Thursday, June 5, 2014

Aku Gadis Biasa Tapi......

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful
Peace Be Upon To You All My Readers^^
Kaifa Halukum?
In Shaa Allah Bil khair :)

Aku gadis biasa...


Seorang yang berusaha mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-NYA
Seorang yang berusaha menutup aurat mengikut syariat Islam
Seorang yang berusaha menjadi anak yang menurut perintah abi dan ummi
Seorang yang berusaha menjadi gadis solehah
In Shaa Allah....
Tapi aku bukan seorang niqobis....

Soalan: Ustaz, kenapa nak isteri pakai purdah?

Jawapan: Waktu saya kahwin nanti, masa saya bayar mas kahwin, ada tak sesiapa ajak saya share bayar mas kahwin sama-sama? Saya rasa takde. Saya sorang je yang akan tebalkan muka bila nak jumpa ayah perempuan tu masa merisik, keluar duit minyak kereta nak pergi merisik pun saya. Jadi kenapa saya perlu share muka dan kecantikkan isteri saya pada lelaki lain? Sebab saya sorang je yang keluar modal. Lagipun isteri saya mahal, bukan murah. Takkan nak biarkan milik saya ditatapi lelaki lain dengan selamba je?  Saya bukan dayus!

:(

Walau saat saya baca kisah ni betapa banyaknya soalan yang nak saya timbulkan namun pelan-pelan saya cuba mencerna jawapan ustaz tu. Yer, setiap orang berbeza penilaian dan persepsi mereka. Be profesional :)

Pedih??? Pasti!!!



Murah ke aku???

Tetiba ingatan melayan ke negeri kelantan destinasi aku mengembara untuk cuti sem kali ni....
Tergiyang-giyang suara seorang ustaz yang mana ceritanya sentiasa mencemberutkan muka aku tapi endingnya membuatkan aku tersenyum ada chance!!!in shaa Allah!!!
Ustaz Yaa....
Ceritanya selalu berkisarkan bidadari syurga...
Aku suka walau cemburu tahap plus..plus...!!!
Bayangkan haruman bidadari syurga....subhanallah
Sekali mereka tersenyum menampakkan gigi, cahayanya bersinar-sinar mengalahkan sang mentari...Allahu Akhbar
Bab kata ustaz, orang lelaki kalau dengar cerita bidadari syurga memang meneleh air liur tak kahwin kat dunia pun takpe...tapi ustaz cakap “aku kahwin jugak”^^
Namun last cerita....
Bidadari syurga mencemburui bidadari dunia yang memasuki syurga^^
Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati ustaz...Aamiin...

Nah, disini aku menyuntik semangat...
Syarat untuk menjadi bidadari dunia...
Kene pakai niqob ke?
Aku tersenyum^^
Alhamdulillah Ya Allah...

Namun, ingin aku tegaskan!!!
Aku bukan anti niqobis!!!

Malah, aku respect dekat niqobis!!!
Tabik spring....
Sebab mereka muslimah yang tertutup indah bahkan teramat special buat bakal si suaminya kerana mereka akan memiliki seorang yang kecantikkan teramat special...
Pakaian isteri nabi tu pasti mempunyai berjuta-juta kelebihannya...
Niqobis ni teramat special dan kuat!!!
Bukan senang tau nak istiqomah dan bersabar tau...
Senang cita, aku labelkan niqobis memang kental!!!
Nak tau kenapa?
Korang pakailah...
Baru tau...

So, kenapa aku tak pakai?
Takde orang suruh ke?
Ramai kaum adam suruh termasuk abi tercinta begitu juga kaum hawa...
Kata nak jadi anak yang menurut perintah abi?
In shaa Allah...
Namun, soal ini aku boleh berunding dan abi aku menerimanya.

Belum darurat untuk aku memakainya bahkan pakaian wajib aku masih cuba dan terus cuba...
Terus terang aku cakap aku teramat pandang tinggi pada mereka yang niqobis dan sejujurnya aku tak layak untuk memakainya...

Aku seorang gadis yang update...
Aku seorang gadis yang stylo...
Aku seorang gadis yang warna warni...
Namun, berlandaskan syariat!!!

Tapi aku tak suka tengok niqobis yang gaya bagai bagi aku itu niqob pakaian banyak punya mulia so aku tak rasa diri aku layak!!!walau ikut syariat tapi untuk niqobis aku lebih suka melihat mereka yang bersahaja^^bergaya sikit-sikit tu aku boleh terima dah memang fitrah wanita suka bergaya...

Ops, itu pandangan gua!!!

Sebab aku nak pelihara pakaian isteri nabi tu walau aku tak memakainya^^
Tapi ingin aku suarakan...

Bukan hanya niqobis sahaja yang mahal!!!

Ops,,,,
Pandangan Ilahi dengan pandangan manusia....
Mana yang lebih penting???
Sendiri tau jawab...
Okes Nadhirah^^


hadoy panas jugak telinga tetiba bahasakan aku**sorry~~~

1 comment: