Sunday, March 3, 2013

LAKSAMANA CHENG HO

LAKSAMANA CHENG HO

PEMIMPIN ARMADA LAUTAN BARAT

1 MAC 2002

Gavin Menzies, ahli sejarah amatur & bekas pegawai tentera laut Inggeris berucap dalam 1 majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpim oleh laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling mengemparkan dunia adalah, armada China menemui Amerika 70 tahun lebih awal daripada Christopher Columbus. Sudah menjadi kepercayaan para ahli sejarah Barat bahawa Columbus orang pertama menemui Amerika. Disebabkan hal ini Gavin Menzies telas menulis sebuah buku " 1421: THE YEAR CHINA DISCOVERED THE WORLD".

LAKSAMANA CHENG HO

Nama sebenar beliau Ma Ho @ Ma Sanbao. Berasal dari pedalaman Yunnan.Beliau seorang anak petani.  Ketika berlakunya peperangan diantara penyokong Dinasti Yuan & tentera Dinasti Ming, beliau telah ditawan oleh tentera Dinasti Ming ketika beliau berusia 11 tahun. Menjadi kewajipan bagi seorang tawanan yang berstatus kanak-kanak @ remaja, mereka akan dikembirikan "sida". Kesakitan yang teramat perit untuk menghadapinya tapi apakah daya Ma Ho & tawanan yang lain untuk melawan mereka. Ma Ho sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada rakan tawanannya yang lain walaupun beliau tahu bukan mudah untuk menerima semua ini kerana mereka tidak dapat menghasilkan zuriat tapi Ma Ho percaya setiap yang berlaku ada kebaikkannya. Menariknya Ma Ho seorang yang beragama Islam. Ma Ho sentiasa menasihati rakannya yang lain sebagaimana pesanan dari ayahnya yang terbunuh dalam peperangan tersebut,

"JIKA KITA DAPAT MENGAWAL DIRI KITA, PASTI KITA DAPAT MENGUASAI KEADAAN KITA"

Ma Ho terpilih & ditugaskan menjadi pembantu kepada putera Zhu Di. Ketika susah & senang Ma Ho setia bersama putera Zhu Di sehingga putera Zhu Di menjadi Maharaja Yongle yang menguasai Takha Naga. Ketika putera Zhu Di menjadi Maharaja beliau telah menaikkan darjat Ma Ho sebagai seorang laksamana. Namun laksamana terpaksa menukarkan nama beliau kerana isteri Maharaja tidak suka nama panggilannya 'Ma'  sama dengan laksamana Ma Ho. Justeru itu Ma Ho mengalah diri dan menukar namanya sebagai Cheng Ho.  Bagi Barat namanya dikenali sebagai 'Zheng He'.

Laksamana Cheng Ho telah diberikan hadiah dari Maharaja Yongle iaitu pelayaran menjelajah dunia dengan membawa imej Maharaja Yongle dari Takhta Naga dan ditugaskan untuk memimpin pelayaran yang menjelajah lebih 30 buah negara dengan menggunakan lebih daripada 300 kapal dari pelbagai saiz besar, sederhana & kecil. Semua kos pelayaran tersebut ditanggung oleh kerajaan Takhta Naga.

Perancangan dan persiapan untuk pelayaran tersebut memakan masa selama setahun. Untuk memastikan pelayaran ini berjalan lancar Laksamana Cheng Ho melantik 12 orang dari kengkawan rapatnya untuk membantu beliau dalam mengendalikan pelayaran ini. Hasilnya tertubuh beberapa jabatan yang mana jabatan ini dihandle oleh 12 orang tersebut iaitu jabatan:

-Jabatan Ilmu & Maklumat
-Jabatan Pembinaan Kapal
-Jabatan Navigasi & Pelayaran
-Jabatan Protokol & Perdagangan
-Jabatan Pembekalan

Akhirnya, pelayaran ini bermula dibawah pimpinan laksamana Cheng Ho yang mana rombongan ini kelihatan seperti sebuah bandar ketika berada di lautan. Mereka telah berjaya berlayar dan menyambung hubungan diplomatik dengan kerajaan Champa, Majapahit, Melaka, Cirebon, Samudera-Pasai, Kollam Kerala Selatan, Cochin, Calicut & lain-lain lagi kecuali Sri Lanka.

Dalam pelayaran ini laksamana Cheng Ho berjaya menumpaskan Tang Su, si ketua lanun yang menguasai Palembong dan paling ditakuti oleh pelaut perairan Selat Melaka.

Setelah ketiadaan Cheng Ho, log book (buku catatan) beliau dimusnahkan. Kenapa & Mengapa itu Waallahu'alam. Disebabkan inilah, ramai yang beranggapan bahawa Christopher Columbus adalah orang yang pertama merentasi Lautan Atlantik dan ternyata ini adalah silap faham kerana armada China yang pertama merentasi Lautan Atlantik.

Lautan Atlantik sangat berbeza dengan lautan lain kerana sebahagian kawasan di mana arus yang membawa air sejuk bertemu dengan arus yang panas menyebabkan kawasan itu berkabus. Tambahan lagi, air di kawasan tersebut adalah likat & berbaur serta mempunyai arus yang paling laju di dunia. Arus itu dinamakan "Gulf Stream" oleh saintis Amerika yang cukup hebat iaitu Benjamin Franklin.

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya ceritakan tentang Laksamana Cheng Ho & Lautan Atlantik berdasarkan bahan bacaan saya. Kalau ada salah & silap tolong perbetulkan.Daripada buku Laksamana Cheng Ho saya dapat belajar 1 ilmu pertarungan.

ILMU PERTARUNGAN

1- Musuh tidak akan memberitahu bila dia akan menyerang, kita mesti bersiap-siaga.
2- Jangan lekas percaya pada musuh, disebalik pertolongan yang diberi mungkin ada muslihat.
3- Mempunyai kekuatan sendiri untuk bangkit sendiri & melawan musuh.
4- Apabila berjaya menewaskan musuh, jangan berikan dia peluang untuk bangkit semula.

Alhamdulillah, kali pertama berjaya habiskan novel sejarah.Walaupun tidak berapa minat subjek sejarah. Yang menarik minat untuk membaca kerana nama Laksamana Cheng Ho first time dengar. Tambahan lagi, beliau seorang China dan yang lebih penting beragama ISLAM. Allahu Robbi...



1 comment:

  1. Allahu, patut laa smngt sgt upenye org keturunan diye.. China! Huhu, hebbat2... syukron atas ceritanye....

    ReplyDelete