Wednesday, October 2, 2013

Facebook Saham Untuk Mengapai Syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh^^
Siapa yang tak kenal dengan simbol nim?
Saya pasti pembaca sekalian tahu simbol apakah ini.

FACEBOOK

Sebuah laman sosial yang memainkan peranan penting pada zaman sekarang. Jika penggunaannya disalurkan pada jalan kebaikkan untunglah diri kita & diri orang lain tapi jika silap penggunaan padah kepada diri sendiri.

Selongkar history facebook sat...

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg seorang anak muda New York yang lahir pada tahun 1984. Beliau mengasaskan facebook ketika beliau menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Facebook diperkenalkan pada tahun 2004 yang mana pada mulanya facebook digunakan oleh para pelajar Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Ketika dilancarkan dalam masa 24 jam 1200 daripada penuntut Universiti tersebut telah mendaftar sebagai ahli dan dalam masa sebulan separuh daripada penuntut sarjana muda di Universiti Harvard membuka akaun facebook. Kemudian rangkaian ini berkembang di seluruh Universiti di Amerika Syarikat seterusnya ke seluruh dunia sehinggalah ke Malaysia. Facebook menjadi "Facebook.com" setelah ianya dibeli dengan harga USD200,000. Tahukah kita semua, nama facebook diambil sempena nama borang yang diedarkan kepada semua pelajar baru di Universiti Harvard.

Sebelum facebook Mark Zuckerberg juga pernah menciptakan beberapa laman sosial yang lain seperti Coursematch dan Facemash. Kini, Mark Zuckerberg telah menjadi seorang jutawan "billionaire".Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.


Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.


Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.

...Mark Zuckerberg...


Masa terus berlalu, sekarang facebook seolah-olah kemestian bagi manusia. Budak 5 tahun pun sudah mempunyai akaun facebook. Begitulah keadaan zaman sekarang zaman IT. Sumber maklumat dari facebook lebih tepat dan cepat daripada menonton televisyen yang memaparkan berita secara bersuku-suku. Ada yang berubah ke arah kebaikkan melalui facebook, ada yang menggunakan facebook sebagai laman mencari jodoh, ada juga yang menjadikan facebook sebagai wasilah menyampaikan ilmu, digunakan facebook untuk mengeratkan lagi ukhuwwah fillah, menjalinkan persahabatan yang dah lama tak bertanya khabar, menjadikan facebook sebagai medan mencari ilmu dan pelbagai lagi bergantung atas penggunanya. 

Konklusinya ada yang menggunakan facebook ke arah kebaikkan tak dilupakan juga yang menggunakan facebook ke arah keburukkan. Nauzubillah Min Zalik. Mudah-mudahan kita semua menggunakan facebook ke arah kebaikkan.


Gunakan facebook dengan sebaiknya agar ianya menjadi saham kita di Akhirat Kelak & ikutilah ajaran yang berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.

Note 4 me & you :)

Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...
Astagfirullah Hal Azim...

Ila Liqo'...Wassalam...








No comments:

Post a Comment