Monday, May 23, 2016

PLEASE DON'T FORCE ME....

Peace Be Upon To You

Praise Be To Allah

Alhamdulillah...

Today i'm still alive.

Hati Berbicara...

"kau takkan faham apa yang pernah aku lalui dan aku tak berharap pun kau akan faham!"

Sehebat mana pun aku berlakon menjadi seorang yang kuat di hadapan kalian, akhirnya dalam senyuman air mata menitis. Tak perlu hairan pun, itulah aku !

"sejarah takkan berulang untuk ke'2 kalinya"

Sebolehnya aku tak nak hadap muka-muka yang pernah menconteng nama aku !
Itu aku ! Kau faham? Takkan ! Sebab aku ni yelah bende dah berabad pun still tak boleh nak move on.

"selagi boleh elak, elak"

Yeah, aku tak nak hadap...aku tak nak hadap...kau faham tak? Melupakan tak semudah memaafkan ! Kau faham tak? Album lama dah lama aku tutup kalau aku hadap bagaikan aku buka album lama aku. Kau tahu ke apa yang penasihat aku sendiri kata kat aku? Kau takkan pernah tau sebab kata-kata tu aku telan sorang2. Pahit !!! Sepahitnya...

PLEASE DON'T FORCE ME AGAIN....

Kau merajuk...

Dalam keras aku, aku gelisah !

Kau pujuk...

Dalam diam aku termakan, tapi aku keraskan !

Kau kecewa...

Dalam tak peduli, aku rasa bersalah !

Maafkan aku !






#jomgeng!lepaksantai!


Thursday, May 12, 2016

EKSTIVAL 18

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


اللهم صلى على سيدنا محمد

اللهم صلى على سيدنا محمد

اللهم صلى على سيدنا محمد

Throwback...



Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Terima kasih team EKSTIVAL 18 untuk segala pengalaman dan kenangan kita bersama.

I'm very pround sebab terpilih menjadi warga EKSTIVAL 18.

Sebuah pengalaman yang paling berharga dalam sejarah hidup as a student KUIS.

Mana taknya EKSTIVAL 18 antara program terbesar KUIS ia sebuah program santai yang berilmiah dan dihiasi dengan ekspo sempena hari konvokesyen mahasiswa & siswi warga KUIS.

Dengar macam mudah nak handle program but it's no easy seperti yang dibayangkan.

Tapi, Alhamdulillah kami seramai 200 mahasiswa & siswi sebagai panatia program berjaya menjayakan EKSTIVAL 18 dengan jayanya.

Terima Kasih Family EKSTIVAL 18...

Love uolls family EKSTIVAL 18...

Sekian .

Wassalam.

~timb. s/u EKSTIVAL 18~












Tuesday, April 26, 2016

ITS GIVEN TO WHO DESERVE TO GET IT

السلام عليكم

Peace Be Upon To You

Salam Sejahtera

Alhamdulillah :)

25042016

1300

Result sem 5 selamat keluar dilaman portal student KUIS :)

Nervous?

Argh.. semestinya because every sem have a killer subject !

Dengan izin Allah...

Result sem ni GPA berjaya capai target 4flat :)

Okey ni 1st time dapat 4flat sebenarnya.

CGPA still kena fighting lagi.

Alhamdulillah berkat doa semua...

Sejujurnya terharu tengok markah 1 subjek ni sebabnya subjek tu tak score pun akan dapat A+ sebabnya aku main hentam je jawapannya senang cerita goreng ayatlah sebab soalan tu aku tak baca apatah lagi menghafal bab tu pastu ramai pulak cakap lecture subjek ni mahal markahnya. That whylah tak target A+ takut pecah berderai tapi Alhamdulillah.

Dah bila tengok result petang tu Whatsapplah lecture untuk subjek yang tak disangka A+ and say thank you. 

Lecture terus tembak dengan kata-kata " ITS GIVEN TO WHO DESERVE TO GET IT " :)

Alhamdulillah...

Ni je hadiah along mampu bagi kat abi ummi dan family bujuque kerana merekalah yang selalu support diri ini dan tak lupa jugak untuk MSAMG2706 sebab always bagi semangat kat budak yang mudah futur ni pastu kuat ngomel.

Result ni hadiah untuk awak jugak ! ;)

Bersyukur sangat dapat lalui final exam dengan jayanya sebab jadual dia berderet setiap hari dahlah subjek sem 5 semua fiqh. Otak dah kembang kecut kembang kecut je.

Syabas dan tahniah untuk sahabat2 Syariah Jo sebab dapat lalui final exam sem 5 dengan jaya dan selamat menikmati result sem 5 :)

Terima kasih semua lecture yang sudi mengajar dengan sabar dan tabah dan sentiasa bantu kami esp Ustaz Subari. Ustaz paling win and the best ustaz. Time kelas ustaz saya rasa nak berlari pergi kelas ustaz tak pernah malas . hehehehe ~nampak malas ke kelas~... Ustaz Hamid pun apa kurangnya, ustaz memang terbaik terima kasih bantu kami  dalam ilmu Qowaid Usul.

Terima kasih juga buat ahli study group yang ohsem sudi bantu diri ini "falah, akim, faiz, kak syu & anis"  dan Mr. Kasturi.

Paling penting pegang kata kunci "Jaga hubungan dengan Tuhan + Jaga hubungan dengan makhluk + Usaha diiringi Doa + Tawakkal = Kejayaan in shaa Allah"

Minta doa dengan mak ayah dan family kita PENTING tau !!!

Lastly, doakan diri yang banyak ngomel ni agar dapat kekalkan prestasi GPA dan dapat tingkatkan prestasi CGPA berjaya dunia akhirat ... aamiin :)

Alhamdulillah...

Terima Kasih YA ALLAH...

Sekian.

ITS GIVEN TO WHO DESERVE TO GET IT

Tq sudi baca ;)

Wassalam.






Friday, April 15, 2016

LOVE TO THE MOON

The Moon Reminds Me Of You . . .

So Beautiful . . .

So Bright . . .
 
So Far Away . . .

Peace Be Upon To You 

:)

Friday, April 8, 2016

MELUPAKAN TIDAK SEMUDAH MEMAAFKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad

Selamat Malam Bloggers & Haters

Melupakan tidak semudah memaafkan...

Yea !!!

Walaupun sudah 5 tahun berlalu...

Nadiy biar betul belum boleh lupakan?

Alaa nadiy tu...dah berapa tahun dah pun berlalu..

Overnya nadiy tu sampai bila dia nak macam tu?

Memang !!!

Aku belum boleh terima mereka !

Kalau KAU KAU KAU tanya sampai bila?

Jawapan aku "BILA AKU DAH KAHWIN"

Baru aku akan terima mereka balik -_-

Tapi mereka usah risau aku sudah lama maafkan mereka. Aku tak mau mengantungkan manusia tanpa kata maaf. 

Nadiy...
Teruk sangat ke mereka lakukan?

Teruk tak teruk Geng Taiko sendiri merasa dan dalam diam aku pendam kata-kata pedas penasihat persatuan aku sendiri.

Aku dah dapat taik dah dari perbuatan mereka so biarkan aku menjadi diri aku sekarang !

Siapa kau nak pertikaikan aku?

Bukan kau yang merasa !

Bukan kau yang dapat taik !

Sudahlah kau .

Usah mengata dibelakang aku lagi !

Aku tak kacau pun urusan kau .

Harap kau mengerti !!!

Sekian...

Pentas tarian kata-kataku.

