Friday, May 10, 2013

SINGLE 2 MEMBOSANKAN???

Assalamualaikum Teman-Teman
Salam Sayyidul Ayyam
Masaul Khair :)


Apa habaq semua?

Mudah-mudahan diberkati Allah sentiasa.

Entry kali ni x de panjang2 pun cuma nak ajak berfikir je sebab x de persediaan pun nak menconteng blog yg dhoif ni.

Terbaca status seorang rakan FB, katanya :

"single 2 membosankan"

Sedikit memeranjatkan sebab statement ni bkn dari seorang perempuan tapi sebaliknya.

Bila difikirkan balik apa yang nak dihairankan semua manusia ada perasaan cuma jarang terbaca statement macam ni dari seorang lelaki.

Terfikir juga kenapa Encik ni boleh buat statement mcm 2?

Kalau saya lah punyalah bersyukur.

Kenapa?

Sebabnya saya bebas dari melakukan maksiat, bebas dari agenda pujuk memujuk orang (bab pujuk org fail!!!hehehe), kredit pun jimat daripada duduk berbalas mesej, duk bergayut. Sabar sungguh orang yang bercouple before nikah ni kan?

Syadidnya pemikiran saya kan?

Bukan syadid abang2, kakak2 & adik2 sekalian, saya tahu mmg fitrah manusia nak disayangi, dimanjai, dibelai bab kata orang "nak menyayangi dan disayangi". Sweet je dengar (angkat kening sikit) regangkan urat-urat jangan marah :) Tapi fitrah 2 jangan ditukarkan kepada fitnah.

Jadi saranan sayalah kepada sesiapa yang menganggap single 2 membosankan cepat2lah nikah. Saya support je orang nikah muda ni. Mesti ada yang label ingat senang ke nak nikah2 ni!!! Ops jangan marah-marah...

Kalau x nak nikah lagi, mari kita renungi hadis ni :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari akhirat sehingga dia ditanya tentang 4 perkara iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang mudanya ke mana digunakannya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya serta tentang ilmunya apakah yang diamalkannya"
(riwayat al-Tabrani)

So say No to Bosan!!!

Kalau ada terasa hati, terkasar bahasa, pandangan yang salah dan pemahaman yang berbeza saya meyusun se 10 jari jemari memohon maaf...Teguri saya yer :) keep your smile

Akhirul Kalam,
Saya tinggalkan dengan 2 petikan kata - kata: 

"The story of life is just the blink of eyes, The story of love is Hello and Goodbye"

"Single is the best, Single is independent"

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment