu pulak sebab ada orang sayang + rindu saya kerana Allah..ops :) hahaaa...Tu baru kasih manusia kalau kita boleh melihat kasih sayang Sang Pencipta pasti akan mengalir air mata sehingga kering...sambung cerita..Walau ketidak sempatan saya membalas mesejnya dia still memahami & bersangka baik alhamdulillah malahan dapat advice lagi "aku hamba Allah, Allah tak akan mengecewakan aku". Yep betul tu adikndaku...kita sama2 jadikan ia trademark time kite rase lemah yep?

Bukan senang nak dapat orang yang memahami situasi kita kan?tapi alhamdulillah setakat ni sahabat2 saya memang memahami situasi saya sampaikan mereka rasa diri mereka pula yang bersalah. Tapi ketahuailah kalian tak bersalah cuma saya je yang tak pandai mencuri masa sendiri.

Ni dituju khas buat mujahidah islamku dan sahabat2ku yang disayangi kerana Allah...

Kemana pun aku pergi,
Cerita antara kita selalu menemani...
Ketika diri terdampar keseorangan di suatu tempat,
Kata-kata nasihat & semangat membayangi,
Sehingga badai dapat diatasi biiznillah...
Ketulusan hatimu tak dapat ditandingi,
Mengatasi dasyatnya tsunami dapat menghanyutkan derita hati...
Kebaikkanmu tak akan bisa mati,
Walau dihempas ombak akan selalu hidup dihati...
Mungkin kita akan berjauhan pada jaraknya,
Namun biarlah kalbu terus berbunga rindu,
Mungkin kita tak selalu berjumpa mahupun berhubung,
Yang penting saling ingat dalam doa agar SANG MAHA DAYA CINTA sentiasa memaut hati kita & memayungi kita dalam bahagia....

Cik adeq manis^^
Yep Amira telah dikeluarkan selang beberapa minggu selepas entry berkaitan itu dipaparkan dalam blog ini. Thanks untuk mesej nim Jazakillah Khairan Kathira untuk kesemuanya & asif ala jamie ahwal...mudahan bait-bait di atas ini mampu mengatasi perasaan yang halus menikam tu.."bersahabatlah seramai mungkin bermusuh jangan satu"..ingat yer^^

Di akhiri kalam bisu ini dengan lafaz,
Astagfirullah Hal Azim3x...
Assalamualaikum & Lailah Saiedah Malaysia

Dilayarkan coretan bisu ini^^
Aisyah Zainal Abidin
Aisyah Zainal Abidin
k.nadiy .. kalau g sane nanti jgn lupe syah tau ! mungkin kat sane k.nadiy da busy kn ?? syah nk call pon takut ganggu ~ kehidupan baru katekn .. papepon k.nadiy jgn lupe doaku sentiasa mengiringimu .. kalau ade story tu , cite jelh .. confirm balik dari hostell syah bace punye !! sedihnye , kakakku nk blaja jauh ~ good luck . ingat all situation katekn pada diri " aku hamba ALLAH , ALLAH xakan mengecewakn aku " .. syah akan RINDU , SAYANG k.nadiy ... syah mix maaf kalu2 slame ni syah ade salah faham .. fahamilh hati kecil ku , perasaan jeles akan ade walau sebesar zarrah kn ?? disebabkn ajaranmu menyuruhku think positive .. penyakit itu tidak merebak .. HUHU ~ x faham ?? abaikan ~ papepon " suka dan duka kite kongsi bersama "

Saturday, October 12, 2013

Keep Calm & Smile :)

O Allah....
...i dont ask YOU to make my life easier but i ask YOU to give me strength to face all my trouble...

Peace be upon to you friend^^

"Ustaz, nanti anak ustaz akan jadi JIM lah"

Astagfirullah Hal Azim...
Terkejut mendengar cerita dari sang ABI tercinta mengenai komen si fulan bin fulan apabila mengetahuai tempat pembelajaran yang bakal diriku mengali ilmu disana. Hairan bagaimana si fulan tu boleh judge me akan jadi ahli JIM?Nauzubillahi Min Zalik...sedangkan menjejakkan kaki disana pun belum. Allahu Robbi...

