Saturday, February 16, 2013

Kejar Cita-Cita Sebelum Mengejar Cinta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, untuk pengisian blog kali ini saya teringat pada prinsip sahabat seperjuangan saya Fadhilah "Kejar Cita-Cita Sebelum Mengejar Cinta" mari kita sama-sama membaca & perkongsi pandangan. Okey?

Cita-Cita & Cinta...

Apakah Cita-Cita?
Apakah Cinta?
Manakah Yang Lebih Nyata?
Manakah Yang Lebih Penting?
Manakah Yang Lebih Mendesak?

Bertalu-talu soalan bermain dalam kotak minda saya. Apakata kita sama-sama berbicara & berfikir secara realistik, tenang & rasional tentang tajuk entry saya kali ini. Bukankah fikir itu pelita hati? Izinkan saya berkongsi pandangan & menjawab soalan diatas secara menyeluruh maksudnya tidak jawab mengikut tata atur soalan diatas. Siapa-siapa yang ingin memberikan pandangan sila komen yer :)

Cita-Cita...

Besar nanti nak jadi apa?

Mesti banyak jawapannya. Ada yang jawab nak jadi Pilot, Teacher, Lecture, Jundu, Doctor, Saintis, Mekanik, Arkitek & macam-macam lagi kan? Inilah yang dimaksudkan Cita-Cita. Lain orang lain cita-citanya.

Melangkah ke menara gading adalah idaman kita semua dari kecil lagi. Bahkan bukan sekadar idaman kita sahaja malahan harapan ayahnda & bonda kita yang bersusah payah membesarkan kita dari usia 1 hari sehinggalah hari ini.

Cuba kita mengimbau kembali zaman tadika / pasti dulu. Bila cikgu tanya soalan Apakah cita-cita kamu? Pasti, kita akan menjawab soalan tersebut dengan semangat & penuh keyakinan. Betul tak? Time tu kita belum kenal apa itu cinta. Yang kita kenal hanya cita-cita. Itulah yang ayahnda & bonda kita selalu pahatkan melalui nasihat mereka. Tapi, apabila memasuki alam menengah untuk sambung belajar agar cita-cita kita tercapai tiba-tiba sahaja cinta itu mula hadir Hujan Pun Tidak, Panas Pun Tidak, Tiba-Tiba Ribut Hadir.

Cinta...

Mari kita sama-sama teliti hadis  ini

Daripada Anas r.a dalam riwayat Al-Bukhari & Muslim sabda Rasulluah S.A.W:

"3 perkara sesiapa yang ada padanya, maka dia mendapati halawatul iman"

1) Hendaklah cinta kepada Allah & Rasul-Nya lebih dari mengatasi cinta selain kedua-duanya.

2) Hendaklah dia mencintai seseorang kerana Allah

3) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka.

Cinta itu luas...cinta Ilahi, cinta Rasulullah, cinta Ayahnda & Bonda, cinta Sahabat tapi dalam tajuk kita kali ini kita bicarakan tentang cinta lelaki & perempuan yang sah nikah.

Pakar psikologi mengatakan cinta itu komitmen, tanggungjawab & amanah. Senang cerita, cinta adalah suatu perkara yang serius, bermatlamat & objektif sifatnya. Cinta suatu yang mahal. Cinta bukan permainan. Cinta bukan 1 keseronokkan, kelalaian & khayalan fantasi. Tapi cinta menuntut pengorbanan, menanggung risiko & memberi harapan.

Hakikatnya orang zaman sekarang tidak faham apa sebenarnya cinta. Cuba tanyakan kepada diri sendiri yang sedang bercinta @ kawan kita yang sedang dilema cinta Apakah matlamat, tujuan & pengakhiran cinta yang dibina itu? Jika kita @ mereka berfikir bahawa soalan ini belum releven untuk difikirkan nampaknya apa yang kita @ mereka sedang alami itu bukanlah cinta!!!

Jangan silap tafsirkan bahawa cinta itu adalah perasaan suka yang tiba-tiba hinggap dalam hati. Jika benar itu dianggap cinta maka itu adalah cinta monyet @ cinta kilat yang mana anda akan mengalami risiko kekecewaan suatu hari nanti.

Perasaan suka @ tertarik kepada seseorang itu merupakan naluri semulajadi. Si lelaki tertarik kepada si perempuan begitulah sebaliknya. Ini adalah normal & ini bukanlah cinta duhai cik abang, cik akak & cik adik sekalian.

Bagi seorang Muslim, cinta dibina atas dasar iman, tujuan yang syarie', dilaksanakan mengikut kaedah syariat & berakhir dengan lafaz sakinah yang sah.

Justeru, jangan dilayan perasaan & nafsu itu...Jangan disebabkan cinta, cita-cita melayan entah ke mana macam layang-layang yang terputus tali.

Mana yang penting, mendesak & lebih nyata?

Cita-cita @ Cinta?

Kacang je soalan ni...yeke kacang? cuba jawab? teragak-agakkan bagi yang sedang dilema cinta. Tidak mengapa...Jangan mengelabah dengan soalan ini. Mari kita sama-sama berfikir secara rasional & jelas.

Apakah yang anda harapkan daripada cinta anda?

Sudah tentu perkahwinan, rumah tangga yang dilimpahi mawaddah sakinah warohmah, anak yang soleh & solehah & keluarga yang bahagia kan?

