Wednesday, October 23, 2013

Dia Insan Istimewa

"rimasnya dengan ungkapan manis tu"

Assalamualaikum Orang Yang Rajin 

"rimas...rimas...rimas" rungut hati besarku...
Hairan dengannya yang begitu mudah menyuarakan rasa sanubarinya. Sedangkan awal-awal perkenalan lagi aku sudah menyatakan aku tidak mengecam & kenal dia walaupun dah berkeping2 gambar yang telah dikasikannya. Seriously, aku memang tak kenal dia. Mungkin aku terlalu mengfokuskan  diriku terhadap saat kritikal sampai tak sempat nak berkenalan dengan budak-budak baru ni. Dari chatting terus berhubung melalui mesej sampai hati besar aku merungut...rimaslah dengan kata-kata manis ni!!!Dengan sahabat yang lain tak pulak rasa macam ni walau kata2 dah sampai tahap manis melenting-lenting!!!Mungkin sebab aku tak kenal dia?

"sejauh mana kita mengasihi manusia
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu"

Astagfirullah hal azim desus hati besarku setelah membaca suapan puisi dari seorang sang murobbi...
Hati kecilku memainkan peranan yang besar setelah aku menindasnya kerana melayan kata hati besar yang terlalu mengikut emosi tanpa "pause" diri sebentar untuk berfikir...

Kenapa aku harus sisihkan kasih dari insan yang mempunyai darah yang sama warna denganku?
Kenapa aku mesti bezakan layanan terhadap dia dengan sahabat aku yang lain?
Kenapa aku seakan tidak mensyukuri nikmat dari Sang Khaliq? 
"apabila kita mengasihi saudara kita, kita harus mengkhabarkannya"
Bukankah itu seakan maksud sabda Kekasih Allah?

Astagfirullah Hal Azim...
Hati kecil terus menyoal & persoal...

Astagfirullah Hal Azim...
Hanya itu yang mampu diungkapkan saat ini...terasa begitu hina dimata Sang Pencipta kerana membiarkan kasih dari saudara 1 agama disia2kan...

Sedarlah diri ini...
Mereka yang hadir dalam hidupku samada dari kaum keluarga, kengkawan & sahabat 1 agama semuanya adalah kurnian tuhan untuk diri ini. Mungkin orang lain tidak dapat merasai nikmat seperti nikmatnya aku mempunyai mereka semua. Tidak patut bagi aku untuk membezakan kasih sesama mereka. Mungkin dia lebih berharga dari yang lain walau tidak pernah bertentang mata kerana dia & aku berkenalan untuk menegakkan agama yang tercinta. Teringat kembali sikapnya yang begitu excited mendengar khabarku yang telah sihat setelah diuji dengan sedikit ujian...katanya "Alhamdulillah Allah makbulkan  jugak doa saya untuk akak"...Sedarlah aku sebenarnya dia juga seorang yang istimewa yang hadir mewarnai hidupku kurnian dari Yang Azim.

Astagfirullah Hal Azim...
Faghfirli Ya Ghoffar...
Faghfirli Ya Rahman...
Faghfirli Ya Rahim...
Aku menagih keampunanMu Ya Allah...

Hati kecil sudah tersenyum kerana sememangnya ia seiring dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikkan cuma kata2nya selalu tertindas oleh kata hati besar. Sekarang hati kecil & hati besar bergerak seiring merasai nikmatnya ukhuwwah fillah & kata2 manis yang datang dari hati si pemberi kata2 itu :)

"Tetapkanlah hatiku ini dilandasanMu Ya Karim...Aamiin"

Wassalam...




Saturday, October 19, 2013

Aku & Buah Kelapa

Assalamualaikum :)
Sobahul khair Malaysia...
Apa khabar hatiku?
Apa khabar hatimu?

Ini apa punya gambar ni?
Dalam entry semalam saya ada menyatakan hari semalam saya telah melakarkan 1 episod manis. Yep, memang betul2 manis untuk sayalah sebabnya dapat kerjakan buah kelapa ni dalam bahasa Terengganunya [buoh nyor]...

Tengah hari yang terasa begitu menyengat panasnya, aku terpandang pada buah kelapa muda yang menarik anak mataku lalu tertarik minatku untuk mengerjakannya..hahaa skema betul..okey begitulah permulaan ceritanya.

Apalagi bila dah tertarik of course kene kerjakan jugak nim, 4 tandan kelapa muda yang diambil oleh p.saudara untuk membuat jelly kelapa tak terjejasnya saya ambik 1 biji je pun untuk dihidangkan kepada diriku sendiri...

Ni bukan kali per'1 saya kerjakan buah nyor ni dah masuk kali ke berapa entah yang pasti saya akan berjaya untuk merasai air buah nyor ni tapi selepas lenyeng buah tu dikerjakan. Macam sebelum ni, punya lama ambik masa nak ke belah buah ni sampai terasa give up tapi terus bisikkan pada diri sendiri sebelum ni pernah berjaya kenapa kali ni tak boleh?Terus & terus kerjakan alhamdulillah berjaya!!!Bismillah terasa begitu segar apabila air buah kelapa pandan ni mengalir dalam anak tengkok...Apalagi marilah 2 orang adik perempuanku yang manis2 nak jugak katanya. Bukankah berkongsi apa yang kita suka itu 1 sifat yang mahmudah?apatah lagi sesama darah daging kita sendiri...Akhirnya, habis jugak air tu walau diketawai oleh ayyah melihat buah nyor hasil belahanku itu. Seterusnya, misi nak makan isi yang muda kat dlm tu pulak...kerja punya kerja sampai hancur buah nyor tu terus kasi kat ummi bukakannya,,,hehe barulah boleh merasainya.

Kelihatan kelibat adik2 lelakiku yang handsome & p.aki baru balik dari solat jumaat. Kecoh dengan mulut acik nak jugak makan buah nyor...Ke'4 tandan buah kelapa tu ummi suruh bawa ke belakang rumah di bahagian dapur. Operasi nak buat jelly kelapa dijalankan. Orang yang per'1 yang ambik tempat acik..hahaa punyalah action budak ni sorang menyebabkan p.aki ku mengambil alih tempat acik. Begitu pantas p.aki mengerjakan buah nyor tu sampai2 kami pun turut serta jadi seorang yang pantas. Acik sibuk menungging air nyor, saya pulak kerjakan isinya ditemani si sibuk cyah, aiman pun turut busy mengerjakan isi buah nyor tapi untuk dimasukkan ke dalam mulut tuan punya badan, dee & ayyah busy tengok.