Wassalam





Tuesday, October 27, 2015

Maaf Hati Yang Terketuk


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad

Selamat Tengah Hari Bloggers & Haters

Bukan niatku
Mengetuk hatimu

Maaf

Aku tidak bisa menerima
Aku belajar berkata jujur

Tidak

Kerana aku sudah penat
Mengecewakan hati manusia
Tersakiti dengan kata manusia

Niatku melayanmu
Kadang kerana kau
Aku kenal

Kadang untuk membantu
Tak bermakna aku seperti kataku

Namun
Biarkan kalamku
Membantumu bertemu Tuhan
Moga aku dikurniakan pahala

Bukan
Mengetuk hatimu

Maaf sekali lagi

Aku tak berniat
Mengetuk hatimu


Mudahan kau berjumpa
Bidadari yang tercipta untuk kau

M. A. A. F

Sekian...


Sunday, October 25, 2015

Aku Yang Dulu Bukan Aku Yang Sekarang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillillah

Selamat Siang Bloggers dan Haters :)

Setelah kian lama tak menapak di ruang Tahajjud Sakinah harini baru terdetik untuk bersama ruang ini namun catatan kali ini tak akan sama seperti sebelum ii ini. Cukup lama diri ini berdiam diri, kerana diri sudah tidak seperti walaupun sebenarnya teramat rindu untuk kembali seperti dulu tapi diri ini tak mampu. Diri ini diuji dengan penulisannya sendiri. Suatu ujian yang hebbat, tamparan yang pedih sebenarnya.

Diri ini bukan lagi seorang Mujahidah
Diri ini bukan lagi seorang Muslimah
Diri ini bukan lagi seorang Solehah
Diri ini bukan lagi seorang Srikandi
Diri ini bukan lagi Mawar Berduri

Diri ini sudah menjadi Mawar yang Layu
Seorang yang Lemah
Seorang yang Sosial
Seorang yang terkena Kejutan Budaya
Lantas, diri ini cuma seorang perempuan yang biasa penuh dengan dosa yang tewas dengan pendirian diri sendiri...

Jujur aku rindukan diriku yang dulu namun aku tewas sahabat sekalian...
Bertepuk tanganlah syaitan ii sekalian...
Maafkan aku manusia sekalian...
Ampunkan dosaku Ya Allah...

Sekian.


aku yang dulu bukan aku yang sekarang






Sunday, November 23, 2014

Alamak !

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful

Assalamualaikum :)

Jika program tv  "Galaksi" ~layan jugak erh?~ hehe ada alamak ! hihi diriku pun punya alamak ! :)

Haaa ceritanya kihkih...

Inilah kisah 1st time masuk mydin big mall yang baru dibuka pada 21/11/2014 haritu kiranya diri ini terlambat 2 hari dari tempoh pembukaannya. Ops ! orang lain panggil mydin gong badak tapi aku ni sesuka hati buat nama sdn bhd "mydin big mall" ii kerana yang ni lebih besar dari mydin mall kat bandar tuh kihkih...

scene 1: Masuk Mydin Big Mall...

Berjalan aku dengan ummi n my siblings...jalan punya jalan...kesian pulak ummi ikut rentak aku jekan sebab cari barang sikit so barang tak habis cari lagi aku pun ikut rentak ummi lagi kerana aku sayang ummi aku  of course xnak susahkan ummi lepas teman ummi shopping kejap aku pun minta izin nak cari barang jap then cakaplah kat ummi takpe ummi nanti along cari ummi. Ini kerana mataku disitu hah...

scene 2: Galeri buku...

Masuk je bahagian ni tertancaklah diri dekat bahagian novel...hihi..rambang mata banyak punya novel...cari punya cari yang diri ini nak mencari novel tu takde...tajuk?rahsia :) walau bagaimana pun memang nak cari jugak satu  novel nak buat peneman untuk perjalanan nanti :'( berpisah nge family eden...sob..sob..kentalkan jiwa :) oke ! apabila baca tajuk tu yang tu yang ni best hah ! fenomena tak tau nak pilih yang mana..lama punya lama duk situ kihkih mengalahkan time pilih baju dapat jugak 2 novel ni menjadi milikku


dan


Ni pun terpaksa lepas tajuk2 yang best ambik yang mana lagi bestlah konongnya^^ nak beli satu jadi dua kihkih nilah "Nadhirah Sakinah"...tetiba an teringat balik apa kayng bestieku cakap kat kedai buku MPH my favourite shop tuuuu :)

Jid: Nadiy, nanti awak kene cari husband yang minat bukulah.

Me: Larh, kenapa pulak?

Jid: Yelah awakkan hantu buku, nanti bolehlah dia teman awak pergi kedai buku n shopping buku dan taklah boring dia teman awak carik buku.

Me: Hahahahahaha ~ketawa sampai nak nagis~ lorrr acmtu pulak ye??hahahaha...xnaklah! nak ajak jid jugak..jid kan layan kerenah saya :")

*Jid seorang sahabat yang bagaikan mak dah...ni telinga nim selalulah dengar dia bleber tu pun sebab diri ada satu perangai yang boleh merisaukan bagi orang yang tak biasa iaitu "berani jalan sengsorang" jid paling pantang tengok kawan2 dia jalan sengsorang sebab dia tak berani jalan sengsorang tapi aku berani mungkin sebab terbawa2 sikap duk terangganu nih..kalau nak mencari barang aku sendiri or nak buat urusan aku sendiri abi n ummi memang lepaskan saja diri ini sebab abi ummi dah kenal sangat anak dia nim...alasan yang aku selalu kasi "alaa jid dah biasa dah jalan sengsorang nim" dia comfirm balas balik "tu kat ganu cik adeq oiyk..ni key el" n seperti biasa comfirmku jawab balik "laaarrh saya dah biasa balik rumah pak cik saya sesorang@ alah jid kedai dekat je awak duk sini dulu pilih barang awak, saya nak gi kedai depan tu aje" dan yang pasti jawapan cik jid "TAK BOLEH!" hihi..inilah bestieku ;)

Scene 3: Meneruskan misi...

Oke dah 2 tu okelah tu terlebih dari sasaran dah..heee..meneruskan misi mencari barang almaklum tempat baru kita terpaksa mencari2lah..lepas siap mencari this time mencari ummi or abi tapi tak jumpa2..haha nilah aku!

Scene 4: Alamak !

Hah, nilah kemuncak entry "alamak !"..tengah2 mencari telefon berdering menjerit suh diangkatnya panggilan itu...image abi tersenyum terpapar..hihi abi call..

Abi: along kat mana tu?

Me: along cari barang.

Abi: abi ummi dah kat luar dah nim, kenapa tak duk sama nge ummi kat kaunter bayaran?

Me: hihi along cari barang jap tadi...

Abi: oke2..nanti along cari kat kedai perfume kalu takde pergi kat kereta...bayar guna duit along dulu nanti abi bayar balik duit along.

Me: hihi orait abi.. :)

#abi & ummi dah tau sangat aku camne..nilah perangai aku..and actionku kat kedai buku pun abi ummi dah kenal sangat dah..hihi

My family n My Bestie memang dah masak nge perangai nim..hihi tapi sebelum tak delah sampai terkene alamak !..ni kerana terlajak ralik nge barisan novel2 hihihi...

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal...
Astagfirullah Hal Azim...

#puteripurut
#hatiku sakit ! rawat ! tabah ! senyum !

Salam Sayang Buat Pembaca
Don't say goodbye to smile oke bebeh? :)
Wassalam...

