Monday, April 15, 2013

Pengembaraan Kami Bakal Bermula~~


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1 Agama
Salam 1 Perjuangan
Salam 1 Ummah

Salam Dihulur Pembuka Bicara
Sebelum Jari Jemari Gatal Nak Menari
Senyuman Ikhlas Dari Hati Terukir Jua
Mohon Jatuhnya Ke Hati Pembaca


Ops!!!
Cantik gigi....
Nah~~
Ni baru senyumannya....

Mencoret langkah permulaan perjuangan ke medan ilmu dibumi anbiya'
Berbekalkan usaha + doa + tawakkal kepada Ilahi
Perjalanan beribu batu bermula dari langkah yang satu
Kami mulakan langkah yang satu dengan lafaz yang mulia
Bismillahirrahamanirrahim
Bismillahitawakkaltu'alaAllah

WE MUST TO SETTLE IT

-Pasport
-Medical Check Up
-Gambar Pasport
-Bank Draf
-Beli Setem & Sampul Surat

Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu semuanya dah settle.
Terima kasih & Jazakillahu Khairan Jaza' K.Biey kerana membantu saya, iqoh & jid dlm menyelesaikan urusan Medical Check Up & yang paling penting untuk ke'2 ibu bapa kami yang turut membantu untuk melancarkan lagi urusan kami.

MEDICAL CHECK UP

Urusan Medical Check Up kami x dapat lakukan bersama 1 kumpulan besar hanya berkumpulan kecil. Saya & iqoh, jid & na manakala naniy & nisaq secara persendirian. Kiranya kami menggunakan 4 buah kereta. Nak bercakap soal Medical Check Up ni masing2 ade pengalaman tersendiri. Kalau saya & iqoh sampai2 dah jadi budaq bolas kat setiap tempat yang kami kene buat Medical comfirm ada kisah tersendiri. K.Biey yang jadi penonton setia kami suke x habis2. Bermula dekat tmpt ujian penglihatan ade patut pegawai tu tulis ketinggian iqoh 1.48 cm HAHA boleh bayang x kecik mane. Sakit perut saya suke. Nak check gigi plak kene Doktor Lelaki mude plak terkene betul doktor tu lepasan Irbid Jordan. Dari awal saya masuk dari tulah doktor perempuan kenekan doktor tu. Sampaikan suke memanjang doktor tu, 1 per 1 doktor tu tanya nak masuk U mane?Nak ambik jurusan apa?Bila pergi?Single x lagi?Alahai~~ doktor........Time doktor tu beri nasihat doktor perempuan mencelah "time budak laki tadi x de pun nasihat yang berhikmah gitu". Doktor tu sengih, senyum & suke memanjang. Budaq laki yg doktor tu maksudkan tu saya kenal pljr sama tahun dgn sy kat MDQ dulu dgn adik bekas pljr MDQ. Sebelum keluar dari bilik pemeriksaan sempat lagi doktor tu ngusik kat sana banyak pijak tuh...hum....Iqoh plak kuar saje bilik pemeriksaan muke sembey molek!!!K.Biey x puas suke....

Time di kaunter daftar X-ray, Owh..nak gi Jordan sape pegawai lelaki yang sedang berbincang ape-ape entah. Tibe2 seorang pegawai lelaki yang bertaraf mudelah menyoal, masmuka?Saya x mengendahkan soalan tuh. Dia kate plak org tanya x jwb...hum, cari idea nak nyakat mcm mana pegawai tu...Hah, mcm mana saya nak jwb sedangkan soalan tu dituju kpd org lelaki..HEHE..Pandai plak dia tukor dhomir kpd prmpuan jawablah kite nie~~~Bermacam2 soalan dhomir dia tanya, last2 saya terang terus bia pnjng lebor gitu. Eh, ustazah ke ni?duk mane?single ke dah kahwin?secara spontan terucap Astagfirullahalazim...Pegawai perempuan yg tadi diam terus menyokong saya "deq, syaroh panjang lebor agi"...HEHE...K.Biey bkn setakat suke biase bergegor sukenya dari awal hingga akhir ye duk tonton cerita live tuh....

