Tuesday, March 19, 2013

Melodi Hati...

Ya Allah...
Tika ini, saat ini, detik ini
Ku rebah untuk menghadapi ujianmu

Ya Allah Ya Basir...
Mampukah diriku menghadapi ujian ini?
Secebis kekuatan yang baru ku bina telah hilang dalam sekelip mata
Sejarah lembaran album lama yang baru ku tutup
Kembali menyergah dalam kehidupanku
Sungguh diri ini tidak ingin sejarah itu berulang kali k'2 pada usia yang sebegini mentah

Ya Allah Ya 'Alim...
Kuatkah diriku ini?
Kuatkah diriku ini??
Kuatkan diriku ini???
Kuatkah diriku ini berhadapan dengan ujian-Mu Ya Allah

Ya Allah Ya 'Aziz...
Terkadang diriku bermonolog sendirian
Kenapa ujian sebegini yang ku alami ketika usiaku masih belasan tahun?
Diriku bukan seorang Muslimah
Diriku bukan seorang Mujahidah
Diriku bukan seorang Solehah
Jangan kerana abiku seorang ustaz
Lantas diriku seperti abiku
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Diriku hanya seorang remaja yang masih berjuang & terus berjuang
Menjadi seorang Muslimah, Mujahidah, Solehah
Yang terkadang tewas dengan arus duniawi

Ya Allah Ya Karim...
Hambamu ini berpegang teguh dengan firman-Mu yang bermaksud
"Allah tidak akan membebani seorang hambanya melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Mungkinkah ujian ini untuk mematangkan lagi pemikiranku?

Ya Allah Ya Kabir...
Hambamu bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang membimbing diri ini mengapai syurga firdausi-Mu
Tatkala hambamu berhadapan dengan ujian ini
Engkau kurniakan kepada ku 2 orang sahabat yang sangat memahami & sanggup berkorban
Dikala suka kami kongsi bersama
Dikala duka kami kongsi bersama
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih sahabat-sahabatku
Terima kasih ku ucapkan kepada ngah & chik
Yang tidak jemu memberi kata-kata semangat, bertanya khabar & mendengar kisah hidupku
Semoga Allah membalas jasa, kebaikkan sahabat-sahabatku
Serta mengeratkan lagi persahabatan ini sampai ke Syurga

Buat ngahku yang sedang berjuang di Jordan...
Jikalau ada ungkapan penghargaan yang lebih besar daripada Terima Kasih
Pasti akan ku ungkapkan pada dirimu yang sudi menghubungkan talian dari Jordan ke Malaysia
"Teh...Allah sayang teh...Ngah rindu kita bersama"
1 ungkapan yang sungguh syahdu

Buat chikku yang bakal berjuang dibumi Jordan
Pandangan, kata-kata nasihat & semangat yang dikau lafazkan
Akan ku jadikan sebagai tongkat untuk diriku mencari kekuatan dalam menghadapi ujian hidup
"Chik nak mumtazah same2 nge teh...Aamiin"
Kata-kata yang penuh semangat
Mudah-mudahan harapan & impian kita serta sahabat-sahabat yang lain akan tercapai
Aamiin Ya Rabbal Alamin

Jazakallahu Khairan Jaza' Ya Sohabati

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Tika ini, saat ini, detik ini
Ku rebah di atas hamparan tikar sejadah
Untuk mengali secebis kekuatan agar diri ini terus tabah, kuat & sabar untuk menghadapinya
Walau badai ujian melanda akan ku gagahi jua langkah agar terus mara ke hadapan untuk berjuang di jalan-Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Ghaffar Ya Hafiz...
Berikanlah kekuatan kepadaku
Tunjukkanlah jalan penyelesaian yang terbaik & diberkati-Mu
Tanpa menyinggung perasaan insan yang lain serta tidak membebani fikiran Abi & Ummiku
Janganlah Engkau bebankan ke atas diri ini ujian yang tak mampu untuk ku memikulnya
Permudahkanlah urusanku & sahabat-sahabatku untuk terus berjuang dalam mencari ilmu-Mu

Ya Allah...
Aamiin Ya Rabbal Alamin....
Hambamu ini hanyalah seorang yang dhoif Ya Allah...


2 comments:

  1. Allahu Robbi, k,teh,hampir mengalir airmata chik membaca puitis ini,sungguh tak terbayang keperitan yg dialami oleh teh, meskipun chik hanya mampu beri nasihat tp perjalanan hidup teh lebih sukar dirasai, Amiin,mudah2 melodi hatimu ini dimakbulkan tuhan sang penciptamu. Aminn ya robbal 'alamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah disebalik ujian ini tuhan kurniakan shbt yg membantu utk terus bangkit meneruskan kehidupan ini..aamiin ya rabbal alamin..

      Delete