Sunday, November 9, 2014

Natijah Sem II

In The Name Of Allah The Most Merciful And The Most Gracious
Peace Be Upon To All My Readers

Tenang...tenang...

Senyum...senyum...

Stay strong...

Keep calm...

Boboy sem II,,,Welcome sem III

Fuhh....
Sapu dedebu hahabuk dulu...

Now, tinggal lagi 2 minggu masa berbaki berada disyurga dunia nim..
HariII ku lalui dengan gembira dengan ketenangan Alhamdulillah :)

8/11/2014
Mood kemurungan
Mood futur
Mood kesedihan melanda diri...

Tanggal natijah|result|keputusan student KUIS
Itulah tanggal yang mana ada yang happy ada yang sedih...

Aku!!!
Rebah saat mengetahuai natijah sem II
Natijah aku walau tak sampai target namun tidaklah teruk tidaklah down like sem I cuma aku terkejut dengan markah 1 subjek yang aku score A+ tak A + pun A sahaja dah memadai ~bukan syok sorang~ cuma kita tau apa yang kita usahakan.
Tapi apa yang dapat markah tak masuk akal!
Ini bukan bermakna aku tidak redha
Namun,
Prinsip diri ini jangan menyerah selagi tiada bukti untuk mengukuhkannya!

~tiba angin menyapa~
Sistem tak semestinya betul kan?
So sebagai mahasiswa kita kena bijak handle situasi cari solutionnya...

Nad...knp mark sbjk ni cmni?
Nadiy...sbjk tut..tut sy rendah!
Nadiy...mark subjek tu memang tak memuaskan hati!

~luahan sahabat handai~

Contact lec- tanya- rayu agar dicheck kembali- lec setuju- Alhamdulillah!

Kesilapan sistem bukan tak pernah terjadi...

#throwback...
((
SemI dulu punya happy dapat tau result, sampai lompat katil bak hang..sampai tak perasan ada satu subjek F (fail). Lepas kawan share dia punya result baru terperasan kenapa dia L (lulus) saya F. Tak puas hati! Contact lec berunding punya berunding rupanya ada kesilapan sistem. Akhirnya saya dapat hak saya yang sebenar cuma perlu ada tindakan. Jangan mudah menyerah! Alhamdulillah...

Untuk subjek tu...
Ku masih menghitung waktu menunggu respon lec...
Moga ada khabar gembira menyusuli...
Tawakkal 'ala Allah..

Disebalik tabir ujian ini...

Allah sayangkan aku sebab tu Allah ujiku supaya
Aku kuat!
Aku tabah!
Aku sabar!
Aku bijak handle keadaan!
Aku matang! ~nak genap 19 dah kan~

Setiap ujian mengandungi hikmah :)

Sahabat handaiku....

Bukan aku tak merasai kegagalan...
Bukan aku tak merasai futur...
Bukan aku tak merasai kesedihan...
Bukan aku tak merasa putus asa...
Bukan aku tak merasa jerit payah...
Bukan aku tak merasa kepenatan...
Bukan aku tak merasa tension...
Bukan aku tak merasa pahit kelam...
Kita samaII merasa...

Katakan TIDAK!!
TIDAK give up!!!
TIDAK menyerah!!!
TIDAK pindah!!!
TIDAK tukar!!!

Katakan TIDAK pada negative!
Katakan YA pada positive!

YA kita kuat!
YA kita tabah!
YA kita sabar!
YA kita pejuang ilmu!
YA kita pemilik kejayaan!


Berjanjilah kita akan berpegangan tangan menuju kejayaan dari sem 1 - sem6!!
Berjanjilah samaII kita meraih kejayaan!!
Berjanjilah kita sama bergraduasi 23 orang!!
Berjanjilah kita akan samaII bersuka duka!!
Berjanjilah kita akan menggengam segulung sijil diploma bersamaII dibumi KUIS!!
Berjanjilah sahabat...

Sungguh diri ini perlukan kalian semua berada disampingku...
Kita sama melangkah...
Berpimpingan tangan...
Berkongsi bahu...
SamaII berjaga malam...
SamaII kita berkongsi ilmu...
SamaII kita menuntut ilmu...
SamaII kita hadapi ranjau hidup ini!!!

Berjanjilah sahabatku...
Jangan pernah terdetik dihati kalian untuk meninggalkan diri ini...
Berjanjilah...

Sahabat!!!
Suntikkan diri kalian bahawa "kegagalan adalah permulaan kejayaan kita! gagal sekali tak bermakna kita harus menyerah! stay strong! never give up! kita pejuang agama dan kita perlukan ilmu untuk memartabkan agama kita! sungguh bidang kita merupakan harapan ummah! SamaIIlah kita melangkah saling menjadi tongkat penguat sesama kita dalam menuju Redha Ilahi...

Sahabat bukan wujud tika saat senang...
Sahabat wujud saat kritikal jua!!!

Menuntut ilmu kerana Allah bukan kerana pointer!!!
Believe yourself!
Sungguh aku sayang kalian kerana Allah
Kita permata agama!!!

Sincerely: sahabatmu~~~
               








Thursday, September 25, 2014

L. B. I

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful

Assalamualaikum :)

tik...tuk...tik...tuk...

Acc, dah lama tak menconteng diari maya ni jadikan tak tau nak tulis hape nim...

Mungkin...mungkin...mungkin....

Ceritera tentang salah satu projek terbesar untuk sem ini dijadikan topik kali ini.

Yeah...

L.B.I : Latihan Bina Insan

Sem 2 Sesi I 2014/15 adalah pembuka untuk subjek ini  jadinya tahun kteorang lah pemula untuk subjek MQA ini.

Mencabar?
Memeningkan?
Meletihkan?

Semua ada untuk subjek ini...

Bayangkan kami kene merancang 1 program yang memberi kesan kepada kami dan kepada orang luar. Pergh,,,bukan senang nak habaq kat hangpa..

Duit?

Hah, ini aspek utama yang mencabar...kami dilatih untuk mencari duit program sendiri tanpa ada support daripada pihak KUIS sendiri.

Memang betul-betul melatih...

Sem 1...kamain kami berhoneymoon...

Nah, sem 2...bagaikan hidup tak hidup...

Air Mata?

Ops tak payah habaq...

Mengalir bah untuk subjek ini...

Tapi inilah pengalaman yang paling mahal untuk sem 2 ini sebabnya saya "budak perempuan"  diberi kepercayaan untuk menjadi seorang pengarah sedangkan "budak lelaki" wujud. Namun, sapelah diri seorang pengarah tanpa pembantu-pembantu yang hebat :)

Yeah, jazakallah khairal jaza' my buddies...korangkan semua sempoi...walaupun kita berlainan kos tapi kita ngam..ngam..

Tapikan...jutaan terima kasih kepada timb. pengarah "shauqie"   dengan handle meeting dan banyaklah. Serious, bukan senang nak handle sebuah meeting besar...belajar..belajar..dan terus belajar....laki n perempuan..beb!!!saya bercakap dyeorg diam aje membisu....alahai...

>shauqie-shahrul-nazim-k.fiqah-qisha-mira-caca-aiman-mi<

Koranglah yang banyak berjasa n support...thanks guys..

Tapi yang banyak dengar  kata hati diri ini...k.fiqah-shahrul-shauqie-aiman...thanks sebab memahami, backup saya, tolong saya untuk menjayakan projek kita ini..