KHAMIS 10 APRIL 2013

Tarikh kami hantar segala2 yang di list untuk buat permohonan ke Jordan. 2 buah kereta digunakan. 1 kereta dari Manir & 1 kereta lagi dari Losong menuju ke Rusila.

"Teh, Chik dok ingat nok beli setem."

1 mesej masuk dari chik naniy, HAHA...pagi2 dah gabra rofiqohku ini. Nak pecah perut wase tu x tengok reaksi mukenya lagi. Nasib baik ada beli setem lebih 4 keping saya suruh K.Biey beli gara-gara setem saya hilang baru ni.

"Salam nadiy, saya x beli lagi setem nge sampul surat..x ingat"

Mesej dari iqoh plak masuk, sakit perut wase duk tengok aksi2 sahabat2 saya ning!!!Dengan spontan balas, x perlu risau saya dah ade simpanan setem & sampul surat.  Macam2 ragam sorang2. 4 keping setem cukup untuk saya, na, iqoh & naniy.

9.30 AM

Bermulalah perbincangan & sembang2 dgn Ustaz Mat Saril & Mudir di Kafe Che' Ngah. Dihidangkan plak nasi minyak + Radix ais + kerepok + kuih-muih ustaz Mat Saril yang belanja. Wase pe katok gomok tahap kekenyangan tuh. Tiap kali kami datang comfirm ust akan belanje.Untungkan???huhuhu...1 per 1 ustaz sebut perkara yang perlu diselesaikan agar semuanya berjalan lancar In Shaa Allah.

MUDIR OWH MUDIR

"Bila nak kahwin?"
Tersentak rasanya mudir tujukan soalan tu ke saya. Haish mudir x habis2 lagi, dulu time madah AQ comfirm mudir x akan lengkang menyatakan fatwa "Yang ni ade org doh ning". Hum, ikutlah mudir nak kata ada org doh pun saya jawab pun mudir tetap mengatakan perkara yang sama. Fokus kepada soalan mudir tadi, kalau soalan ni saya tak akan diam."Mudir, bila pulak saya nak kahwinnya pasangan tak de lagi" tersengih mudir ade dah katanya, ust Mat Saril plak mencelah "Tokki kbo ade doh". Last2 malas nak meleret cakap topik ni, i/Allah kahwinlah tu senang saya jawab. Tersengih mudir "Sape hok jurunikoh ekgie?" soal mudir, "comfirmlah mudir" simple jawapan yg sy berikan. "Hok tu hok nok dengornya"kate ust Mat Saril. Lepas mudir usha Na, saya pulak yang kene.

"Cincin x de lagi?"
Tengah2 sibuk susun borang dalam bilik mudir dang lagi mudir ni usha tuk ke2 kalinya pada hari yang sama. Ooo mudir tilik tangan saya yer?hahahaha....x mainlah cincin ni mudir rimas, selambe je jawab. HEHE mudir dah kenal saya  stail mcm mane tu senang2 je gurau. "Nak bagi anak an dah habis kahwin"mudir..mudir...spontan soalan tu dijawab "Melepass"hahaha.."Nape?"Mudir x dengar jwpn tu, Ust Mat Saril pulak yang jadi pengulang berita "Dia jawab melepass"dengan riang hati mudir suke....

MANGAT GITU!!!