Baruku tahu  rupanya saya tersilap skail patutlah ambik masa yang lama untuk kerjakan buah nyor tu orang start dari bawah saya punya kerja start dari atas patutlah lama hampir lonyeng buah nyor tu. Kata p.aki kut atas keras jadi kene kut bawah. Setelah siap 5 biji, p.aki dah memencenkan kerjanya katanya panaslah...Yelah pakaian dari solat jumaat tu yang disarungkannya kenapa tak panas. Tinggal 6 biji lagi yang tinggal, sekali lagi si acik dengan actionnya mengambil tempat p.aki..Last2, along ambik arh buat dok leh arh..hahahaa apalagi ada saham besar untuk saya ketawakan dia.

Mencuba skail yang baru, dalam berapa saat je dah boleh buka...excitednya^^hihi kata p.aki, along tetak ke along paroh tu?haha itu tak pentingkan asalkan dalam berapa saat dah berjaya buka dari sebelum ni mengambil masa berminit-minit untuk membukanya. Buat dan terus buat sampailah tangan sendiri terasa lembik dah..tapi cepat2 set mind takpe teruskan boleh wak katang tangan..acey!!!hahahaa...Al-hasilnya 7 biji dariku, 1 biji yang first tadi yang hancur tu...^^happy..happy..tapi bahagian belah nak ambik isi diserahkan kat ummi..hehe kalu tak hancur dihabiskan tangan ni. Tengok hasil ummi buat saya berkata..hahaa ummi buat hancur jugak..Ummi pun membalas kata2ku ummi buat hancur pun ada hasil, along buat takde hasil...hihi terus senyap!!kalah^^

Lepas siap & kemaskan semuanya, tengok diri sendiri...Alahai bukan setakat kerjakan buah nyor siap mandi air buah nyor lagi habis baju & seluar yang dipakai tak tengok keadaan diri lagi time kerjakan buah nyor tu banyak mana nyamuk mari cium...plannya nak kemaskan diri jap tapi ummi ajak tolong buat jelly okey!!!buatlah kami ber'3..ummi, me & ayyah..lepas siap dan kemaskan diri check2 fon ada mesej dari shbt tnye ade kije tak hari ni?mesej pukul 1 lebih tadi, tengok jam sekarang dah jam 4 lebih petang...hehe maaf ye sahabat...

Alhamdulillah, jelly kelapa pun menjadi dan apa yang penting dapat pengalaman baru jadi budak kampung yang lasak & active. Ada talent jugak rupanya cume takde skail kerjakan buah nyor nim." Kalau kita tak cuba sesuatu tu kita tak akan tahu apa yang ada pada diri kita." Konklusi untuk kisah hidupku kali ini...Melangkah dan terus melangkah belajar dari pengalaman^^

Wassalam....




Maafkan Saya?

    Assalamualaikum pembuka bicara,
    Salam dari TERENGGANU kite,
    Apa khabar pembaca semua?
    Harap sihat sejahtera.

    Hihu, maaf yer...tetibe rase nak bermadah pujangga pulak mungkin di sapa angin bayu malam berteman sang purnama kot ^_^

Jam menunjukkan angka 11.40 pm, tinggal 20 minit lagi bermula episod baru untuk hari yang baru. Belum pasti hari yang baru itu akan menjadi milik kita. Alhamdulillah hari ni dapat melakarkan episod yang manis setelah 3 hari berpulas-mulas dengan kertas-kertas yang berselerak. Itu pun belum selesai lagi...

Masa terus bergerak seiring dengan peredaran matahari dan bulan. Begitu juga manusia seiring dengan waktu ada sihat hari ini ada juga yang sakit, ada yang lapang ketika waktu ini ada yang busy, ada yang menitiskan air mata kegembiraan saat ini kerana kelahiran insan baru ada yang menitiskan air mata kerana orang yang disayangi telah kembali ke rahmatullah.

Sepanjang 3 hari yang telah berlalu banyak mesej yang diabaikan tak termasuk mesej dari kotak fb lagi sekadar pandang je mesej tu tak sempat nak buka dalam minda set nanti lapang akanku buka. Sampailah 1 saat tepat jam 4.06 minit pm rasa nak gi terjah fon jap tengok-tengok batery dah tinggal 9% je dah nyawa2 ikan tapi sempat lagi activekan wifi biarkan notis naik. Terpacat dekat screen fon ada 1 mesej kat fb dari seorang mujahidah islam yang amatku kenali^^

Saya akan kongsikan coretan hati itu,,,mohon si dia mengizinkannya^^ tapi kat last sekali sebagai penutup entry kali ini. Honestly, "tersentap+terharu" selepas selesai baca mesej yang dihantar melalui laman fb. Sebenarnya panjang lagi tapi tu hal lain yang saya share pada entry kali ni apa yang berkaitan dengan entry kali ni sahaja. Tersentap sebab saya dah abaikan insan2 yang saya kasihi kerana Allah bukan mujahidah islam sorang ni je yang terkesan malahan ada yang meminta maaf pada saya katanya menganggu saya. Sebenarnya kalian tak menganggu cuma saya tak berkesempatan nak membalasnya. Sungguh, mendapat mesej dari dia & insan2 yang lain membuat diriku happy sebab "aku telah mencuri mindanya" hihi...

Terharu pulak sebab ada orang sayang + rindu saya kerana Allah..ops :) hahaaa...Tu baru kasih manusia kalau kita boleh melihat kasih sayang Sang Pencipta pasti akan mengalir air mata sehingga kering...sambung cerita..Walau ketidak sempatan saya membalas mesejnya dia still memahami & bersangka baik alhamdulillah malahan dapat advice lagi "aku hamba Allah, Allah tak akan mengecewakan aku". Yep betul tu adikndaku...kita sama2 jadikan ia trademark time kite rase lemah yep?

Bukan senang nak dapat orang yang memahami situasi kita kan?tapi alhamdulillah setakat ni sahabat2 saya memang memahami situasi saya sampaikan mereka rasa diri mereka pula yang bersalah. Tapi ketahuailah kalian tak bersalah cuma saya je yang tak pandai mencuri masa sendiri.

Ni dituju khas buat mujahidah islamku dan sahabat2ku yang disayangi kerana Allah...

Kemana pun aku pergi,
Cerita antara kita selalu menemani...
Ketika diri terdampar keseorangan di suatu tempat,
Kata-kata nasihat & semangat membayangi,
Sehingga badai dapat diatasi biiznillah...
Ketulusan hatimu tak dapat ditandingi,
Mengatasi dasyatnya tsunami dapat menghanyutkan derita hati...
Kebaikkanmu tak akan bisa mati,
Walau dihempas ombak akan selalu hidup dihati...
Mungkin kita akan berjauhan pada jaraknya,
Namun biarlah kalbu terus berbunga rindu,
Mungkin kita tak selalu berjumpa mahupun berhubung,
Yang penting saling ingat dalam doa agar SANG MAHA DAYA CINTA sentiasa memaut hati kita & memayungi kita dalam bahagia....