Shahrul...
Thanks sudi membantu..besar jasa kau..pencari sponser utama untuk projek ini..Alhamdulillah dapat kumpulkan sebanyak 6500K... sabau je kan dengar bicara aku time aku membakar dengan pihak atasan..HaHa..ingat balik time tu aku rasa macam kau tu dah kenal lama dengan aku..iyelah..aku baru tanya beberapa soalan kau terus call tanya apa terjadikan?time air mata ni mengalir bah...tak tahan dengan apa pihak atasan lakukan dekat kita...kau dengar apa aku kata kau pulak yang ambik aura panas...aku pulak yang boleh tergelak...habis program..baru kau cakap sebenarnya kau pemalu giler dengan perempuan..nasiblah dengan aku, kau boleh ngam kan?Alhamdulillah

Untuk k.fiqah, aiman n shauqie,..
Aku tak mampu nak bercerita jasa korang memang bapak besar...

Semua aku nak ucapkan terimas^^
Kerjasama dan jasa baik korang memang aku tak mampu balas...
Tapi..
Koranglah aset utama dalam menjayakan program kita nim :)

Erh..erh...erh...

Apa projek kteorg?

Projek: berprogram bersama warga emas

Nama Program: Beraya bersama warga emas al-fikrah, kajang.

Tarikh: 10/08/2014

Tempat: Al-Fikrah Kajang

Tema: Mesra kasih bersama warga emas

Panitia Program: 21 orang



Itulah serba sedikit pengenalan program kami group 2^^

Terimas kepada penaja2 program kami...
Terimas kepada warga Al-Fikrah...
Terimas kepada penasihat kami "ustaz Ahmad Nazeer Bin Zainal Arifin"
Terimas pada ahli group 2
Terimas pada abi n ummi serta family saya yang banyak suntik semangat
Terimas pada murobbi tercintas
Terimas pada p.a2 Adun Kajang
Terimas pada semua yang bagi sokongan, dorongan serta pengalaman baru kepada kami..

Jazakallah Khairal Jaza'

Semua ini tak berlaku tanpa izin Ilahi
Alhamdulillah Wa Syukrulillah Ya Robbi...

Untuk mark subjek ini..hanya tawakkal pada Ilahi..
Kami sudah buat yang terbaik sedaya yang kami mampu...

:) :) :)

Ending this story with selfie :)


kenangan bersama tetamu jemputan kami
dato azizah

#rindupakcikanwar :')


Thursday, June 5, 2014

Aku Gadis Biasa Tapi......

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful
Peace Be Upon To You All My Readers^^
Kaifa Halukum?
In Shaa Allah Bil khair :)

Aku gadis biasa...


Seorang yang berusaha mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-NYA
Seorang yang berusaha menutup aurat mengikut syariat Islam
Seorang yang berusaha menjadi anak yang menurut perintah abi dan ummi
Seorang yang berusaha menjadi gadis solehah
In Shaa Allah....
Tapi aku bukan seorang niqobis....

Soalan: Ustaz, kenapa nak isteri pakai purdah?

Jawapan: Waktu saya kahwin nanti, masa saya bayar mas kahwin, ada tak sesiapa ajak saya share bayar mas kahwin sama-sama? Saya rasa takde. Saya sorang je yang akan tebalkan muka bila nak jumpa ayah perempuan tu masa merisik, keluar duit minyak kereta nak pergi merisik pun saya. Jadi kenapa saya perlu share muka dan kecantikkan isteri saya pada lelaki lain? Sebab saya sorang je yang keluar modal. Lagipun isteri saya mahal, bukan murah. Takkan nak biarkan milik saya ditatapi lelaki lain dengan selamba je?  Saya bukan dayus!

:(

Walau saat saya baca kisah ni betapa banyaknya soalan yang nak saya timbulkan namun pelan-pelan saya cuba mencerna jawapan ustaz tu. Yer, setiap orang berbeza penilaian dan persepsi mereka. Be profesional :)

Pedih??? Pasti!!!



Murah ke aku???

Tetiba ingatan melayan ke negeri kelantan destinasi aku mengembara untuk cuti sem kali ni....
Tergiyang-giyang suara seorang ustaz yang mana ceritanya sentiasa mencemberutkan muka aku tapi endingnya membuatkan aku tersenyum ada chance!!!in shaa Allah!!!
Ustaz Yaa....
Ceritanya selalu berkisarkan bidadari syurga...
Aku suka walau cemburu tahap plus..plus...!!!
Bayangkan haruman bidadari syurga....subhanallah
Sekali mereka tersenyum menampakkan gigi, cahayanya bersinar-sinar mengalahkan sang mentari...Allahu Akhbar
Bab kata ustaz, orang lelaki kalau dengar cerita bidadari syurga memang meneleh air liur tak kahwin kat dunia pun takpe...tapi ustaz cakap “aku kahwin jugak”^^
Namun last cerita....
Bidadari syurga mencemburui bidadari dunia yang memasuki syurga^^
Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati ustaz...Aamiin...

Nah, disini aku menyuntik semangat...
Syarat untuk menjadi bidadari dunia...
Kene pakai niqob ke?
Aku tersenyum^^
Alhamdulillah Ya Allah...

Namun, ingin aku tegaskan!!!
Aku bukan anti niqobis!!!

Malah, aku respect dekat niqobis!!!
Tabik spring....
Sebab mereka muslimah yang tertutup indah bahkan teramat special buat bakal si suaminya kerana mereka akan memiliki seorang yang kecantikkan teramat special...
Pakaian isteri nabi tu pasti mempunyai berjuta-juta kelebihannya...
Niqobis ni teramat special dan kuat!!!
Bukan senang tau nak istiqomah dan bersabar tau...
Senang cita, aku labelkan niqobis memang kental!!!
Nak tau kenapa?
Korang pakailah...
Baru tau...

So, kenapa aku tak pakai?
Takde orang suruh ke?
Ramai kaum adam suruh termasuk abi tercinta begitu juga kaum hawa...
Kata nak jadi anak yang menurut perintah abi?
In shaa Allah...
Namun, soal ini aku boleh berunding dan abi aku menerimanya.

Belum darurat untuk aku memakainya bahkan pakaian wajib aku masih cuba dan terus cuba...
Terus terang aku cakap aku teramat pandang tinggi pada mereka yang niqobis dan sejujurnya aku tak layak untuk memakainya...

Aku seorang gadis yang update...
Aku seorang gadis yang stylo...
Aku seorang gadis yang warna warni...
Namun, berlandaskan syariat!!!

Tapi aku tak suka tengok niqobis yang gaya bagai bagi aku itu niqob pakaian banyak punya mulia so aku tak rasa diri aku layak!!!walau ikut syariat tapi untuk niqobis aku lebih suka melihat mereka yang bersahaja^^bergaya sikit-sikit tu aku boleh terima dah memang fitrah wanita suka bergaya...

Ops, itu pandangan gua!!!

Sebab aku nak pelihara pakaian isteri nabi tu walau aku tak memakainya^^
Tapi ingin aku suarakan...

Bukan hanya niqobis sahaja yang mahal!!!

Ops,,,,
Pandangan Ilahi dengan pandangan manusia....
Mana yang lebih penting???
Sendiri tau jawab...
Okes Nadhirah^^


hadoy panas jugak telinga tetiba bahasakan aku**sorry~~~

Sunday, June 1, 2014

Disebalik Titisan Jernih Tersirat Ketenangan

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful
Peace Be Upon To All My Readers^^

Alhamdulillah Ya Allah hari ni masih dikurniakan nafas untuk bernyawa dan kesempurnaan anggota badan :)
Sungguh hari ini aku merasai suatu ketenangan yang sukar digambarkan apatah lagi untuk ditafsirkan...
So jangan hairan kalau diri ni asyik tersenyum meleret je^^
Kenapa???

