Hye Korang...
Harini dah 06022017, sekarang baru ada peluang nak berceloteh dekat diary online ni.
December: bulan yang sangat istimewa dalam kehidupan seketul Nadhirah Sakinah :)
Permulaan December, aku diberi amanat yang sangat besar !
Time ni pangkat aku sebagai anak sulung memainkan peranan yang sangat penting.
Ketiadaan Abi Ummi selama 2 minggu kerana mengerjakan umrah sangat mencabar!
Akulah ketua keluarga...
Akulah suri rumah sepenuh masa...
Kenapa mencabar?
Sebab kena jaga 5 ketul adik-adik aku yang setiap orang mempunyai perangai, sikap dan ragam tersendiri. Amanat Abi Ummi " jaga adik2 baik2 long, pantau acik & dee"
2016
Acik: 16 tahun
Dee: 14 tahun
Ayyah: 10 tahun
Mang: 8 tahun
Cyah: 4 tahun
Seriously, bukan senang nak jaga budak-budak kat atas ni!
Kena jaga teratak syurga aku, pastikan dalam & luar rumah bersih. Dengan amanat Abi Ummi "jangan tinggal rumah!"
Kena jaga makan pakai 5 ketul insan2 kesayangan ni.
Alhamdulillah...
Aku berjaya buktikan pada Abi Ummi bahawa aku berjaya menjaga insan-insan tersayang. Bab kata Abi Ummi "balik...balik tengok semua bulat2 je anak abi ummi". Berjaya jaga teratak syurga ini. Abi Ummi siap boleh kata "nampak gaya abi ummi boleh jalan jauh lagi berdua aje"...Okey, yang berdua yang menjauh tu dah tak boleh...Nak ikut jugak ^^
Pertengahan December...
Hanya Allah saja yang tau macam mana perasaan aku time ni, gugur jantung mak cik pak cik oiyy !
Acik aku accident!!!
Patah 2 jari kaki & lutut retak.
Yes, aku dengar bunyi dentuman yang kuat.
Akulah yang paling kalut buka tingkap rumah dan ramai orang berkumpul atas jalan semestinya ada orang accidentlah tu sebab minggu lepas dah ada orang accident depan rumah aku dan kalini someone berjalan ke arah rumah aku dan dia kata "pah... adik kepada dee berlanggor!"
Aku time ni nak betulkan panggilan dia tu tapi nasib baiklah boleh berfikir waras lagi dan terus kalut capai sweater & tudung dan maklumkan kat abi ummi "acik atau dee accident!"
Yea!!! aku tak pernah rasa jiwa gugur mcm time ni....
Sekali aku pegi intai atas jalan, acik rupanya yang accident dan time ni pandangan acik dah kabur.
Bila aku throwback rasa nak tergelak ingatkan cara aku intai tu sebab orang rabunkan ^^
Time ni, dalam rumah aku dah penuh suara tangisan sebab terkejut tahu & tengok acik accident.
Aku macam biasa gagahkan diri supaya tak menagis dan terpaksa sedarkan ummi aku yang acik tengah sakit kat luar tu.
Disebalik ujian ni aku bersyukur pada 1 perkara, acik accident time abi ummi baru je 4 hari balik dari umrah. Aku tak leh bayangkan Allah timpakan ujian ni time abi ummi pegi kerjakan umrah. Entah macam mana aku nak handle keadaan ni.
Dalam kes acik accident, acik bermotor lawan dengan kereta. Dan kereta tu yang bersalah dan kes dah dibawa pada polis.
Motor?
Yea motor aku yang si merah tulah accident tu. Remuk habis. Nak menangis jugaklah tengok keadaan motor, sebab motor tu adalah hadiah pemberian abi kepada aku semperna hadiah tamat Syahadah dan SPM. Hampir 4 tahun motor tu berkhidmat dan bila dah hampir nak genap birthday ke'4 dah tamat riwayatnya.
Ala kulli hal, Alhamdulillah acik selamat walau berkerusi roda dan sekarang dah boleh berjalan cuma problem bila nak naik tangga.
Pengakhiran December, aku demam + batuk + suspek tb (berlambok ubat) ^^
Maknanya on my special day in 30 December, i'm sick!
No surprise...
No celebrate...
And on that day, i have a class !
So aku rasa genapnya umur 21 tahun ni, macam matang giler !
1st time birthday aku camni ^^
Aku faham, family aku masih terkejut dengan acik accident.
Terimalah hakikat aku dah dewasa!
Hidup pun makin banyak masalah takde masa untuk celebrate birthday bagai...
Yang penting, ada kiriman doa dari orang-orang yang wish!
Jazakallah Khairan Kathira yea :)
Inilah Diary December seketul Nadhirah Sakinah yang masih membujang, tengah mengharapkan dapat sambung belajar dekat IPTA dalam masa terdekat, dapat tawaran kerja & dapat travel ke Oversea dalam masa terdekat.(
Sekian, Terima Kasih Sudi Berjogging Minda Disini :)
Salam Maju Jaya Dari Gadis Capricorn")
P/S: doakan saya tau berjaya !
"hidup mesti melepaskan dan belajar untk terus melangkah"
No comments:
Post a Comment