Cik adeq manis^^
Yep Amira telah dikeluarkan selang beberapa minggu selepas entry berkaitan itu dipaparkan dalam blog ini. Thanks untuk mesej nim Jazakillah Khairan Kathira untuk kesemuanya & asif ala jamie ahwal...mudahan bait-bait di atas ini mampu mengatasi perasaan yang halus menikam tu.."bersahabatlah seramai mungkin bermusuh jangan satu"..ingat yer^^

Di akhiri kalam bisu ini dengan lafaz,
Astagfirullah Hal Azim3x...
Assalamualaikum & Lailah Saiedah Malaysia

Dilayarkan coretan bisu ini^^
Aisyah Zainal Abidin
Aisyah Zainal Abidin
k.nadiy .. kalau g sane nanti jgn lupe syah tau ! mungkin kat sane k.nadiy da busy kn ?? syah nk call pon takut ganggu ~ kehidupan baru katekn .. papepon k.nadiy jgn lupe doaku sentiasa mengiringimu .. kalau ade story tu , cite jelh .. confirm balik dari hostell syah bace punye !! sedihnye , kakakku nk blaja jauh ~ good luck . ingat all situation katekn pada diri " aku hamba ALLAH , ALLAH xakan mengecewakn aku " .. syah akan RINDU , SAYANG k.nadiy ... syah mix maaf kalu2 slame ni syah ade salah faham .. fahamilh hati kecil ku , perasaan jeles akan ade walau sebesar zarrah kn ?? disebabkn ajaranmu menyuruhku think positive .. penyakit itu tidak merebak .. HUHU ~ x faham ?? abaikan ~ papepon " suka dan duka kite kongsi bersama "

Saturday, October 12, 2013

Keep Calm & Smile :)

O Allah....
...i dont ask YOU to make my life easier but i ask YOU to give me strength to face all my trouble...

Peace be upon to you friend^^

"Ustaz, nanti anak ustaz akan jadi JIM lah"

Astagfirullah Hal Azim...
Terkejut mendengar cerita dari sang ABI tercinta mengenai komen si fulan bin fulan apabila mengetahuai tempat pembelajaran yang bakal diriku mengali ilmu disana. Hairan bagaimana si fulan tu boleh judge me akan jadi ahli JIM?Nauzubillahi Min Zalik...sedangkan menjejakkan kaki disana pun belum. Allahu Robbi...

Tersemat di lubuk hati untuk mengharumkan nama sekolah yang banyak mengajar diri ini tentang duniawi & ukhrawi terasa bagaikan terbang melayan untuk seketika waktu. Koreksi diri sendiri untuk seketika waktunya, Alhamdulillah i got support from my lovely parents and my friend...itu yang diriku mahu. SOKONGAN!!!

Bermain dalam minda, mesej dari rofiqoh yang disayangi kerana ALLAH "chik nak mumtaz sama-sama dengan teh". That mean, rofiqohku nak mengapai kejayaan bersama-sama walau destinasi memisahkan kami itu tak bermakna kami tak dapat nak meraih kejayaan together!!i/Allah apa yang tersemat di lubuk hati akanku laksanakan dengan sekeras usaha dan daya dengan izin Sang Khaliq...

Kemudahan Whatsapp dimanfaatkan...berkongsi masalah dengan rofiqoh 1 kemestian jarak bukan penghalang. Allah tempat pertama hati mengaduh kesakitan. "kita nak nuntut ilmu pasti akan ada ujian" komen dari rofiqohku...

Ya!!! Bukankah kesulitan untuk menuntut ilmu itu akan memudahkan jalan ke syurga?Alhamdulillah diriku terpilih untuk diuji. Jazakillah my rofiqoh >>tersentap diri sebentar<< apabila megaitkan kata-kata sahabat dengan seakan maksud hadis yang sentiase tersemat dalam diri.

Sengaja sign in laman facebook, inilah salah satu tabiatku cuba kuatkan diri yang bajek kuat nim dengan membaca status rakan2 fb. Banyak status yang berkait rapat dengan masalah yang diriku hadapi rakan-rakan fb seolah-olah memahami situasi diriku biiznillah inilah nikmat ujian...sedikit perkara yang melemahkan diri menyapa, bertalu-talu kekuatan datang menyuntik diri ini agar menjadi seorang yang KUAT!!!

Alhamdulillah...
syukran jazilan kepada si fulan bin fulan yang telah judge diri ini, i/Allah.....
DIRI INI AKAN ISTIQOMAH DI DALAM PERJUANGAN PAS MENGIKUTI AJARAN YANG BERLANDASKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH!!! doakan saya yer^^

For myself^^
Just keep calm & smile..Allah always beside me...









Wednesday, October 9, 2013

Pesan Ummi : Jangan Main Langkah-Langkah :)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Orang Yang Rajin^^
Siapa Yang Rajin Tu?
Andalah^^Yang Sedang Membaca Blog Saya Sekarang.
Tahniah!!!
Anda Seorang Yang Rajin Membaca :)

Entry kali nim...
Just my story^^

Bismillahirrahmanirrahim
Al-kisahnya....
Kebiasaan hujung minggu waktu petang nim pergi rumah kedua "rumah tok", actually petang weekend kali nim memang malas pulak rasanya nak pergi but memandangkan ummi yang ajak so okey jelah. Malas tu boleh ditolak ke tepi kan?pergi jauh..jauh..KEMALASAN!!!

Ambik kunci motor panaskan enjin Jom Kita Pergi Rumah Tok^^brum...brum...Alhamdulillah sampai, dekat je pun...Laju je ummi, turun motor terus meluru masuk. Ummi dah melangkah masuk terdengarlah ummi tanye my aunty M.Mah. "Ni barang sape yang banyak sangat nim?" Dari luar pintu rumah tok saya dah nampak apakah barang yang dimaksudkan ummi tu. Gabus barang hantaran orang rupanya yang dah digunakan dari cara longgokan tu.

...gambar sekadar hiasan...

"Yang time kak nikah dulu tu, nak bakar" jawab M.Mah yang busy buat apetah kat dapur tu. Baru je saya melangkah masuk terus je m.mah mengajukan soalan "ke along nak?ambiklah..." Haisy, m.mah nim saya pegang pun tidak just tengok dari jauh je tak pasal2 saya pulak yang kenenya..Hahahaa rasanya kalau soalan tu ditanya tengah minum air comfirm tersembur air yang hampir mengalir masuk ke anak tengkok...Well, dijawab dengan slamber soalan tu "erh mane boleh along...sebelum along m.dah dululah...in turn^^" Pantas je m.mah jawab "Mana tahu along nok kan" Lalalala...sembey face dipersembahkan...Yes, jawapanku disokong oleh ummi...SOKONGAN + PESANAN!!!