Asbabnya lepas puas mengalirkan cecair jernih dari mata yang Allah kurniakan ini..hehe
Erh...Erh...
Bukan Menangis itu tanda orang tu lemah ke???
Aik, siapa cakap?
Dulu diriku sendiri pun berfikir macam tu orang yang menangis ni orang yang lemah lembik kecuali orang yang mengalirkan air mata kerana bermunajat pada yang Esa...
Ternyata silap tafsiranku itu!!!

Sungguh air mata itu mengalirkan ketenangan....
Betapa takjubnya rasa, dapat mengalirkan air mata gara-gara.......
Ini kerana diriku seorang yang susah untuk mengalirkan air mata bukan kerana ego tapi kekeringan air mata mungkin hihi almaklum time kecik ummi cakap aku kuat menangis bila besar jadi kekeringan pulak...
Seriously memang disepertiga malam betapa inginnnya diriku untuk menangis namun tak mampu jua padahal dosa menggunung tinggi...astagfirullah hal azim...

Namun, alhamdulillah....
Semalam punya cerita....
Air mata itu mengalir that means air mata tu masih wujud pada diriku..
Ini gara-gara layan buku punya pasal nasiblah buku islamik terhenjut-henjut bahu dibuatnya...
Teddy bearku yang menjadi mangsa tempat curahan titisan jernih itu..
Malu kalau adik2ku nampak...ngeh..ngeh..
Terus air mata tu dimanfaatkan untuk memikirkan dosa yang menggunung tinggi...Allahu Robbi...

Setelah melayan air bah tu....
Terasa aliran ketenangan mengalir dalam setiap saluran darahku...
Betapa rindunya aku pada ketenangan itu rasanya tak mau lepaskan saat itu...
Sehinggalah terbuai ke alam mimpi...
Aku melepaskan jua perasaan itu...
Alhamdulillah Ya Allah...
Persepsiku telah berubah...
Air mata bukan tanda seorang yang lemah tapi dari air mata itulah dia akan mendapat secebis kekuatan dan dengan kekuatan itulah dia bangkit...
Bangkit menjadi seorang yang luar biasa kerana telah berjaya keluar daripada kejatuhan/ kecewaan/ kesedihan....

So...
Lepas ni kalau ada orang menangis depan diriku...
Aku tak nak pujuk tapi nak biarkan ia reda dengan sendiri...
Kerana aku mula belajar...
Disebalik titisan itu...
Ada ketenangan dan kekuatan...

Terima Kasih Ya Allah....
Wassalam

Tuesday, May 6, 2014

Natijah Perjuangan Sem 1 :)

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful
Peace Be Upon To All My Readers

"MUQODDIMAH" menentukan "NATIJAH"

Ini salah satu kata-kata yang saya keep in my principle!!!

Genggam kata-kata tu sampai jadi bara...YES!!!

"Nadiy, awak dapat berapa?"
"Nad, result kau berapa?"
"Cik Sakinah, result camne?"
"Along dapat berapa result?"

Kau mesti dekan ni...

Dekan?dean list??3.75???haha...diriku sendiri pun mau nak gelak dengan celoteh sahabat2ku terutamanya budak course sendiri...untuk ke tahap tu diriku perlu struggle lagi bab kata Yoh Dee kene push lagi tapi result for sem 1 dah cukup makan tu...Alhamdulillah..Allah bagi atas apa yang kita usahakan... :)


Erh nadiy....ilmu bukan pada pointer jo!!!Yes, betul ilmu bukan pada pointer guys....tapi bagi diriku...pointer itu memberi semangat lagi untuk fight lagi..."semakin tinggi ilmu kita, kita akan rasa betapa jahilnya kita"...yuppa!!!bagi diriku sendiri ilmu yang ada belum cukup lagi...diriku harus mengali lagi...dan...dengan pointer tulah akan membuatkan diriku untuk push..push..push lagi diri ini untuk terus maju melangkah dengan izin Ilahi^^

Anyway...thanks to all my family and my friends atas ucapan tahniah yang diberikan doakan diri ini akan terus mara untuk berjihad menuntut ilmu dijalan yang diredhai Allah..

For all my friends....
Congratulations atas kejayaan kamu semua....ingat perjalanan kita masih panjang...jom kita struggle lagi untuk sem akan datang..you all like my siblings...dan apa yang saya tahu budak-budak syariah's jo memang terbaik result sorang2 memang gempak!!!daebak lah korang.....kejayaan adalah milik kita semua!!!

Alhamdulillah wasyukrulillah....
Natijah untuk sem 1 tidak menghampakan semua ini adalah dengan kuasa Sang Khaliq...
Abi & Ummi....
Mudahan-mudahan kejayaan yang dirangkul oleh anakmu yang baru belajar ini membahagiakan hati kalian...

08/06/2014...
Sem 2 dah melambai2....
Syariah's jo jumpe korang di sem 2 nanti....
Hopefully bilangan kita tidak berkurang....
Uhibbukum fillah.......
Wassalam...

[falah...rahimy...faiz...amir...a.i...acap mar...amirul...syamil...ammar...hakim...asryraf wardi...saiful...pali...shauqie...k.syera...k.fiqah...k.syu...ain...jihan...hanis...hanum...syahira...nadhilah...nad]

Thursday, February 20, 2014

Shup.....Saya Nak Baca Entry Ni^^


In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful^^

Peace Be Upon To All My Readers:)

Apa Khabar?

Mudah-mudahan sihat wal afiat yer :)

Lama tak usha blog2 yang saya follow....

Jenguk...jenguk....jenguk....

Mata melilau....tangan terus mengklik....

Bibir terus tersenyum membaca entry ukhti ni sorang,

So???

Shup....

Jom kita baca sama-sama :)


Tatas...
Ila Liqa'...
Wassalam^^


Thursday, February 13, 2014

I WANT TO BE A DOCTOR

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful :)

Peace Be Upon To All My Readers^^

Hyep Guys^^

How Are You Today?

Sudah tersenyumkah anda pada hari ini?

Jika "YA" alhamdulillah...

Jika "TIDAK" please give to me your smile ;)

>>Thank you...i love you because Allah^^

Nadhirah...

>>"What do you want to be?"

Soalan yang nampak ringkas bila ditanyakan?

Iyep nampak ringkas bagi orang yang berfikiran biasa namun bagi orang yang "think out of box" tidak akan memandang remeh dengan soalan ini. Soalan yang telah ditanya oleh seorang lecturer kepada saya dan saya tahu saya tidak boleh memandang rendah pada soalan ini. Jika ada jawapan pasti mesti asbabnya. So, saya jawab dengan jawapan yang sukar ditafsir tapi nampaknya lecturer itu tak mudah melepaskan soalannya dijawab dengan cara begitu. Akhirnya, dalam paksa + rela soalan tersebut dijawab dengan sedetailnya. Itu diriku...

Selepas dijelaskan jawapan saya, asbabnya....

>>Mahukah ana simpulkan semua jawapan enti menjadi satu jawapan yang ringkas, namun maknanya sangat mendalam dan perlu disyarahkan?

Of courselah saya nakkan...siapalah tak nak bila ada orang nak konklusi perkara yang berkaitan dengan kita sendiri.

