Thursday, December 26, 2013

Hye ^^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh To All My Readers

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful^^

Hye.....
Dah lama saya tak munculkan?

Untuk yang setia menanti entry terbaru blog yang dah hampir nak expired ni, sorry ye "kewajipan melebihi masa". Yep itu memang benar. Terjun ke alam baru yang sungguh berlainan suasana, cara pergaulan dan berlainan orang "itu yang pasti" seolah-olah alam ini sungguh asing bagi diri ini. Teringat kalam murobbi MDQ "kamu tidak akan menjiwai apa yang kamu belajar selagi mana kamu tidak melihat atau menghadapi suasana itu". Nah, sekarang time untuk praktik apa yang saya pelajari "al-ilmu bila 'amalin kassyajarin bila thamarin" right?.

Tapi ni bukan bermakna suasana kat tempat saya belajar ni teruk TIDAK!!!tapi kerana saya dari latar belakang yang cukup-cukup menjaga batas pergaulan mungkin dah tak akan jumpa dah macam suasana tu sekarang ke suasana biasa sahaja masih menjaga batas pergaulan cuma bagi saya ianya luar biasa. Kehidupan di IPTA / IPTS memang macam tu kan?Rilex Nadhirah...be a professional...Haha...teringat first time tasmi' Al-Quran dengan Lecturer Siti Zaharah Binti Abdul Hamid lebih mesra dengan panggilan "UMMI" semangat saya pergi tasmi' awal-awal. Kerana apa?kerana budak lelaki tak masuk kelas lagi time tu tetiba tengah-tengah tasmi' nak masuk ayat ke-6 budak lelaki masuk apalagi gabra habis lah...selama ni mana pernah tasmi' depan lelaki nim kalau tasmi' dengan ustaz tu lain kira lah...Akhirnya baca apa yang nak sebut je dalam fikiran dah blur....al-hasilnya adalah salah sikit...gabra punya pasalkan?. Tu penyakit time awal-awal je like my prinsip be a professional :) semua tu dapat dihapus.....

Dekat mana saya study?
Apa namanya?
Best tak kat sini?
We'll see again okey?
Now bukan masanya...kalau ikut hati of course nak story sekarang tapi ini bukan masanya dalam berapa minit dah lagi nak masuk kelas. Hari risikan kematian saya nanti saya akan menjalani kuiz untuk subjek MPU 2163 pastikan doakan dekat saya :) terpaksa gali dari awal semua sejarah Malaysia al-maklum saya bukan dari sekolah yang menekankan subjek tersebut but itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Betul tak?. Orang lain boleh kenapa saya tak boleh?cuma saya MESTI study hard with smart!!!

Ila Liqa'
In Shaa Allah entry terbaru akan dicorek time cuti mid sem nanti...dah tak lama dah...
Wassalam...

Salam Tebaran Kasih Sayang :)

2 comments:

  1. Bismillah , Ya Allah , rindunya catatan kamu rofiiqah , sungguh! Setiap hari buka blog kamu betapa tunggunya nak baca entry terbaru , Alhamdulillah , hari ini terdetik nak bukak laptop and terus bukak blog kamu. Ternyata ada yg terbaru di sini .. ^^

    ReplyDelete