"Jangan nak main langkah-langkah yer, ikut giliran."
 Hahahaa sukanya ^_^ ummi sokong...Dalam fikiran kalau ikut giliran atas saya ada seorang aunty & 2 orang uncle lagi yang tak kawin..Hah, dah nampak tok yang sedang memasak & tokki yang sedang bersantai masing2 tersenyum :)) cuma tokki saudaraku yang dari KL "Ki Lim" je duk bertanya "apa yang langkah-langkah nim?sape yang nak langkah?"
Mungkin sebab tok & tokki tersenyum tambahan lagi dengar gelak ketawa ummi, m.mah dan saya menyebabkan ki Lim pun nak tahu jugak apa topik yang kami bualkan.

Hehehee...soalan ki Lim saya jawab dengan senyuman je^^...M.mah yang baru reda sukanya terus menyambung perbualan tadi "kalu ikut giliran tak kawin lagilah kak jadinya sebab jaki tu tak kawin lagi" Hahahaaaa...lagi sedaq ketawa kami, p.aki yang tengah solat kat atas tu tak taulah macam mana...^^

Me with my uncle and my aunty sebelah ummi memang macam nim wahi gurau sebab tu kalau ada masalah saya tak segan nak mengadu dekat dyeorang. Kalau ada story pun saya suka bercerita kat mereka. Not me only but all my siblings^^.

Okey...My Story dah TAMAT!

Nilah ceritanya, pesanan ummi tu disimpan kemas2. Saya tahu ummi saya nak lihat saya berjaya mengapai cita-cita dulu. Al-maklum anak sulung nim rapat dengan mak..hehee^^ habis angan-angan,impian,cita-cita & cerita saya kongsi dengan ummi...Antaranya minatku pada kereta sport & cool like Lamborghini^^...Ummi lebih tahu styloku..Sebab tu bila ada orang tanya pasal nikah2 ni saya jawab saya serah hal ni kat mak ayah. I know my father n my mother macam mane style mereka dan mereka lebih tahu apa yang patut saya lakukan pada usia sekarang kerana mereka lebih banyak melalui asam garam kehidupan...Ummi selalu pesan belajar bersungguh-sungguh jangan nak main-main je...Ok, set ummi!!!^^

THANK YOU ALLAH...
I LOVE MY FATHER, MOTHER, GRANDFATHER, GRANDMOTHER, YOUNGER BROTHER, YOUNGER SISTER, UNCLE, AUNTY & ALL MY COUSIN...
EASY WORD "I LOVE THEM MORE N MORE & THANK YOU ALLAH"

Perjalanan beribu langkah bermula dari langkah yang satu^^
Doakan saya orang yang rajin ye^^
Thank you...may Allah always bless us^^


Saturday, October 5, 2013

S.A.H.A.B.A.T


"Nikmat yang terbesar selepas kamu mendapat nikmat iman dan Islam ialah mendapat sahabat yang soleh, jika kamu dapati ianya baik maka peganglah ia seerat-eratnya.” [Hadis] 

Allahu Akhbar...
Allahu Akhbar...
Allahu Akhbar...

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad...

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Ya Allah...
Dengan izin-MU aku ingin membahagiakan ke semua sahabatku...
Mengembalikan segalanya pada-MU...
Sentiasa bersangka baik pada perancangan-Mu
Agar persahabatan yang kami bina diberkati-MU...
Menjadi naungan kepada kami di padang Mahsyar kelak...

IYEP!!!
Aku ingin membahagiakan semua sahabatku...
Tapi aku insan yang tak lari dari kesilapan...
Nak menjaga hati di sini dan nak jaga hati di sana...
Dalam tak sedar aku juga sedang melukakan hati yang lain...

Maafkan aku sahabat...
Ketahuilah jauh di sudut hatiku tak ingin melukakanmu...
Aku ingin di sampingmu saat kau berduka...
Aku ingin sentiasa melihat dikau sentiasa tersenyum...

Kesedihanmu adalah kesedihanku...
Kebahagianmu adalah kebahagianku...

Memetik gambar Chikcheq yang disayangi kerana Allah...



YEP!!!
Sahabatku...
Sahabat 1 Perjuangan...
My Super Senior...
My Super Junior...
AMBE SAYANG DEME!!!

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...
Menghiasi hidupku seindah pelangi...
Maafkan sahabatmu ini...

S.A.H.A.B.A.T





Wednesday, October 2, 2013

Facebook Saham Untuk Mengapai Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh^^
Siapa yang tak kenal dengan simbol nim?
Saya pasti pembaca sekalian tahu simbol apakah ini.

FACEBOOK

Sebuah laman sosial yang memainkan peranan penting pada zaman sekarang. Jika penggunaannya disalurkan pada jalan kebaikkan untunglah diri kita & diri orang lain tapi jika silap penggunaan padah kepada diri sendiri.

Selongkar history facebook sat...

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg seorang anak muda New York yang lahir pada tahun 1984. Beliau mengasaskan facebook ketika beliau menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Facebook diperkenalkan pada tahun 2004 yang mana pada mulanya facebook digunakan oleh para pelajar Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Ketika dilancarkan dalam masa 24 jam 1200 daripada penuntut Universiti tersebut telah mendaftar sebagai ahli dan dalam masa sebulan separuh daripada penuntut sarjana muda di Universiti Harvard membuka akaun facebook. Kemudian rangkaian ini berkembang di seluruh Universiti di Amerika Syarikat seterusnya ke seluruh dunia sehinggalah ke Malaysia. Facebook menjadi "Facebook.com" setelah ianya dibeli dengan harga USD200,000. Tahukah kita semua, nama facebook diambil sempena nama borang yang diedarkan kepada semua pelajar baru di Universiti Harvard.

Sebelum facebook Mark Zuckerberg juga pernah menciptakan beberapa laman sosial yang lain seperti Coursematch dan Facemash. Kini, Mark Zuckerberg telah menjadi seorang jutawan "billionaire".Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.


Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.


Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.

...Mark Zuckerberg...


Masa terus berlalu, sekarang facebook seolah-olah kemestian bagi manusia. Budak 5 tahun pun sudah mempunyai akaun facebook. Begitulah keadaan zaman sekarang zaman IT. Sumber maklumat dari facebook lebih tepat dan cepat daripada menonton televisyen yang memaparkan berita secara bersuku-suku. Ada yang berubah ke arah kebaikkan melalui facebook, ada yang menggunakan facebook sebagai laman mencari jodoh, ada juga yang menjadikan facebook sebagai wasilah menyampaikan ilmu, digunakan facebook untuk mengeratkan lagi ukhuwwah fillah, menjalinkan persahabatan yang dah lama tak bertanya khabar, menjadikan facebook sebagai medan mencari ilmu dan pelbagai lagi bergantung atas penggunanya. 