Baiklah, untuk mencapai semua itu kita mesti menjadi seorang suami/isteri yang soleh & solehah. Bagi orang yang bernama soleh & solehah bukan sekadar nama yer...Bagaimana nak jadi seorang suami/isteri yang soleh & solehah?Apakah ciri-cirinya?

Disini saya olahkan dengan menyebut suami bukan bermakna isteri terlepas tapi isteri pun termasuk juga kecuali soal cari nafkah jika si suami mampu. Suami yang soleh mempunyai sifat ketaqwaan yang tinggi dalam mendidik isteri & anak-anak, mempunyai akhlak yang baik untuk menyerikan rumah tangga serta mempunyai pendapatan yang stabil untuk menyara kehidupan.

"Aku tidak punya harta @ pekerjaan, yang aku ada hanya cinta" Awas!!! jangan pernah percaya akan kata-kata lelaki sebegini, ini adalah lelaki yang hipokrik. kenapa? Jika dia memang mempunyai cinta pasti dia akan cari jalan penyelesaian. "Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan Penyelesaian" Kalau tidak macam mana dia nak sara kehidupan nanti. Adakah cukup dengan sekadar ungkapan cinta?

Bagaimana nak jadi suami yang bertaqwa?Ayah yang berakhlak?Mempunyai pendapatan yang stabil?

Begini caranya, belajar ilmu fardhu ain, fardhu kifayah, hayati rukun iman, laksanakan rukun islam, jaga amalan wajib, tingkatkan amalan sunat & istiqomahlah dengan amalan kita. Akhirnya berbuahlah hasilnya dengan sifat mahmudah. Kita tidak perlu tunggu hingga tahap yang sempurna untuk bernikah tapi biarlah kita sentiasa berusaha untuk berubah.

Belum selesai lagi, kita juga perlu ada ilmu yang tinggi, lulus dalam pengajian bukan sekadar lulus tapi lulus dengan cemerlang untuk mendapat pekerjaan yang baik supaya dapat menyara kehidupan. Dengan adanya formula usaha + doa + tawakkal i/Allah kita mampu lulus dengan cemerlang. Tahajjud jangan lupa...

Saya petik 1 syair daripada kitab ta'limu mutallim fi thoriqi ta'lim yang berbunyi:

dengan kadar usahamu itu akan
 dikurniakan apa yang kamu impikan
oleh itu, jauhkanlah tidur dan
tinggalkanlah kekenyangan
teruskanlah belajar
jangan pernah memisahkannya
kerana ilmu yang kamu pelajari itu 
akan mengangkat darjatmu

Sekarang, kita renungkkan sejenak jalan untuk mencapai hasil akhir cinta itu sungguh panjang & berliku. Inilah dia cinta sejati, cinta high class & setia hingga ke gerbang syurga i/Allah. Cinta perlu diiringi dengan usaha, komitmen & kesetiaan untuk merealisasikan matlamatnya .

Orang kata...


Orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi pasti tidak terjebak dengan cinta low class. Ada siapa-siapa nak cinta low class??? Saya tak nak...saya nak yang high class macam cerita cinta high class yang ustazah Fatimah Syarha tu...pernah baca tak?best buku tu...bukan sekadar high class apa yang lebih penting diberkati Allah kerana mengikut syariat Islam.

Nanti saya akan kehilangan cinta saya!!!

Yer, kita mungkin akan kehilangan cinta dalam mengejar cita-cita. Jangan khuatir yang hilang itu hakikatnya bukan cinta!!! Yakinlah Firman Allah S.W.T (surah an-nur 26)

"والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات"

Setelah cita-cita tercapai, cinta yang sebaik-baiknya & semurni-murninya akan menjadi milik anda i/Allah.

AWAS!!!

Jika cinta didahulukan daripada cita-cita, anda mungkin kecundang kerana cinta belum teguh. Sekerat jalan cita-cita mungkin patah lalu anda terjerumus ke dalam lembah kekecewaan. Cintailah cita-cita anda...Jangan Biarkan Nasi Menjadi Bubur...

Khas saya dedikasikan buat yang sedang asyik bercinta...



Apabila kita sudah berjaya mencapai cita-cita, ini bermakna kita meraih 2 kejayaan yang besar KEJAYAAN DIDALAM UNIVERSITI PENGAJIAN & KEJAYAAN DIDALAM UNIVERSITI KEHIDUPAN. Sibuk-sibukanlah usia remaja ini dengan perkara yang berfaedah.

BAGI YANG BELUM BERCINTA!!!JANGAN PERNAH UNTUK BERKENALAN DENGAN CINTA SEBEGINI CINTA YG BUKAN SEBEGINI TAK PE!!!BAGI YANG SEDANG BERCINTA BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH.

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Jika ada yang terkasar bahasa kemaafan dipinta...
Jika ada salah & silap jangan lupa komen yer...
Jika saya tidak memahami perasaan orang yang dilema cinta...
Boleh kongsikan apa perasaan anda...
Kerana saya bukanlah doktor cinta...

Penutup Bicara,

Ila Liqo'
Wassalam...










2 comments:

  1. Salam, perkongisan yg menarik. gud job guys! template bblog baru? cantekkk!!! suke tengok..tenang je seperti nama tuanya--> Nadhirah SAKINAH! HAHA! sekian......nice entry...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam sohabat,alhamdulillah semuanya dtg drpd Allah.Tenang mcm nama tuannya tu x taulah..rasa mcm x saboh je..HeHe

    ReplyDelete