Tersemat di lubuk hati untuk mengharumkan nama sekolah yang banyak mengajar diri ini tentang duniawi & ukhrawi terasa bagaikan terbang melayan untuk seketika waktu. Koreksi diri sendiri untuk seketika waktunya, Alhamdulillah i got support from my lovely parents and my friend...itu yang diriku mahu. SOKONGAN!!!

Bermain dalam minda, mesej dari rofiqoh yang disayangi kerana ALLAH "chik nak mumtaz sama-sama dengan teh". That mean, rofiqohku nak mengapai kejayaan bersama-sama walau destinasi memisahkan kami itu tak bermakna kami tak dapat nak meraih kejayaan together!!i/Allah apa yang tersemat di lubuk hati akanku laksanakan dengan sekeras usaha dan daya dengan izin Sang Khaliq...

Kemudahan Whatsapp dimanfaatkan...berkongsi masalah dengan rofiqoh 1 kemestian jarak bukan penghalang. Allah tempat pertama hati mengaduh kesakitan. "kita nak nuntut ilmu pasti akan ada ujian" komen dari rofiqohku...

Ya!!! Bukankah kesulitan untuk menuntut ilmu itu akan memudahkan jalan ke syurga?Alhamdulillah diriku terpilih untuk diuji. Jazakillah my rofiqoh >>tersentap diri sebentar<< apabila megaitkan kata-kata sahabat dengan seakan maksud hadis yang sentiase tersemat dalam diri.

Sengaja sign in laman facebook, inilah salah satu tabiatku cuba kuatkan diri yang bajek kuat nim dengan membaca status rakan2 fb. Banyak status yang berkait rapat dengan masalah yang diriku hadapi rakan-rakan fb seolah-olah memahami situasi diriku biiznillah inilah nikmat ujian...sedikit perkara yang melemahkan diri menyapa, bertalu-talu kekuatan datang menyuntik diri ini agar menjadi seorang yang KUAT!!!

Alhamdulillah...
syukran jazilan kepada si fulan bin fulan yang telah judge diri ini, i/Allah.....
DIRI INI AKAN ISTIQOMAH DI DALAM PERJUANGAN PAS MENGIKUTI AJARAN YANG BERLANDASKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH!!! doakan saya yer^^

For myself^^
Just keep calm & smile..Allah always beside me...









Wednesday, October 9, 2013

Pesan Ummi : Jangan Main Langkah-Langkah :)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Orang Yang Rajin^^
Siapa Yang Rajin Tu?
Andalah^^Yang Sedang Membaca Blog Saya Sekarang.
Tahniah!!!
Anda Seorang Yang Rajin Membaca :)

Entry kali nim...
Just my story^^

Bismillahirrahmanirrahim
Al-kisahnya....
Kebiasaan hujung minggu waktu petang nim pergi rumah kedua "rumah tok", actually petang weekend kali nim memang malas pulak rasanya nak pergi but memandangkan ummi yang ajak so okey jelah. Malas tu boleh ditolak ke tepi kan?pergi jauh..jauh..KEMALASAN!!!

Ambik kunci motor panaskan enjin Jom Kita Pergi Rumah Tok^^brum...brum...Alhamdulillah sampai, dekat je pun...Laju je ummi, turun motor terus meluru masuk. Ummi dah melangkah masuk terdengarlah ummi tanye my aunty M.Mah. "Ni barang sape yang banyak sangat nim?" Dari luar pintu rumah tok saya dah nampak apakah barang yang dimaksudkan ummi tu. Gabus barang hantaran orang rupanya yang dah digunakan dari cara longgokan tu.

...gambar sekadar hiasan...