Konklusinya ada yang menggunakan facebook ke arah kebaikkan tak dilupakan juga yang menggunakan facebook ke arah keburukkan. Nauzubillah Min Zalik. Mudah-mudahan kita semua menggunakan facebook ke arah kebaikkan.


Gunakan facebook dengan sebaiknya agar ianya menjadi saham kita di Akhirat Kelak & ikutilah ajaran yang berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.

Note 4 me & you :)

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Ila Liqo'...Wassalam...








Saturday, September 28, 2013

Setiap Yang Berlaku Itu Berhikmah


Beruntunglah kita jika terpilih menjadi hamba-NYA yang diuji...

"Ya Allah Jadikanlah Kami Hamba-Mu Yang Tabah Dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian-Mu Serta Kurniakanlah Kekuatan Kepada Hamba-Hamba-Mu Yang Lemah Ini Aamiin Ya Robbal Alamin"



Monday, September 23, 2013

Paris VS Malaysia

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh Pembaca Sekalian...

Bunny say hye to you olls!!!
Harap semua sihat sejahtera ye ^^...
Kali ni, nak kongsi pengalaman my cousin sebelah abi yang baru pulang dari Paris...
Sebut negara Paris ni, first yang akan muncul dalam fikiran "Tower Paris" tu kan?
Sebab apa?
Sebab banyak dalam drama yang beraksi di Paris pelakon akan meluahkan kata "i love you" dekat mana lagi kata-kata tu diluahkan kalau tak depan "Tower Paris" tu..

Sengah kat laman muka buka sat!!

Klik,,,statement muka buku p.saudaraku menarik perhatian

Diriku sendiri terasa kagumnye >_< dengan orang di sana,,BomMm!!!
Terus kata-kata Syed Qutb menerjah ke benak fikiran :

"AKU TIDAK MENEMUI ISLAM DI NEGARA ISLAM TETAPI AKU MENEMUI ISLAM DI NEGARA YANG PENDUDUKNYA BUKAN BERAGAMA ISLAM"

Bush!!!
Kata-kata ni menusuk qalbu sebab diriku sendiri dilahirkan, dibesarkan dalam negara Islam. Baru-baru nim ada terbaca dalam buku Gen-Q isu 25 yang menekankan aspek "Lebarkan Senyuman Sebarkan Salam" dan buku tu menyoalkan para pembaca dengan soalan "bukankah medium dakwah secara senyum & salam itu lebih versatile dan cool?"

Soalan tu bermain-main dalam fikiran, kalau dengan senyuman in shaa Allah boleh dilakukan tapi dengan salam tu terasa janggalnya...dengan orang yang dikenali bolehlah sapa dengan salam diiringi senyuman tapi kalau dengan orang yang tak kenal..uisy,,,kene fikir panjang tu...Nilah masalah diri sendiri nak lakukan kebaikkan pun malu!!!

Kene koreksi diri lagi nim!!! In Shaa Allah...

 
Hah,,ni gambar my cousin 'k.long' ketika di Paris...Alhamdulillah k.long dah selamat sampai Malaysia. Katanya jasad di Malaysia hati tertinggal di Paris...Hurm, k.long....Nadhirah dah naik jeleeesss nim!!!hehehe...sorry jenguk2 album k.long jap...dan Thank You sudi kongsi pengalaman di Paris tu boleh ambik iktibar :)



Monday, September 2, 2013

Begitu Kehendak-Nya

Aku hanya merancang,
Allah jua menentukan,
Kupasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk kufikirkan.

Biar segetir mana ujian melanda,
Baik berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Ku terima dengan hati terbuka,
Kerana memang,
BEGITU KEHENDAK-NYA

Kuyakini, itulah yang terbaik dari-Nya,
Buatku, seorang hamba,
Hanya Dia,
Mengetahuai segalanya.

*monolog Umar Al-Mujahid "tautan hati"

-seiringan dengan kehidupanku "SEORANG HAMBA"

Bacalah Duhai Jiwaku Sayang...

Jiwaku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-NYA,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami Menciptakan Manusia Itu Dengan Sebaik-Baik Kejadian"
(surah al-Tin : 4)

Sedarlah jiwaku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah Akan Mengangkat Orang Beriman Di Antaramu Dan Orang Berilmu Beberapa Darjat"
(surah al-Mujadilah : 11)

Jiwaku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuailah jiwaku,
Kemulian manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"You Are The Best Ummah" (surah al-Imran : 110)
"Sesungguhnya Orang Yang Paling Mulia Di Sisi Allah Adalah Orang Yang Paling Bertaqwa"
(surah al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
"Ya Tuhan Kami, Berilah Kami Kebaikkan Di Dunia Dan Kebaikkan Di Akhirat Dan Peliharalah Kami Dari Azab Neraka" (surah al-Baqarah : 201)
Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
"Bacalah! Bacalah Dengan (menyebut) Nama Tuhanmu Yang Menciptakan"
(surah al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Allah,
"Sesungguhnya Kami Telah Mengemukan Amanat Kepada Langit, Bumi Dan Gunung-Ganang, Maka Semuanya Enggan Memikul Amanat Itu Dan Mereka Khuatir Akan Mengkhianatinya, Dan Dipikullah Amanat Itu Oleh Manusia. Sesungguhnya Manusia Itu Amat Zalim Dan Amat Bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya)" (surah al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamu Orang-Orang Yang Paling Tinggi Darjatnya, Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"
(surah al-Imran : 139)

Lantaran itu, carilah reda Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin asas kejayaan,
"Allah Tidak Akan Ubah Nasib Sesuatu Kaum Sehingga Dia Mengubah Nasibnya Sendiri"
(surah ar-Ra'du : 11)
"Jikalau Mereka Bersungguh-Sungguh Reda Dengan Apa Yang Diberikan Allah Dan Rasul-NYA Kepada Mereka Dan Berkata: Cukuplah Allah Bagi Kami, Allah Akan Memberikan Kepada Kami Sebahagian dari Kurnia-NYA Dan Demikian Pula Rasul-NYA, Sesungguhnya Kami Adalah Orang Yang Berharap Kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka) (surah al-Taubah : 59)

Jiwaku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu 1 ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-NYA,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-NYA,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Jiwaku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.

Berjuanglah jiwaku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tak di dunia,
Nun di syurga.

*Nukilan Asiah Yusra "Tautan Hati"



Teristimewa Buat Kaum Hawa


Hawa,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilaun warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatimu.

Hawa,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi syang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai Hawaku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap soleh bernama Adam. "Wanita Yang Baik Itu Adalah Untuk Lelaki Yang Baik"

Ya Allah...Jadikan kami bidadari syurga...

*Adaptasi daripada warkah Tautan Hati.

Teman, Aku Ingin.....

