Kitab
Book
Buku
Mulakan kalam yg bisu ini dgn lafaz
SALAM SEJAHTERA
Entry kali ni bkn nak promosi buku, hanya nak berkongsi pandangan.
Korang ada Sahabat Yang Baik tak?
Mesti ada sebahagian akan jawab (ada) dan sebahagian yg lain ada yg akan jawab (tak de).
Sebenarnya bagi saya, Sahabat Yang Baik senang dicari Sahabat Yang Sejati sukar dicari. Betul tak?
Tapi kalau yang dah ada Sahabat Yang Sejati tu ALHAMDULILLAH.
Kenapa Sahabat Yang Baik senang dicari?
Pandangan sayalah, Sahabat Yang Baik memang mudah dicari. Cuma atas diri kita utk memilihnya. Dalam Facebook ramai je org yg kita blh anggap Sahabat Yang Baik. Nak dapat Sahabat Yang Baik, pandai-pandailah korang pilih kawan dlm FB tu. Selain tu, kitab, book, buku (bkn sama je ke?hahaha) blh jadi Sahabat Yang Baik kan?Kalau kita beli buku yang bermanfaat, yang blh membimbing kita menuju JALAN LURUS tu sebukan sekadar kita blh ungkapkan Sahabat Yang Baik malah TERBAIK!!! tak gitu?
Jadilah rajin-rajinlah bersahabat dengan kitab book buku, tak rugi kalau kita pandai memilih malah mendapat keuntungan yg besar blh jadi jutawan. Jutawan tak semestinya dgn harta je. Jutawan dgn ilmu lagi hebat drpd jutawan harta. Right? Pepatah melayu mengatakan MEMBACA JAMBATAN ILMU. Tapi kalau baca je tanpa praktik jawabnya tak berbuahlah pokok yg korang tanam. Hanya sekadar tanam je tanpa makan hasilnya. Rugi tak?tanyalah diri sendiri. Dalam Al-Quran pun ada menegaskan IQRA' yang bermaksud bacalah surah Al-Alaq ayat 1. Hah, agama Islamkan hebat!!!so kita orang Islam kenelah hebat.
Boleh ke kita nak jadi hebat?
Of courselah boleh. Tengok kisah tokoh-tokoh Islam seperti Imam Syafie, Ibnu Sina, Al-Khowarizmi & lain-lagi. Nak tengok mcm mana ye?Senang je MEMBACA!!!
Oh yer nak jadi orang hebat berbicara tak?
Jawapannya easy je, MEMBACA!!!
Akhirul kalam,
Saya tinggalkan 2 mutiara kata AL-QARNI.
Assalamualaikum.
Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat
tetap, keagungannya kekal dan namanya selalu
dikenang. Sedangkan kebahagian memiliki
harta akan lenyap, keagungannya akan
hilang dan namanya segera dilupakan.
Empat hal yang mendatangkan
kebahagian, iaitu buku yang bermanfaat,
anak yang barbakti, isteri yang dicintai
dan kawan yang soleh. Dan Allahlah
yang menggantikan seluruhnya.
Wahh..interesting word~
ReplyDelete