- Assalamualaikum pembuka bicara,
- Salam dari TERENGGANU kite,
- Apa khabar pembaca semua?
- Harap sihat sejahtera.
- Hihu, maaf yer...tetibe rase nak bermadah pujangga pulak mungkin di sapa angin bayu malam berteman sang purnama kot ^_^
Jam menunjukkan angka 11.40 pm, tinggal 20 minit lagi bermula episod baru untuk hari yang baru. Belum pasti hari yang baru itu akan menjadi milik kita. Alhamdulillah hari ni dapat melakarkan episod yang manis setelah 3 hari berpulas-mulas dengan kertas-kertas yang berselerak. Itu pun belum selesai lagi...
Masa terus bergerak seiring dengan peredaran matahari dan bulan. Begitu juga manusia seiring dengan waktu ada sihat hari ini ada juga yang sakit, ada yang lapang ketika waktu ini ada yang busy, ada yang menitiskan air mata kegembiraan saat ini kerana kelahiran insan baru ada yang menitiskan air mata kerana orang yang disayangi telah kembali ke rahmatullah.
Sepanjang 3 hari yang telah berlalu banyak mesej yang diabaikan tak termasuk mesej dari kotak fb lagi sekadar pandang je mesej tu tak sempat nak buka dalam minda set nanti lapang akanku buka. Sampailah 1 saat tepat jam 4.06 minit pm rasa nak gi terjah fon jap tengok-tengok batery dah tinggal 9% je dah nyawa2 ikan tapi sempat lagi activekan wifi biarkan notis naik. Terpacat dekat screen fon ada 1 mesej kat fb dari seorang mujahidah islam yang amatku kenali^^
Saya akan kongsikan coretan hati itu,,,mohon si dia mengizinkannya^^ tapi kat last sekali sebagai penutup entry kali ini. Honestly, "tersentap+terharu" selepas selesai baca mesej yang dihantar melalui laman fb. Sebenarnya panjang lagi tapi tu hal lain yang saya share pada entry kali ni apa yang berkaitan dengan entry kali ni sahaja. Tersentap sebab saya dah abaikan insan2 yang saya kasihi kerana Allah bukan mujahidah islam sorang ni je yang terkesan malahan ada yang meminta maaf pada saya katanya menganggu saya. Sebenarnya kalian tak menganggu cuma saya tak berkesempatan nak membalasnya. Sungguh, mendapat mesej dari dia & insan2 yang lain membuat diriku happy sebab "aku telah mencuri mindanya" hihi...
Terharu pulak sebab ada orang sayang + rindu saya kerana Allah..ops :) hahaaa...Tu baru kasih manusia kalau kita boleh melihat kasih sayang Sang Pencipta pasti akan mengalir air mata sehingga kering...sambung cerita..Walau ketidak sempatan saya membalas mesejnya dia still memahami & bersangka baik alhamdulillah malahan dapat advice lagi "aku hamba Allah, Allah tak akan mengecewakan aku". Yep betul tu adikndaku...kita sama2 jadikan ia trademark time kite rase lemah yep?
Bukan senang nak dapat orang yang memahami situasi kita kan?tapi alhamdulillah setakat ni sahabat2 saya memang memahami situasi saya sampaikan mereka rasa diri mereka pula yang bersalah. Tapi ketahuailah kalian tak bersalah cuma saya je yang tak pandai mencuri masa sendiri.
Ni dituju khas buat mujahidah islamku dan sahabat2ku yang disayangi kerana Allah...
Kemana pun aku pergi,
Cerita antara kita selalu menemani...
Ketika diri terdampar keseorangan di suatu tempat,
Kata-kata nasihat & semangat membayangi,
Sehingga badai dapat diatasi biiznillah...
Ketulusan hatimu tak dapat ditandingi,
Mengatasi dasyatnya tsunami dapat menghanyutkan derita hati...
Kebaikkanmu tak akan bisa mati,
Walau dihempas ombak akan selalu hidup dihati...
Mungkin kita akan berjauhan pada jaraknya,
Namun biarlah kalbu terus berbunga rindu,
Mungkin kita tak selalu berjumpa mahupun berhubung,
Yang penting saling ingat dalam doa agar SANG MAHA DAYA CINTA sentiasa memaut hati kita & memayungi kita dalam bahagia....
Cik adeq manis^^
Yep Amira telah dikeluarkan selang beberapa minggu selepas entry berkaitan itu dipaparkan dalam blog ini. Thanks untuk mesej nim Jazakillah Khairan Kathira untuk kesemuanya & asif ala jamie ahwal...mudahan bait-bait di atas ini mampu mengatasi perasaan yang halus menikam tu.."bersahabatlah seramai mungkin bermusuh jangan satu"..ingat yer^^
Di akhiri kalam bisu ini dengan lafaz,
Astagfirullah Hal Azim3x...
Assalamualaikum & Lailah Saiedah Malaysia
No comments:
Post a Comment