>>You need to say:
I Want To Be A Doctor

Huraiannya:

1) Doktor yang dimaksudkan ialah perawat rohani manusia...Ustazah ataupun apa-apa...Namakan sahaja...Orang yang nak rawat orang dia perlu sihat dan kuat dahulu...Sebaik-baik tarbiyyah/pembentukan ialah dari Allah...Maka dia akan bersabar atas setiap cubaan lalu ia jadi yang terbaik...Seperti sabda Nabi S.A.W: ادبني ربي فاحسن تاديبي

2) Orang yang bawa orang lain kepada kebaikkan dengan ikhlas dia pasti dapat ketenangan dan ganjaran dunia akhirat. Maka dia telah berjaya.

3) Nak capai tahap yang dia inginkan tadi dia mungkin perlu cemerlang dalam akademik menurut istilah sekarang dengan ada "PHD" dia dipanggil doctor.

Nak???

Soalan cepu mas dari sang murobbi....:)

Of Course Nak...."I WANT TO BE A DOCTOR"

>>I will always make dua and support you and don't forget to make dua for me too...

Alhamdulillah....

Tatkala sedang berbicara soal ni, sedar tak sedar diri saya sedang hadapi sedikit ujian time tu...inilah peniup semangat dari sang murobbi kepada anak muridnya walau pada awalnya saya dileteri oleh sang murobbi ini kerana menipu diri saya sendiri dengan mengatakan "i'm fine"...

Kata-kata ummi sentiasa dibenak fikiran "along tak boleh lari dari masalah, along kene hadapinya"

Bab kata lecturer saya: "i know you are strong"

Melalui  TELEGRAM i say IN SHAA ALLAH!!!

Melepasi saat itu, saya katakan pada diri saya "I WANT TO BE A DOCTOR"

Jazakallah khairan jaza' ya ustaz...
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu wahai sang murobbiku...

Alhamdulillah Ya Allah...

Engkau tidak membiarkan hambaMu terus rebah dalam menghadapi secebis ujian yang berlaku itu....

Astagfirullah hal azim...
Astagfirullah hal azim...
Astagfirullah hal azim...

Ku tinggalkan titipan kali ini dengan iringan sebuah senyuman pada kalian...
Fi barokatillah....^^

Wassalam....


Friday, January 17, 2014

Bukankah Di Sebalik Kesulitan Akan Ada Kesenangan?

Imbas Kembali....

Subhanallah osem sekali burung ini

Hujan...
Yep hujan & keadaan burung itu adalah gambaran keadaan diriku & sahabatku semalam. Basah kuyup. Jasa seorang sahabat pasti tidak akan dilupakan. Bukan senang nak cari sahabat yang berada di sisi kita saat susah & senangkan?Di saat panas mentari membaham & di saat hujan membasahi bumi. Alhamdulillah Ya Allah dikurniakan sahabat yang saling bantu membantu tidak kira apa jua keadaan.

Kata-kata UMMI YANG TERCINTA ketika diri ini berada dalam keadaan yang tak tahu nak buat apa & macam mana untuk menyelesaikannya. Peluang dah ada dihadapan mata. Dalam erti kata yang sebenar 'buntu'.Yup, dalam keadaan buntu!!!

"along tak boleh lari dari masalah, along kene hadapi masalah tu"
Yer!!!
Saya kene hadapi masalah tu walau sukar & getir macam mana sekali pun. Bukankah disebalik kesusahan pasti akan mengiringinya kesenangan?Bukankah itu janji Yang Maha Berkuasa?Naam janji Allah itu pasti!!!

Kekerasan pasti akan kalah dengan kelembutan & kesungguhan seorang anak. Untuk mendapat keredhaan seorang ABI saya harus berjuang. Destinasi yang dipilih untuk sambung belajar adalah negeri SELANGOR abi tak berapa setuju disebabkan anasir-anasir buruk yang diperkatakan oleh manusia yang hanya mendengar khabar angin. Jelas, diriku harus berusaha mengali kepercayaan seorang abi.

Ummi setuju je diriku menyambung pelajaran di sana tapi abi...Selangor tu jauh...sosial...kalau sambung di Kelantan abi boleh selalu jengukkan...itu yang diperkatakan abi, abi berusaha memujuk diriku untuk menyambung pelajaran di KELANTAN. Namun bukan diriku tidak ingin mengikut kata abi tapi diriku seolah-olah tidak boleh bertoleransi untuk menjejakkan kaki di Kelantan. Cuba memujuk diri sendiri tapi sahabatku yang sekarang ini pun belajar di negeri Kelantan di tempat yang disarankan abi pun tidak beberapa senang di sana. Macam mana nak pujuk diri sendiri ke sana?
Ya Allah...

Hari demi hari berlalu, bertanya pendapat Ayah Dee Syam diperlukan. Katanya, sistem belajar sama sahaja cuma di Kelantan pensyarahnya lebih okey daripada Selangor tapi sama sahaja lebih sikit je. Selangor lebih luas kawasannya dari Kelantan & kalau dari segi kegiatan..event tu Selangor is better. Fikir + Zikir. Seusai berbicara dengan uncle yang disegani. Tersemat dalam hati "AKU NAK JADI SEPERTI P.SAUDARAKU INI MENGIKUT LANGKAH M.SAUDARAKU!!! "

Ummi...tempat diriku mengaju pendapat, meluahkan perasaan & bertanya pendapat. Abi...tak akanku sisihkan. Yang Maha Esa...tempat diluahkan segala rasa, memohon pertolongan, memohon kekuatan & kesabaran, memohon petunjuk untuk mengapai mardhotillah & memohon untuk dipermudahkan segala-galanya. Al-Quran...ditatap lama, dipeluk dengan eratnya, dibaca dengan tenang, memahami 1 per 1 maksud ayat. Getaran di sanubari jelas terasa. Tak dilupakan p.saudara & m.saudaraku yang banyak membantu, memberikan pendapat, mereka juga tempat diriku berkongsi masalah.

"Ridho Allah Fi Ridho Walidaian"
Ini yang diutamakan yang didahulukan. Sejauh mana diriku melangkah dengan niat yang murni tapi tanpa redho walidaian diriku juga tidak akan mendapat redho dari Sang Khaliq. Nauzubillah...

Tahniah Nadhirah Sakinah Binti Sidik. Anda mendapat tawaran untuk menyambung di (XXXX).
Alhamdulillah, diriku berkongsi kegembiraan dengan ummi. Abi belum pulang dari tempat kerja. Setibanya abi ke rumah, diriku mengkhabarkan berita itu sememangnya waktu ini abi sudah mengizinkan untuk sambung belajar di negeri Selangor. Dengan izin Allah...Alhamdulillah...

Abi izinkan along belajar Selangor tapi abi tak setuju kos yang along ambik. Allahu Robbi....tarik nafas dalam-dalam...Allahu Akhbar...Bukankah dengan solat & bacaan Al-Quran itu dapat mendamaikan jiwa yang resah?