Salinan Medical Check Up molek wak lebih pesanan ust.
Okey, Jom gie fotostat chik!!!
Inilah dia langkah seorang pejuang Islam dengan semangat kami melangkah utk sampai ke destinasi yang dituju ke kedai HPA sebab ada khidmat fotostat baru pagi tadi pergi fotostat kertas Na.
"Bila nak pergi Jordan?"apabila terserempak dgn warden MDQ yang baru balik beli News Paper.
"I/Allah bulan 9"acuh x acuh je rasa nak jawab sbb kami tahu kami sdg diperhatikan oleh adik2 banin dari atas. Walaupun kami ni dah habis MDQ tapi bagi saya batas tetap kene jage bukan sewenang2nya blh diajak bicara.
Kami menyambung langkah semangat perjuangan kami.
Alhamdulillah sampai ke destinasi yang dituju, dekat je.
"Teh, kene buang selipar ke?"
"Yep, kne buang"
Dengan penuh semangat Chik menarik pintu yang tertutup itu seperti semangat seorang pahlawan di medan perang.
"Teh, wakpe dok leh?"
"Ilex2 Chik"
Sepintas kilat Chik menyarung semula seliparnya.
HAHAHA
Malu besor wase sebab aksi kami ditonton oleh adik2 banin yang sangat ramai kalu x de org biase je kot!!HAHA
Rupa2nya kedai tu dia kunci ade je org kat dalam tapi kat dalam nung x de kat ruang kedai tu...HUHU
Hum, kami manatau x de sikit papan tanda buke @ tidak...
X de salah tuk try buke pintu dulu HEHE
Ubah destinasi, fotostat kat kedai lain....Alhamdulillah kedai buke~~

PAK MEZAH PUNYE CERITE

Tut..Tut..Assalamualaikum...
Baru je nak bersimpuh duduk dalam bilik mudir.
Eh,,eh...macam kenal je budak ni(kate pak mezah)
^_____^(sengeh je kite)
Nak gi mane ni?
Lah, Jordan bukan ke nak gi Mesir?
Ust Mat Saril jawab, Jordan lake ni.
Ambik bidang ape?Medik?
Huh, pak Mezah saya nak ambik bidang Medik mcm mane saya bkn ade Bio, Kimia & Fizik.
Owh, anak p.Mezah ada sorang kat Mesir ambik bidang Medik.
Kite nak ambik wak menantu arh...Alahai P.Mezah~~~(saya mari sini bukan urusan nak cari jodoh tapi nak urus urusan nak sambung pelajaran saya ni)desus hati yang x bersuara...
Awal2 ust Mat Saril membantah x boleh p.Mezah ni ade org tunggu lake doh ning dinung, ni yg semangat ngak nak sambung sane...(pandai2 je ust ning kiteorg nak prgi bljr x de main semua tu)rasa mcm nak bersuara tapi tangan tengah busy menyusun kertas jadi mulut pun terkunci sbb mind set malas nak fokus bnde lain.

BEREBUT NAK COP?

HAHA lawok tengok aksi p.Mezah nge Mudir masing2 nak turunkan cop lawak2...Ni soal salinan fotostat kami yang kene disahkan..Best jugak tengok aksi2 orang yg lebih berusia dari kita nim, nok2 P.Mezah mangat molek nok cop pesan Ust Mat Saril jgn barang rambang p.Mezah..HAHA..semangat nak turunkan cop pengesahan sampai tertinggal kaca mata dalam  bilik mudir....

ALHAMDULILLAH SETTLE!!!

Akhirnya lepas 1 per 1 diselesaikan dengan izin Allah semuanya siap diselesaikan termasuk Bank Draf yang last minute dapat makluman kene buat secepat mungkin.
Dengan lafaz "BISMILLAHITAWAKKALTU'ALAALLAH"kami meyerahkan Borang Pemohonan Ke Jordan.
Now!!!
Apa yang kami kene lakukan iaitu banyakkan berdoa & solat hajat jangan tinggal setelah semua perkara yang diminta untuk borang tersebut diselesaikan.
Teringat Ayat Al-Quran yang dihafal ketika Robie' Thanawi dulu yang bermaksud:

Apabila Engkau Telah Membulatkan Tekad Maka Bertawakkallah Kepada Allah
Sesungguhnya Allah Mencintai Orang Yang Bertawakkal
(Surah Al-Imran 159)


Ya Allah...
Mudah-mudahan ini adalah yang terbaik untuk kami b'6 beserta sahabat kami yang lain
Permudahkanlah urusan & murahkanlah rezki kami untuk menuntut ilmu dibumi Anbiya'.
Kurniakanlah kejayaan kepada kami didunia & diakhirat
Aamiin...
Aamiin Ya Rabbal Alamin...



















No comments:

Post a Comment