Assalamualaikum :)
Sobahul khair Malaysia...
Apa khabar hatiku?
Apa khabar hatimu?
Ini apa punya gambar ni?
Dalam entry semalam saya ada menyatakan hari semalam saya telah melakarkan 1 episod manis. Yep, memang betul2 manis untuk sayalah sebabnya dapat kerjakan buah kelapa ni dalam bahasa Terengganunya [buoh nyor]...
Tengah hari yang terasa begitu menyengat panasnya, aku terpandang pada buah kelapa muda yang menarik anak mataku lalu tertarik minatku untuk mengerjakannya..hahaa skema betul..okey begitulah permulaan ceritanya.
Apalagi bila dah tertarik of course kene kerjakan jugak nim, 4 tandan kelapa muda yang diambil oleh p.saudara untuk membuat jelly kelapa tak terjejasnya saya ambik 1 biji je pun untuk dihidangkan kepada diriku sendiri...
Ni bukan kali per'1 saya kerjakan buah nyor ni dah masuk kali ke berapa entah yang pasti saya akan berjaya untuk merasai air buah nyor ni tapi selepas lenyeng buah tu dikerjakan. Macam sebelum ni, punya lama ambik masa nak ke belah buah ni sampai terasa give up tapi terus bisikkan pada diri sendiri sebelum ni pernah berjaya kenapa kali ni tak boleh?Terus & terus kerjakan alhamdulillah berjaya!!!Bismillah terasa begitu segar apabila air buah kelapa pandan ni mengalir dalam anak tengkok...Apalagi marilah 2 orang adik perempuanku yang manis2 nak jugak katanya. Bukankah berkongsi apa yang kita suka itu 1 sifat yang mahmudah?apatah lagi sesama darah daging kita sendiri...Akhirnya, habis jugak air tu walau diketawai oleh ayyah melihat buah nyor hasil belahanku itu. Seterusnya, misi nak makan isi yang muda kat dlm tu pulak...kerja punya kerja sampai hancur buah nyor tu terus kasi kat ummi bukakannya,,,hehe barulah boleh merasainya.
Kelihatan kelibat adik2 lelakiku yang handsome & p.aki baru balik dari solat jumaat. Kecoh dengan mulut acik nak jugak makan buah nyor...Ke'4 tandan buah kelapa tu ummi suruh bawa ke belakang rumah di bahagian dapur. Operasi nak buat jelly kelapa dijalankan. Orang yang per'1 yang ambik tempat acik..hahaa punyalah action budak ni sorang menyebabkan p.aki ku mengambil alih tempat acik. Begitu pantas p.aki mengerjakan buah nyor tu sampai2 kami pun turut serta jadi seorang yang pantas. Acik sibuk menungging air nyor, saya pulak kerjakan isinya ditemani si sibuk cyah, aiman pun turut busy mengerjakan isi buah nyor tapi untuk dimasukkan ke dalam mulut tuan punya badan, dee & ayyah busy tengok.
Baruku tahu rupanya saya tersilap skail patutlah ambik masa yang lama untuk kerjakan buah nyor tu orang start dari bawah saya punya kerja start dari atas patutlah lama hampir lonyeng buah nyor tu. Kata p.aki kut atas keras jadi kene kut bawah. Setelah siap 5 biji, p.aki dah memencenkan kerjanya katanya panaslah...Yelah pakaian dari solat jumaat tu yang disarungkannya kenapa tak panas. Tinggal 6 biji lagi yang tinggal, sekali lagi si acik dengan actionnya mengambil tempat p.aki..Last2, along ambik arh buat dok leh arh..hahahaa apalagi ada saham besar untuk saya ketawakan dia.
Mencuba skail yang baru, dalam berapa saat je dah boleh buka...excitednya^^hihi kata p.aki, along tetak ke along paroh tu?haha itu tak pentingkan asalkan dalam berapa saat dah berjaya buka dari sebelum ni mengambil masa berminit-minit untuk membukanya. Buat dan terus buat sampailah tangan sendiri terasa lembik dah..tapi cepat2 set mind takpe teruskan boleh wak katang tangan..acey!!!hahahaa...Al-hasilnya 7 biji dariku, 1 biji yang first tadi yang hancur tu...^^happy..happy..tapi bahagian belah nak ambik isi diserahkan kat ummi..hehe kalu tak hancur dihabiskan tangan ni. Tengok hasil ummi buat saya berkata..hahaa ummi buat hancur jugak..Ummi pun membalas kata2ku ummi buat hancur pun ada hasil, along buat takde hasil...hihi terus senyap!!kalah^^
Lepas siap & kemaskan semuanya, tengok diri sendiri...Alahai bukan setakat kerjakan buah nyor siap mandi air buah nyor lagi habis baju & seluar yang dipakai tak tengok keadaan diri lagi time kerjakan buah nyor tu banyak mana nyamuk mari cium...plannya nak kemaskan diri jap tapi ummi ajak tolong buat jelly okey!!!buatlah kami ber'3..ummi, me & ayyah..lepas siap dan kemaskan diri check2 fon ada mesej dari shbt tnye ade kije tak hari ni?mesej pukul 1 lebih tadi, tengok jam sekarang dah jam 4 lebih petang...hehe maaf ye sahabat...
Alhamdulillah, jelly kelapa pun menjadi dan apa yang penting dapat pengalaman baru jadi budak kampung yang lasak & active. Ada talent jugak rupanya cume takde skail kerjakan buah nyor nim." Kalau kita tak cuba sesuatu tu kita tak akan tahu apa yang ada pada diri kita." Konklusi untuk kisah hidupku kali ini...Melangkah dan terus melangkah belajar dari pengalaman^^
Wassalam....
No comments:
Post a Comment