Teman, aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dukorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hasan Al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahnda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita seharum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak Kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Makhamah Mahsyar nanti.

*bait-bait sajak daripada "TAUTAN HATI" 

Tuesday, July 23, 2013

23071998

Peace Be Upon You
In The Name Of Allah Most Gracious The Most Merciful

Alhamdulillah, hari demi hari berlalu...Hari ni dah masuk 14 Ramadhan dah..Sekejap je masa berlalu kan?

29 - 14 = tinggal 15 hari lagi kita di bulan yang barakah ini...Ya Allah rasa x nak kehilangan bulan yang mulia ini...Jiwa rasa tenang je sepanjang berada dalam bulan kareem ni..

15 - 10 = berlalunya 5 hari lagi kita akan bertemu dengan 10 malam terakhir...Mudah-mudahan kita semua akan berjumpa dengan malam Lailatul Qodar...Apa keistimewaan malam Lailatul Qodar nim?Rajinkan tangan untuk buka Al-Quran cari surah yang ke-97...

Tut...Tut...Tut...

Sedar tak sedar hari ni dah genap 15 tahun usia ahli syurga yang dirindui...

...Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad...

Alhamdulillah, memory kita bersama masih tersemat dalam ingatan...

^^ 23071998...sewaktu berusia 3 tahun saya dikurniakan seorang adik perempuan...happy sangat...yelah sape tak happy kan dapat kawan barulah kirenya yang boleh ajak main same2 tido same2 makan same2 semua boleh buat bersame2lah...al-maklum selama ni duduk sorang2 je kawan pun dengan bearlah yang boleh buat pendamping tiap2 hari...mase ummi duduk hospital untuk melahirkan adik sy nim, sy duduk rumah atuk sy je...abi je yang teman ummi kat hospital sbb pihak hospital telah warning budak-budak tak boleh masuk...tunggu punye tunggu, ummi je yang balik adik kene tahan di hospital...adik lahir dalam keadaan tidak menangis tapi adik hidup!!!doktor pun masukkan adik ke dalam wad yg berasingan daripada baby2 yang lain...ummi kate badan adik penuh dengan wayar...sy tak tengok lagi adik sy time ni...selepas 3 hari 2 malam barulah doktor keluarkan adik untuk bertemu dgn sy, tok, m.mah, m.dah, abi & ummi...ketika doktor keluarkan adik, semua menangis teresak2 except me..abi terus dukung sy, sy nak tengok adik sy yang comei ni...abi dukung sy dekat adik ketika tu adik duduk dalam kotak baby tu sweet sangat...abi kate ciumlah adik...sambil memegang bear sy pun mencium adik...ciuman dari seorang kakak yang menantimu, deq...lepas cium adik, sy cakap dekat adik "adik...besar nanti kita main same2 yer?kite main bear same2..." esakan tangisan umi, tok, m.mah & m.dah semakin kuat...sy pelik knp org menangis?abi pun menurunkan sy kebawah...^^

Saat memandikan adik, mengkafankan adik, mengembumikan adik...saya dah tak ingat Allah hanya mengizinkan saya untuk mengingati saat tu je...tu pun saya dah bersyukur sangat saya ada memory bersama adik saya yang di ingati selalu...memory dgn ahli syurga tu...

Lepas balik rumah dekat Rusila, saya selalu tanye ummi...ummi mane adik?ummi jawab adik kita simpan dalam tanah...tanye abi mane adik?abi jawab adik dekat syurga...saya akur bermain dgn teddy bear yang dibelikan oleh abi...

Bertahun-tahun berlalu saya semakin membesar...saya nak tahu kat mane kubur adik sy?abi pun bawak sy bersama adik2 sy ke kubur angah..kubur angah bertindang dgn seorang mak cik..sy pergi dan terus pegang batu yg menandakan tu kubur angah...sy tanye abi yang mane satu bahagian kepala?selepas abi tunjukkan sy mengusapkan batu tu seolah2 sy mengusap kepala angah yang dirindui..sebelum balik sy menghadiahkan sebuah ciuman di batu tu...SAYANG ANGAH!!!kalu boleh nak duduk lame lagi dekat angah tapi abi suruh balik...dalam perjalanan nak balik rumah...abi cakap ahli keluarga kita akan dikebumikan di situ In Shaa Allah...

Dulu masa kecik2 selepas solat selalu berdoa agar Allah izinkan sy meninggal ketika usia masih muda sebab nak masuk syurga nak duk same dgn angah...tapi Allah tidak mengizinkan sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya...sekarang usia saya bkn lagi berada di usia kanak2 dan bukan juga usia dewasa "i'm longer but not a girl and not a women" itu tak bermakna angah dilupakan...Dalam kalungan doaku sentiase berharap agar Allah akan satukan kami sekeluarga didalam syurga firdausi...AAMIIN YA RABBAL ALAMIN...Akhirnya mutiara yang bertakung dalam mata menitis jugak hari ni dengan izin Allah selama ni Ya Allah susahnye nak nangis...Tak tahulah knp...Ingat pulak time daurah Robie' dulu sampaikan panitia program tak puas hati sebab sy langsung tak nangis...Sekarang air mata yg mengalir bkn kerana sedih atas ketiadaan angah tapi air mata kegembiraan krn angah akan menjemput umi & abi ke syurga In Shaa Allah dan yg paling mengembirakan adikku seorang penghuni syurga...Mudah2an Allah kabulkan doaku agar rindu & salamku smpai kepada adikndaku....

Orang selalu tanye knp selepas along terus acik?abi & umi selalu cakap angah kami simpan...sebenarnya uncle sy yg tak bagi letak name angah dekat acik katenya biar angah sentiasa dalam ingatan kita...jadi lepas along terus acik..."Angah Naqibah" tak pernah kami lupakan sepupu2 sy pun tak pernah lupakan nama "NAQIBAH" apatah lagi kami sekeluarga...Selalu jelaskan dekat adik2 yang mula membesar dan semakin ingin tahu siapa & dimana angah...

Bila fikir2kan balik rupenya ramai adik2 junior yang rapat dengan sy seusia dgn adiknda Naqibah...Tak dapat bersama dengan adik kandung pun dapat bersama adik2 yang seusia dgn adik kandung dah bersyukur sangat....Terima kasih Ya Allah diatas jalinan ukhuwwah yang terbina ini...yang paling rapat sekali dgn sy Sya Aisyah...budaq ni sorang mmg baguslah selama ni tak perasan pun dia seusia dgn angah check2 dlm kalendar rupenya budaq kelahiran 1998 jgk...Alhamdulillah Ya Allah kerana di sekelilingku orang yang menyayangiku mdh2an kasih mereka terhadapku berbalas kasih Mu Ya Allah...Berkatilah mereka Ya Allah & jadikanlah simfoni kasih yang terbina diantara diriku & diri sahabatku akan berkekalan sampai ke Syurga...Aamiin....