Di mana ada KEMAHUAN...Di situ ada jalan PENYELESAIAN
Bertanya pandangan P.AKI diriku semakin yakin abi nak kan yang terbaik buat anaknya. Pandangan abi tak akan ku sisihkan redhomu ku dambakan wahai sang abi. Susah mahupun payah akan ku tempuh, nekad!!!Sekali lagi bantuan Ayah Dee Syam & Cik Dee Pae diperlukan...Doa dipanjatkan kepada Sang Pencipta...Alhamdulillah pihak (XXXX) memberi keizinan untukku menukarkan kos setelah melihat syaratku cukup dengan bantuan ke'2 insan tadi. Bukan senang nak tukar kos kene buat surat, surat tu kene faks & kene pos laju. Tindakan secepat mungkin. Alhamdulillah Ya Allah...Diriku tak terkapai-kapai, Ayah Dee Syam tolong buat surat untuk diriku dan P.Aki tolong fakskan surat tersebut. Alam maya Mr. Facebook & Mr. Yahoo digunakan.

Tugas yang tinggal pos laju, tanpa berlengah motor Wave 100 hadiah daripada abi di panaskan enjinnya. Segala surat di printkan. Rangkaian SMS penghubung diriku dengan seorang sahabat digunakan. Alhamdulillah Allah memudahkan kerjaku. Sahabatku free boleh di ajak untuk buat teman sepanjang perjalanan ke pejabat pos. Doa naik kendaraan diaminkan. Bismillah motor wave 100 yang dibawa membelah jalan dengan kelajuan 90 k/m. Laju ke?Biase je kan? Segala urusan berjalan lancar Alhamdulillah. Waktu pergi, saya sendiri yang bawak motor sebab nak kejar masa waktu pulang sahabat saya pulak yang bawa santai je dengan kelajuan 50 k/m agak-agaknya. 

Tiba...Tiba...
Hujan turun dengan lebat. Turun-turun je terus lebat. Kami buat keputusan untuk berhentikan perjalanan kami disebabkan tak nampak jalan. Habis basah kuyup kami berdua. Sepanjang menanti hujan reda kami bersembang habis semua bab kami kongsikan. Alhamdulillah hujan sudah reda. Perjalanan kami diterusakan sampai ke destinasi. Sampai di rumah denyutan di kepala menjadi-jadi mungkin disebabkan terkene air hujan. Sakit itu penghapus dosa. Pujuk Hati...

Benarlah kata Ummi...
Tak boleh lari dari masalah tapi kene hadapinya dengan bijak. Gunakan akal yang Allah anugerahkan. Seperti dalam keadaan di atas, kami tak dapat lari dari hujan kami kene meredahnya itu perancangan Allah ada makhluk yang memerlukan air hujan itu. Manusia pula macam kami kena cari idea macam mana tak nak bagi basah kuyup & pulang dengan selamat iaitu cari tempat berteduh. Disebalik waktu berteduh kami dapat merapatkan lagi ukhuwwah fillah. Bukankah itu satu nikmat?

Alhamdulillah Ya Allah Ya Karim...
Sekarang segala-galanya diserahkan kepada Pencipta. Tawakkal kepada Allah adalah kunci segala-galanya. Proses penukaran berjalan lancar tunggu keputusannya sahaja. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah...

"MAKA SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN(5)SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN(6)"

Yakinlah dengan firman Allah...Bersama Kesulitan Ada Kemudahan...2 kali ayat ini diulangkan di dalam surah Al-Insyirah menunjukkan bahawa di setiap kesulitan akan ada kesenangan...Bersangka baiklah dengan perancangan Sang Kholiq...Setiap ujian pasti berbalut hikmah yang tersembunyi...Benarlah,,,Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan...Banyak Yang Dapat Di Pelajari Daripada Semua Ujian Ini. Jadi jangan pernah berputus asa itu bukan sifat orang Islam tau? Always Think Positive!!!

...Ya Allah Rahmatilah Insan-Insan Yang Telah Membantuku Untuk Berjihad Di JalanMu Ya Allah...

*pesan untuk diri sendiri & sahabat sekalian...

sejauh mana pun kita melangkah utamakan redha kedua ibu bapa kita kerana di situ terletaknya redha sang pencipta...apa guna kita belajar tinggi2,  jauh sekali mana pun & berjaya dengan cemerlang terbilang tanpa keredhaan Allah & ke'2 ibu bapa?pasti tiada ketenangan yang dapat dimiliki dalam kehidupan...syurga itulah impian semua makhluk...tanpa redha Allah bagaimanakah kita nak menjejakkan kaki ke syurga?sayangilah ke'2 insan yang banyak berjasa ini, hormatilah keputusan mereka jika kita tidak setuju pandailah2 mencari inisentif sendiri untuk memujuk mereka...Mak ayah mana tak sayang anak kan?

Kejayaan dunia akhiratku pohon padaMu Ya Allah...

Astagfirullah hal azim3x...
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad3x...
Inilah simpang siur perjalanan diriku...
Wassalam






I'm In Love With KUIS

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful :)

Praise Be Upon To All My Readers^^

Yeah i'm in love with KUIS...

KUIS >> Kolej Untuk Isteri Solehah ke???

Hihi in shaa Allah sebab tu i'm in love with Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor >>KUIS<<

20/11/2013

Alhamdulillah, ini adalah tarikh keramat yang telah mengubah title ku sebagai -> mahasiswa <-

Yep mahasiswa KUIS!!!

Saya bangga menjadi mahasiswa KUIS...

Kenapa?

Kerana bagi saya KUIS adalah sebuah taman yang cukup berseri dan indah serta sarat dengan ilmu.

Lecturer : Kenapa enti pilih KUIS?

Saya: KUIS adalah pilihan kedua saya kerana bla....bla...bla...(panjang pulak cerita macam dah lama kenal) dan ia adalah cadangan dari sahabat saya and the most important saya minat travel sebab itu saya pilih KUIS jauh dari negeri asal saya.

Lecturer: Bagus enti minat travel suatu yang interasting dan jangan menyesal kerana memilih KUIS percayalah apa yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya.

Saya: Yep in shaa Allah ^^

Betul apa yang diperkatakan oleh lecturer Bahasa Arab saya yang membesar di Mekah selama 20 tahun. Jangan risau lecturer kali pertama saya menjejaki KUIS saya terus jatuh cinta dengan suasananya tanpa perlu kepada perkenalan. Bab kata orang >>cinta pandang pertama<< yang telah memukau mata saya.

Tak Kenal Maka Bertaaruflah...

So selama satu minggu yang pertama, saya bertaaruf dengan KUIS dengan bantuan senior-senior disana, panitia program Taaruf Week dan lecturer KUIS yang sangat baik hati serta prihatin melayan kami budak sem 1 seolah-olah kami adalah anak mereka atau adik mereka sendiri. KUIS so special in my heart.

>_< Cinta yang berputik semakin berbunga-bunga untuk KUIS...

Hatiku bermonolog...

"dan DIA-lah jua Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" surah al-lukman^^

Praise Be To Allah kerana telah menjadikan SAYA SEBAGAI MAHASISWA KUIS~~

Allah bagi yang kita perlu bukan apa yang kita mahu^^

Tepat sekali!!!

Di sini >KUIS< ada apa yang saya perlukan cuma sekarang terpulang kepada saya bagaimana cara untuk menggunakannya dengan sebaiknya. :)

Jom kelih >>KUIS<<

Tasik^^ (tempat berjoging di hujung minggu tatkala rajin melanda)


Masjid Al-Azhar^^(tak dapat kat Mesir pun kat Malaysia ada)


Hostel ^^ (rumah ke'2)* yang kiri hostel siswa, yang kanan hostel siswi

 Hostel siswi^^

Kembara Ilmu Di sini....




Pusat Konvensyen KUIS (PKK)^^


Pemandangan KUIS dari parcel 9 aras 9 ^^



Okey sampai di sini sahaja...
Next time jumpa lagi...
In Shaa Allah...
Wassalam.

