Friday, March 29, 2013

Buat Si Gadis Manis Zinnirah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jom Baca Dialog Ini Dulu...

Zinnirah: Kak Sakinah pernah dengar tak lagu Zinnirah?

Saya: Pernah, best ape lagu tu dan saya kagum dengan srikandi Zinnirah.

Zinnirah: Habis tu, kenapa tak ramai pun orang yang bernama Zinnirah. Dekat sekolah saya seorang je yang bernama Zinnirah & apa makna nama Zinnirah?

Saya: Sebenarnya kat luar sana ramai je orang bernama Zinnirah. Hum, saya tak tau apa makna nama Zinnirah tapi disebalik nama tu ada kisah yang saya kagum.

Zinnirah: Apa yang kak Sakinah kagum?

Saya: Pergorbanan srikandi Zinnirah tuh, hebat.

Inilah dialog saya bersama seorang junior sekolah Maahad Darul Quran. Jadi entry kali ini saya tuju khas buat Adik Zinnirah. Mudah-mudahan kisah ini bermanfaat & menjadi sumber inspirasi Adik Zinnirah.

Srikandi Zinnirah Al Mumtahanah

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.


   Zinnirah adalah seorang gadis berketurunan bangsa Rom. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. ketika berlaku 1 peperangan besar di Rom, Zinnirah terpisah daripada keluarganya & menjadi tawanan perang.

   Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar & adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh majikannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba abdi yang senasib dengannya.

   Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu telah membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spritualnya beliau mempunyai jiwa yang kental & cukup tabah.

   Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahuai keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasullullah terkenal dengan sikap bengis & kasarnya sehingga digeruni  baik lawan mahupun kawan.

   Akhirnya, Umar mengetahuai mengenai keIslaman Zinnirah. Apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca Al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan yang berat. "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Disitu, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya ditengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf." Katanya lalu meninggalkan Zinnirah disitu. Walaupun mukanya perit dipanah terik matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak henti mengucapkan Allah...Allah...Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota & mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun bercucuran darah yang keluar daripada matanya & dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknati tuhan Latta & Uzza. Iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata:

"Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

   Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar As-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga yang tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurniaan Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Allahu Robbi...


Hadirmu Bersama Kuntum Senyuman
Walau Dirimu Hamba Tawanan
Kau jadi Impian Firdausi
Kau Jadi Pingitan Hiasan Duniawi
Walau Tak Pernah Melihatmu

Zinnirah
Matamu Jadi Taruhan
Gantian Lara Nilaian Iman
Ayuh Bersama Kita Susuri
Perjalanan Derita Ini
Terlindung Sudah Indahnya Maya
Mata Hatimu Tetap Menyala

Oh Zinnirah
Kau Umpama Bintang Di Malam Hari
Menerangi Alam Maya Dan Ditemani Cahaya Purnama
Selaut Kasih Kau Hamparkan Untuk Ilahi
Tiada Sempadan Dan Tiada Bertepi

Matamu Jadi Taruhan
Gantian Lara Nilaian Iman
Ayuh Bersama Kita Susuri
Perjalanan Derita Ini
Terlindung Sudah Indahnya Maya
Mata Hatimu Tetap Menyala

Oh Zinnirah
Kau Umpama Bintang Di Malam Hari
Menerangi Alam Maya Dan Diteman Purnama
Cinta Murni Yang Kau Dambakan Untuk Ilahi
Tiada Sempadan Dan Tiada Bertepi

Oh Zinnirah
Kau Srikandi Sunyi Bersendiri
Di medan Ngeri Dan Bersuara Sepenuh Berani
Kasih Suci Yang Kau Hulurkan Untuk Ilahi
Menagih Korban Kasih Abadi

Hadirmu Bersama Senyuman
Walau Diri Hamba Tawanan
Kau Jadi Pedoman

Zinnirah Kau Jadi Gadis Pilihan
Hiasan Dunia
Penyeri Di Firdausi


Akhirul Kalam,
Waallahu'alam.

*sumber lagu & kisah srikandi Zinnirah dari rakan bloggers ^ _ ^

3 comments:

  1. Perkongsian kisah Zinnirah yg terbaik.. tapi saya nak tahu ape maksud Zinnirah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud Zinnirah itu ialah Zinnirah secara keseluruhan. Seorang wanita yang mulanya hina seorang hamba menjadi begitu mulia disisi Allah. Yang dijanjikan syurga Firdaus. Syurga yang tingkatnya paling atas. Nama Zinnirah membawa erti peribadi yang hanya tulus mencintai Allah. Mencintai ilahi. Yang mata hatinya sentiasa bersinar. Rangkumkan semua peribadi Zinnirah Al Mumtahanah, itulah maksud nama Zinnirah. Dengan harapan pembawa nama Zinnirah akan mewarisi sifat serta peribadi yang ada pada Srikandi Allah ini.

      Delete
  2. Saya doakan supaya lagu (ZINNIRAH) ni disukai oleh orang lain AMIN.....

    ReplyDelete