Okes, rasenye dah cukup panjang dah nim...kisah "ANGAH NAQIBAH" bukan nak menagih air mata sesiapa pun ianya sebuah lakaran kisah hidupku..."setiap yang bernyawa pasti akn merasai kematiaan" begitulah seakan maksud firman Allah subhanahuwataala didalam Al-Quran...Jadi sayangilah & hargailah orang sedarah sedaging dengan kita, orang yang menyayangi kita & orang yang berada disekeliling kite...Balaslah kebaikkan & jasa mereka selagi mereka masih hidup walau mereka tidak memintanya...

Akhirul Kalam....
Astagfirullah Hal Azim....
Astagfirullah Hal Azim....
Astagfirullah Hal Azim....

Sebelum berundur, tiba2 sampai 1 text msj dari seorang murobbi MDQ menceritakan tentang keadaan ust sy yang terlantar di hospital sekarang sayu & sebak molek hati nim...Ust tu banyak jasa & kebaikkan yang dilakukannya jadi sy mohon agar pembaca yang sudi membaca coretan ini mendoakan kesihatan murobbiku Al-Fadhil Ustaz Mat Saril agar penyakit yang dihadapinya sembuh secepat mungkin & kembali sihat seperti dulu..

Wassalam....

*isi text msj dari seorang Murobbi ~salin straight~
"Akak...tadi ust pergi ziarah u.mat saril kat hospital..dah 2 minggu terlantar..dia sakit dalaman..hatinya bernanah...dktr nk operate tapi tak cukup matang lgi bru sikit..kasian kat dia kakak..tak bermaya..pucat lesi seluruh anggota..tmbh lgi penyakit kencing manis pun kuat..kalu boleh ruang la sedikit mase ziarah dia sekurang-krngnya dpt meredakan kesakitannya..dia mitak ust solat hajat dan jika jumpa ank didiknya dia mintak tlng solat hajat untuknya, dia nak bercakap pun dia tak larat ..sepatah2 je atur perckpnnya..kalu blh kakak bgthu la kwn2 utk mklmn..." Allahumma Yasyfih....







Saturday, July 6, 2013

I LOVE YOU MY SUPERHERO

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Alhamdulillah...
Saat ini, detik ini, waktu ini masih diberi kesempatan untuk menconteng laman bisu ini & masih dipanjangkan umur untuk berada disamping orang tersayang...

Setiap people pasti ada orang yang dia sayangkan?
Setiap orang juga pasti ada superhero...right?

Saya pun ada SUPERHERO saya...siapa?siapa??siapa???

My Superhero Is My Lovely Father "ABI" ^^

Abi...Abi...Abi......
Along sayang abi....

Flash Back Balik Time Tu...

Otak mula memainkan peranan untuk ingat kembali masa tu...Time lepas exam Syahadah madah Bahasa Melayu paper 2...Lepas keluar dewan peperiksaan terus pergi dapatkan public phone laju je tangan mendail no abi...Perasaan time tu hanya Tuhan je Yang Mengetahuai bercampur baur gara-gara tak berapa confident dengan jawapan yang ditulis atas kertas jawapan sebab bahagian rumusan tu membincangkan perkara yang saya langsung tak tahu...Selepas berbalas salam, abi terus tanya macam mana dengan exam B.M tadi...Suara saya dah berubah dengan nada yang cuba dicontrol "abi...along tak tahu betul ke tak along jawab bahagian rumusan tu pasal bende tu along langsung tak tahu...jawab dengan seadanya je" dengan nada yang cukup memahami abi bersuara "xpelah along...along dah cuba yang terbaik, lupakan yang lepas fokus & buat yang terbaik untuk madah seterusnya..ok? "..Lama ku terdiam...Mencari kekuatan & nak control suara nim biar tak ikut sangat perasaan time tu...Akhirnya bersuara In Shaa Allah abi doakan along.."Along boleh jawab madah Al-Quran tadi?" abi menyoal..."Alhamdulillah Al-Quran okey je"...Selepas berbalas salam telefon diletakkan balik...Kata semangat dari SUPERHERO ku disimpan kemas-kemas dalam memory box sampai sekarang...I LOVE YOU MY SUPERHERO...

Now, abi bagi surprise terbaru...

Along tolong siapkan kerja abi...Pesan abi sebelum pergi meeting...
Baru duduk sambil tangan membelek2...Terpandang 1 perkataan "NADRAH" nama minyak wangi terbaru bersempena nama saya NADHIRAH SAKINAH terus kecoh satu rumah saya punya pasal...HAHA
Ummi...Ummi..cuba hidu wangi tak?minyak wangi terbaru berjenama NADRAH...hehehe...
Ayyah..Ayyah..tengok nim...HAHA..adikku cuma wak muka comelnya sebab ada 1 minyak wangi yang terbaru juga berjenama "SARAH S" bersempena namanya Maisarah Solehah...

Abi...Abi...Abi....
Terima Kasih Abi....
Terharunya 2 minyak wangi bersempena nama 2 orang puteri abi ni & yang bakal keluar tak lama lagi minyak wangi berjenama "AMIRA" sempena nama adikku AISYAH AMIRAH...
Surprise teramat surprise...




Alhamdulillah Ya Allah...

Abi....
My Superhero....
Kau Ada Di Kala Ku Suka
Di Kala Ku Duka
Di Setiap Tangisan juga Ketawa
Terima Kasih Berbanyak Kasih Kerana Abi Sentiasa Membahagiakan Menyenangkan Mengembirakan Along...

"ALLAHUMMA GHFIRLI WALIWALIDAIYYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SOGHIRO...ALLAHUMMA AAMIIN"

^^ALONG SAYANG ABI, UMMI, ANGAH, ACHIK, ADE, AYYAH, EMAN & CYAH^^

...YA ALLAH PANJANGKANLAH USIA ORANG-ORANG YANG KU SAYANGI...BAGILAH KESEMPATAN UNTUK KU MEMBALAS JASA MEREKA...

Wassalam...



Monday, June 24, 2013

IDEA TAK MUNCUL JUA

Assalamualaikum....
Peace be Upon You...
Salam Sejahtera...

Allahu Robbi lama rasanya tak menconteng blog usang ni dengan kalam bisu. Harapnya pembaca kalam bisu ini dalam keadaan sihat walafiat kesemuanya walaupun sekarang "JEREBU" melanda. Minum air kosong banyak2, pakai mask & kalau boleh elakkan daripada pergi mengayat2 lebih baik duduk rumah ambik langkah berjaga-jaga syukuri nikmat kesihatan yang dikurniakan ni.

Idea Oh Idea....