"Yang time kak nikah dulu tu, nak bakar" jawab M.Mah yang busy buat apetah kat dapur tu. Baru je saya melangkah masuk terus je m.mah mengajukan soalan "ke along nak?ambiklah..." Haisy, m.mah nim saya pegang pun tidak just tengok dari jauh je tak pasal2 saya pulak yang kenenya..Hahahaa rasanya kalau soalan tu ditanya tengah minum air comfirm tersembur air yang hampir mengalir masuk ke anak tengkok...Well, dijawab dengan slamber soalan tu "erh mane boleh along...sebelum along m.dah dululah...in turn^^" Pantas je m.mah jawab "Mana tahu along nok kan" Lalalala...sembey face dipersembahkan...Yes, jawapanku disokong oleh ummi...SOKONGAN + PESANAN!!!

"Jangan nak main langkah-langkah yer, ikut giliran."
 Hahahaa sukanya ^_^ ummi sokong...Dalam fikiran kalau ikut giliran atas saya ada seorang aunty & 2 orang uncle lagi yang tak kawin..Hah, dah nampak tok yang sedang memasak & tokki yang sedang bersantai masing2 tersenyum :)) cuma tokki saudaraku yang dari KL "Ki Lim" je duk bertanya "apa yang langkah-langkah nim?sape yang nak langkah?"
Mungkin sebab tok & tokki tersenyum tambahan lagi dengar gelak ketawa ummi, m.mah dan saya menyebabkan ki Lim pun nak tahu jugak apa topik yang kami bualkan.

Hehehee...soalan ki Lim saya jawab dengan senyuman je^^...M.mah yang baru reda sukanya terus menyambung perbualan tadi "kalu ikut giliran tak kawin lagilah kak jadinya sebab jaki tu tak kawin lagi" Hahahaaaa...lagi sedaq ketawa kami, p.aki yang tengah solat kat atas tu tak taulah macam mana...^^

Me with my uncle and my aunty sebelah ummi memang macam nim wahi gurau sebab tu kalau ada masalah saya tak segan nak mengadu dekat dyeorang. Kalau ada story pun saya suka bercerita kat mereka. Not me only but all my siblings^^.

Okey...My Story dah TAMAT!

Nilah ceritanya, pesanan ummi tu disimpan kemas2. Saya tahu ummi saya nak lihat saya berjaya mengapai cita-cita dulu. Al-maklum anak sulung nim rapat dengan mak..hehee^^ habis angan-angan,impian,cita-cita & cerita saya kongsi dengan ummi...Antaranya minatku pada kereta sport & cool like Lamborghini^^...Ummi lebih tahu styloku..Sebab tu bila ada orang tanya pasal nikah2 ni saya jawab saya serah hal ni kat mak ayah. I know my father n my mother macam mane style mereka dan mereka lebih tahu apa yang patut saya lakukan pada usia sekarang kerana mereka lebih banyak melalui asam garam kehidupan...Ummi selalu pesan belajar bersungguh-sungguh jangan nak main-main je...Ok, set ummi!!!^^

THANK YOU ALLAH...
I LOVE MY FATHER, MOTHER, GRANDFATHER, GRANDMOTHER, YOUNGER BROTHER, YOUNGER SISTER, UNCLE, AUNTY & ALL MY COUSIN...
EASY WORD "I LOVE THEM MORE N MORE & THANK YOU ALLAH"

Perjalanan beribu langkah bermula dari langkah yang satu^^
Doakan saya orang yang rajin ye^^
Thank you...may Allah always bless us^^


Saturday, October 5, 2013

S.A.H.A.B.A.T


"Nikmat yang terbesar selepas kamu mendapat nikmat iman dan Islam ialah mendapat sahabat yang soleh, jika kamu dapati ianya baik maka peganglah ia seerat-eratnya.” [Hadis] 

Allahu Akhbar...
Allahu Akhbar...
Allahu Akhbar...

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Ya Allah...
Dengan izin-MU aku ingin membahagiakan ke semua sahabatku...
Mengembalikan segalanya pada-MU...
Sentiasa bersangka baik pada perancangan-Mu
Agar persahabatan yang kami bina diberkati-MU...
Menjadi naungan kepada kami di padang Mahsyar kelak...