Wednesday, January 15, 2014

I LOVE MY PARENTS^^

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful :)

Praise Be Upon To All My Readers^^

Apa khabar diri anda pada hari ini?
Apa khabar ayahnda anda pada hari ini?
Apa khabar bonda anda pada hari ini?

Mudah-mudahan anda, ayahnda dan bonda anda sihat sejahtera dan diberkati Allah sentiasa...Aamiin...

Ini kisah anak perantauan...
Jarak yang jauh dengan ayahnda dan bonda menyemarakkan rindu di hati. Mendalamkan lagi rasa kasih sayang, menghargai serta mengenangkan lagi jasa mereka yang memang tidak dapat dibalas.

Yeah itu salah satu asbab mengapa aku sendiri yang memilih untuk merantau bagi meneruskan jihad menuntut ilmu dan itulah apa yang ku rasa...suatu rasa yang tak dapat diungkapkan....

Tersentap dengan sebuah puisi dari group whatsapp Mujahidah Alam 0_0

Pesan Bonda Tentang Ayah...

Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Bonda..
Kerana, Cinta nya
dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Bonda hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta Bonda.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Bonda adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.


Allahu Robbi...
Sungguh terasa kesyahduan bila membacanya...




Aamiin...
Aamiin...
Aamiin Ya Rabbal Alamin....

Dengan serta merta terus di copy paste puisi ini dan terus di hantar ke whatsapp ayahnda tercinta^^dapat balasan dari abi :)


****My special daughter???
Of courselah^^hihi anak paling memeningkan kepala ni <<

Kata kawan satu kos...
Alaa sweetnya tapi dalam masa yang sama :( sedih......

Sungguh mereka tiada gantinya di dalam hati saya!!!
TIDAK seperti pepatah: "yang hilang berganti yang patah tumbuh kembali"
Mereka tiada ganti bagiku...

Satu masa nanti saya sendiri tidak pasti mampukah diriku untuk kehilangan mereka???
Nauzubillahiminzalik, saya nak pergi dulu sebelum perginya mereka....

Ila liqo'...
Wassalam....

*mood: fighting for assignment...







Tuesday, December 31, 2013

Sanah Hilwah Ya Rofiqoti :)

In The Name Of Allah The Gracious And The Most Merciful :)

Peace Be Upon To All My Readers^^

Praise Be To Allah...

Semalam "30/12/2013" telah genap usiaku 18 tahun menghirup udara di dunia ini. Seiring genapnya usia maka semakin hampirlah saat kematianku. Berlalunya hari tuaku semalam maka hari ini "31/12/2013" tarikh yang begitu istimewa kerana genaplah usia seorang rofiqohku 19 tahun yang In Shaa Allah tak akan dilupakan diingatan bahkan di hati.

SANAH HILWAH CHEQ NANIY^^

Sanah hilwah...Happy Birthday...Selamat Ulangtahun Kelahiran...

"SHARIFAH NUR HANANI BINTI SYED MOHD ABU BAKAR"

Khas untukmu Rofiqoh yang tercinta...

Keanggunan yang terpancar darimu... 
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah 
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa 
Laksana surga di dunia 

Keteguhan hatimu srikandi Umar...
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah 
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa 
Sejukmu menenteramkan jiwa 

Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga 
bak permata berharga 
berbinar indah dalam kesucian jiwa...
*asif, tahun ni tak dapat nak ucap face to face...tak dapat nak posto-posto...In Shaa Allah posto-posto akan dikumpul di setiap hujung tahun..nanti balik Malaysia baru di pos yer^^ balik cepat2 sikit nanti penuh laci teh dgn posto-posto yang tertangguh hihi gurau je chik...

Tak dinafikan memang diriku benar-benar merindui sahabatku ini^^ rindu nak dengar kata2 semangat darinya, rindu nak kongsi cerita, rindu nak bace msj loghat ganunya yang pekat (terkadang tak faham pun ada tapi buat2 faham je **), rindu nak dengar gelak ketawanya, rindu nak munaqosyah bersamanya, rindu nak berkongsi pandangan dengannya, rindu akan semua saat detik minit jam waktu yang telah berlalu yang banyak mengukir kisah manis dan pahit di sepanjang travelog kehidupanku ketika dia menemani...terasa bagaikan jiwa kami adalah satu walau mempunyai dua jasad yang berlainan. Sepanjang kisah hidupku sekarang, takde sorang pun yang aku jumpa yang dapat menggantikan dirinya...itulah specialnya dirimu rofiqohku dalam episod kehidupanku..1 dalam berjuta-juta orang^^

1 waktu yang diri ini betul-betul rindu dan ingin ianya berlaku lagi adalah........

"HAPPY BIRTHDAY TO 

  TEH NADIY, CHIK NANIY, 

  LONG HAWWA', NGAH HAJAR." 


Yep waktu ini!!!
Rindu segala kenangan yang telah terukir bersama mereka di bawah 1 perjuangan yang jitu. PPDQ suatu masa dahulu yang menjadi bait-bait huruf yang anti dalam hidupku SEKARANG ianya menjadi sebuah hadiah yang cukup berharga dalam diri ini. Rindukan semua insan yang bergelar K.LONG, K.NGAH, K.CHIK, K.TEH, K.LANG, K.YANG, K.YONG, K. ANDAK, K. DE, K. UCU, K. ANJE, K. ANJANG, K. UDE, K. DEQ, K.SA, KAK, KAKAK, K. ARE, K. TAM, K. WA & DEQ SUEY...tut,,, lagi 1 nama yang tak ingat ni kes special sikit hehe...

Memandangkan masa sedang berlalu, sebagai seorang mahasiswi saya nak menjalankan tugas saya GO TO CLASS :)...Ops entry sebelum cakap nak update time mid sem kan?tapi hari ni cakap tak serupa bikin pulak...sorry...ini punya hari special buat rofiqohku ianya juga special buat diriku...curi masa sikit untuk bagi hadiah berbentuk irama jari di atas keyboard buat rofiqohku.

Allahu yubarik fi hayatik ya ukhti hanani...
fi hifzillah...jaga diri baik2...semoga dihari kelahiranmu ini dan seiring dengan usia yang bertambah, iman semakin mantop ilmu semakin gempak maka dikaulah seorang permata berharga pewaris sultan Al-Fateh buat negara Malaysia yang menegakkan kebenaran dan membanteras kebatilan...menjadi penyejuk hati ayah dan ummimu...jadilah seorang hamba Allah bukan seorang hamba nafsu...menjadi seorang muslimah kental berjiwa solehah kerana dikau srikandi Umar bagi diriku...dikenali tapi tak mudah didekati, disayangi tapi tak mudah memberi hati.

Menyusun 10 jari maaf dipinta sepanjang mengharungi kisah ini dan kisah persahabatan kita andai tersalah mahupun terguris hatimu...bittaufiq wannajah chik...

In Shaa Allah, persahabatan ini akan terus utuh dengan bertambahnya kehadiran 2 orang insan yang berharga k.lang maiyah & k.yang aini
Mengharapkan pertemuan antara kita semua pasti akan terjadi suatu hari nanti...



Sanah Hilwah Ya Rofiqoti...
Salam sayang dan titipan rindu dari bumi Selangor, Malaysia diterbangkan ke bumi Mu'tah, Jordan...
Moga dirimu dalam rahmat Allah sentiasa...
Semoga kita berjumpa lagi...
Wassalam...