Sebenarnya dah berapa minit dah duk menghadap monitar lappy ni mencari idea..Ya Allah sukarnya apabila Allah tidak mengizinkan idea-idea tu bertandang...betapa kerdilnya ini...kerdil sekerdilnya...

Tapi ada kalanya idea tu datang macam air hujan itu pun dengan izin Allah, apabila idea tu datang macam air hujan masa pula terhad untuk membuka lappy ni...haish, sibuk sangat ke??sebenarnya tak busy mana pun tapi tak pandai handle masa macam nilah jadinya kadang-kadang kemalasan melanda nak buka lappy. Bila layan perasaan malas tu jadilah seorang pemalas jawabnya. Firman Allah dalam surah Al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH KEADAAN SUATU KAUM SEBELUM MEREKA MENGUBAH KEADAAN DIRI MEREKA SENDIRI".

Okey, sekarang "SET MINDA" ...SAYA BUDAK RAJIN...set minda beriringan dengan usaha baru menjadi.

Akhir kalam sudah...WASSALAM...








Friday, May 24, 2013

My First Ice Cream

>>comot dah tak sempat nak snap time masih comei<<
...yang atas tu coklat cip...

Hah, ni dia ice cream buatan sendiri. Alhamdulillah excited teramat sangat dah ni nak rasa ice cream buatan sendiri. Walaupun gambar tu dah teramat comot jadinya. Apa tidaknya belum apa-apa lagi adik-adik lelaki saya dah tungging dan menunggingkan ice cream yang tak berapa nak beku lagi.

"along...nok rasa jgak ice cream ni"

Adik-adik excited nak rasa tapi tak keras lagi masa ni. Nilah pasal ice cream dah x berapa nak nampak rupa dah. Nak marah pun tak jadi. Kalau saya dah excited adik-adik lagi-lagilah. 

Korang nak try pun boleh je, so easy :)
Resepi ni copypaste dari laman My Resepi

Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he



_biar gambar yang berbicara_
gebu je tak de rase macam ketul-ketul ais
mengalahkan ice cream baskin robbins (gurau2 je)

Bagi siapa-siapa yang rajin...SELAMAT MENCUBA!!!


Tuesday, May 21, 2013

Hayati Kullu Hal Lillah


Layan Nasyeed Sebentar
Halwa Telinga Hilangkan Stress

"Berhibur Tiada Salahnya
Kerna Hiburan Itu Indah
Hanya Pabila Salah Memilihnya
Membuat Kita Jadi Bersalah"

ketahuailah wahai jiwaku...kehidupan adalah perjuangan...menyusuri perjalanan sebuah perjuangan itu susah...terkadang perit yang ditemui...terkadang jatuh yang dijumpai...terkadang laluan itu penuh dengan onak & duri...perjuangan tidak dihampar dengan permaidani indah nan merah...bahkan dihiasi dengan kaca-kaca & tribulasi yang mendatang...

BANGKITLAH WAHAI JIWAKU!!!

Monday, May 13, 2013

Degilnya Kaki Saya Ni :)

Assalamualaikum diungkap sebagai pembuka bicara...

1,2, 3

Senyum...

Have a nice day


Jom naikkan taraf TAQWA kita melalui senaman GERAKAN KAKI & NOMBOR 6

Step by step okey?
  1. Ikuti arahan yang diberikan dan lakukan mengikut turutan.
  2. Ungkapkan lafaz basmalah "BISMILAHIRRAMANIRRAHIM"
  3. Duduk di atas kerusi dalam posisi yang selesa.
  4. Gerakkan kaki kanan anda mengikut putaran arah jam.
  5. Lukiskan angka 6 di udara dengan menggunakan tangan kanan anda sambil kaki kanan anda bergerak  mengikut arah jam.
  6. Berikan respon anda. Bagaimana?
Degilnya kaki saya, berpusing ke arah lain pulak!!!

Anda macam mana?

Kita sama je kan...Eh, eh, ada persamaanlah kita..DEGIL!!!

Lihat, bagaimana "DEGILNYA" kaki kanan kita yang akan berpusing ke arah yang lain. SUBHANALLAH!!! Kita merasakan otak kita hebat tetapi yang lagi hebat ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Jom Akui Kelemahan Kita!!!

Tingkatkan Taqwa!!!


* Konklusi daripada penerokaan majalah Gen-Q isu 21

Friday, May 10, 2013

SINGLE 2 MEMBOSANKAN???

Assalamualaikum Teman-Teman
Salam Sayyidul Ayyam
Masaul Khair :)


Apa habaq semua?

Mudah-mudahan diberkati Allah sentiasa.

Entry kali ni x de panjang2 pun cuma nak ajak berfikir je sebab x de persediaan pun nak menconteng blog yg dhoif ni.

Terbaca status seorang rakan FB, katanya :

"single 2 membosankan"

Sedikit memeranjatkan sebab statement ni bkn dari seorang perempuan tapi sebaliknya.

Bila difikirkan balik apa yang nak dihairankan semua manusia ada perasaan cuma jarang terbaca statement macam ni dari seorang lelaki.

Terfikir juga kenapa Encik ni boleh buat statement mcm 2?

Kalau saya lah punyalah bersyukur.

Kenapa?

Sebabnya saya bebas dari melakukan maksiat, bebas dari agenda pujuk memujuk orang (bab pujuk org fail!!!hehehe), kredit pun jimat daripada duduk berbalas mesej, duk bergayut. Sabar sungguh orang yang bercouple before nikah ni kan?

Syadidnya pemikiran saya kan?

Bukan syadid abang2, kakak2 & adik2 sekalian, saya tahu mmg fitrah manusia nak disayangi, dimanjai, dibelai bab kata orang "nak menyayangi dan disayangi". Sweet je dengar (angkat kening sikit) regangkan urat-urat jangan marah :) Tapi fitrah 2 jangan ditukarkan kepada fitnah.

Jadi saranan sayalah kepada sesiapa yang menganggap single 2 membosankan cepat2lah nikah. Saya support je orang nikah muda ni. Mesti ada yang label ingat senang ke nak nikah2 ni!!! Ops jangan marah-marah...

Kalau x nak nikah lagi, mari kita renungi hadis ni :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari akhirat sehingga dia ditanya tentang 4 perkara iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang mudanya ke mana digunakannya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya serta tentang ilmunya apakah yang diamalkannya"
(riwayat al-Tabrani)

So say No to Bosan!!!

Kalau ada terasa hati, terkasar bahasa, pandangan yang salah dan pemahaman yang berbeza saya meyusun se 10 jari jemari memohon maaf...Teguri saya yer :) keep your smile

Akhirul Kalam,
Saya tinggalkan dengan 2 petikan kata - kata: 

"The story of life is just the blink of eyes, The story of love is Hello and Goodbye"

"Single is the best, Single is independent"

Wassalam :)