IYEP!!!
Aku ingin membahagiakan semua sahabatku...
Tapi aku insan yang tak lari dari kesilapan...
Nak menjaga hati di sini dan nak jaga hati di sana...
Dalam tak sedar aku juga sedang melukakan hati yang lain...

Maafkan aku sahabat...
Ketahuilah jauh di sudut hatiku tak ingin melukakanmu...
Aku ingin di sampingmu saat kau berduka...
Aku ingin sentiasa melihat dikau sentiasa tersenyum...

Kesedihanmu adalah kesedihanku...
Kebahagianmu adalah kebahagianku...

Memetik gambar Chikcheq yang disayangi kerana Allah...



YEP!!!
Sahabatku...
Sahabat 1 Perjuangan...
My Super Senior...
My Super Junior...
AMBE SAYANG DEME!!!

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...
Menghiasi hidupku seindah pelangi...
Maafkan sahabatmu ini...

S.A.H.A.B.A.T





Wednesday, October 2, 2013

Facebook Saham Untuk Mengapai Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh^^
Siapa yang tak kenal dengan simbol nim?
Saya pasti pembaca sekalian tahu simbol apakah ini.

FACEBOOK

Sebuah laman sosial yang memainkan peranan penting pada zaman sekarang. Jika penggunaannya disalurkan pada jalan kebaikkan untunglah diri kita & diri orang lain tapi jika silap penggunaan padah kepada diri sendiri.

Selongkar history facebook sat...

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg seorang anak muda New York yang lahir pada tahun 1984. Beliau mengasaskan facebook ketika beliau menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Facebook diperkenalkan pada tahun 2004 yang mana pada mulanya facebook digunakan oleh para pelajar Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Ketika dilancarkan dalam masa 24 jam 1200 daripada penuntut Universiti tersebut telah mendaftar sebagai ahli dan dalam masa sebulan separuh daripada penuntut sarjana muda di Universiti Harvard membuka akaun facebook. Kemudian rangkaian ini berkembang di seluruh Universiti di Amerika Syarikat seterusnya ke seluruh dunia sehinggalah ke Malaysia. Facebook menjadi "Facebook.com" setelah ianya dibeli dengan harga USD200,000. Tahukah kita semua, nama facebook diambil sempena nama borang yang diedarkan kepada semua pelajar baru di Universiti Harvard.

Sebelum facebook Mark Zuckerberg juga pernah menciptakan beberapa laman sosial yang lain seperti Coursematch dan Facemash. Kini, Mark Zuckerberg telah menjadi seorang jutawan "billionaire".Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.


Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.


Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.

...Mark Zuckerberg...


Masa terus berlalu, sekarang facebook seolah-olah kemestian bagi manusia. Budak 5 tahun pun sudah mempunyai akaun facebook. Begitulah keadaan zaman sekarang zaman IT. Sumber maklumat dari facebook lebih tepat dan cepat daripada menonton televisyen yang memaparkan berita secara bersuku-suku. Ada yang berubah ke arah kebaikkan melalui facebook, ada yang menggunakan facebook sebagai laman mencari jodoh, ada juga yang menjadikan facebook sebagai wasilah menyampaikan ilmu, digunakan facebook untuk mengeratkan lagi ukhuwwah fillah, menjalinkan persahabatan yang dah lama tak bertanya khabar, menjadikan facebook sebagai medan mencari ilmu dan pelbagai lagi bergantung atas penggunanya. 

Konklusinya ada yang menggunakan facebook ke arah kebaikkan tak dilupakan juga yang menggunakan facebook ke arah keburukkan. Nauzubillah Min Zalik. Mudah-mudahan kita semua menggunakan facebook ke arah kebaikkan.


Gunakan facebook dengan sebaiknya agar ianya menjadi saham kita di Akhirat Kelak & ikutilah ajaran yang berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.

Note 4 me & you :)

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Ila Liqo'...Wassalam...